Pages

Thursday, 15 December 2011

Cheese Tart


Assalammualikum..
di pagi khamis yang mulia ini saya nak share satu lagi resepi..dah lama saya beli cheese nie..asik masuk n kluar peti ais jer..he heee..x berkesempatan nak buat lg..minggu lepas saya buat crust dahulu...kemudian malam tadi baru tertunai letak cheese pulak...x per la..apa2pun setiap resepi yang orang kongsi kita kena cuba..walaupun hanya sekali...


saya letak filling blueberry,rasanya ok..masam masam manis.ikut selera masing masing..apa apa filling pun boleh letak..



proses krastangan.he hee...buatlh design sesuka hati anda..


nie yang baru keluar dari oven..dah boleh dimakan...ok lah..jom kita semak resepi..resepi asal dari kak ita zain..dalam banyak banyak resepi saya rasa resepi nie sangat simple dan senang..so saya shere disini sebagai rujukan bersama..


TART CRUST/SHELL
170 gram marjerin/butter
50 gram gula icing
1 biji telur gred C
290 gram tepung gandum
1 sudu kecil essen vanilla


cara caranya
1.pukul marjerin dan gula dengan senduk kayu,jangan pukul lama sangat.
2.masukkan telur dan essen vanilla dan pukul lagi dengan senduk kayu.
3.masukkan tepung sedikit demi sedikit.uli hingga menjadi doh lembut.
4.Ambil sedikit adunan dan tekan kedalam acuan tart.cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5.bakar pada suhu 170c sehingga masak..api atas bawah.




CREAM CHEESE FILLING
bahan bahan
250 gram cream cheese
50 gram gula kastor/gula halus
1 biji telur saiz B
1/2 sudu vanilla essen


cara caranya..
1.putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2.masuk telur dan essen vanilla ..putar lagi.
3.masukkan filling kedalam kulit tart.
4.tuangkan cream cheese keatasnya,bakar dalam 5 minit..suhu 170c.tekan sedikit permukaan cheese jika tidak melekat maknanya sudah masak.











2 comments:

  1. dpt bape biji? mcm sedap je. cantik lorek atas tu. kemas je

    ReplyDelete
  2. azurin..sy x kira..pakai buat jew..dalam 40 lbh kot..klu pakai acuan kecik..:)

    ReplyDelete