Pages

Monday, 8 June 2026

BATAM ~ Beli ole-ole khas batam







Selesai makan tengahari kami terus ke kedai kek lapis ..
Kek lapis merupakan antara salah satu tarikkan ke Batam,banyak kedai yang menjual kek lapis disini..salah satu tempat yang kami tuju ialah di ALYA LAYER CAKES yang terletak di Taman Baloi,Batam Kota,Kota Batam,Kepulauan Riau 29444 Indonesia.



Cara pembuatan kek lapis ni kita boleh tengok dari dekat,,
kedai diorang ni terletak di kawasan taman perumahan,agak sempit juga jalan nak masuk ke kawasan perumahan ni..depan kedai  ni pulak terletaknya mini kilang,tempat diorang bakar dan adun kek lapis.Aritu sempat juga buat video cara diorang layer kek.Mejoriti pekerja diorang ni terdiri dari kaum wanita..masing-masing happy jew bila saya tanya boleh ke ambik video n gambar diaorang ..

Rasa seronok tengok diorang buat kek,rindu pulak nak main baking2 kat rumah.





Beranika jenis kek lapis ada disini,harga pulak berbeza-beza,kalau yang guna fully butter haarga dia lagi tinggi..dalam 580 ribu jugaklah..kami berempat beli rasa yang berbeza,lepastu potong kepada 4 bahagian..jadi masing-masing dapat rasa 4 flavour yang berbeza.
Dan kami tambah lagi yang flavour cempedak dan durian..yang tu kita potong kepada dua bahagian sahaja,sebab ada 2 orang je yang nak beli.
diorang masukkan dalam tipuwear yang bertutup biru keras,so selamatlah kalau kita nak bawak naik ferry..




Sebelum beli kita bolehlah rasa mana yang sedap,bagi zila kek lapis diorang ni kena sangat kat tekak,dari segi manis dia memang sedang elok,tak berapa manis sangat .
Rasa dia pun tak kosong,ada lemak-lemak sikit macamtu..kira berbaloi lah membeli.
Diaorang juga turut meyediakan penghantaran di Singapore pada setiap hari Jumaat.free delivery dan boleh COD jugak ya..tapi untuk ke johor masih belum ada perkhidmatan tu, khas untuk singaporean sahaja nampaknya.
Selain kek lapis ada juga diorang jual serba sedikit produk makanan lain,kerepek dan biskut.



Antara kek lapis yang kami beli..Kek Lapis Asam Manis,Kek Lapis Nutella,Kek Lapis Prune,Kek  Lapis Nenas.


Apabila dah siap bayar kek tu kita tak ambik terus,diorang akan buat kek yang kita order tu kemudian akan dihantar pada hari yang kita nak balik nanti,jadinya kek yang bakal kita bawa nanti masih fresh.
Bagus jugaklah macamtu tak lah sibuk kita mikir nak hantar kek tu balik hotel dulu .
Ahmad tak amik pot dengan urusan kami membeli kek lapis,lagipun dia dah letih dan cuaca pun agak panas time tu..duduk jewlah dia tepi tu sambil main game.

Sunday, 7 June 2026

BATAM....Jomm Kita

Punyalah lama tak menulis kat blog jadi blur pulak mikir macaman nak upload gambar dalam ni..hihii..Masih ada kesempatan diberi untuk menulis sesuatu disini,ni bukan catatan perjalanan yang baru ya..ujung tahun lepas punya cerita..belek gambar yang banyak sangat bersarang di folder maka sedikit kerajinan muncul untuk share and menulis disini..lagipun untuk tahun 2026 satu entry pun tak ada lagi tercatat disini..sayang bila blog dibiarkan usang.. kan.

Keluar rumah awal sikit,jarak dari rumah ke terminal feri puteri harbour dalam 30 minit je,lebih kurang 15 km..tapi biasanya area sini jem waktu pagi dan petang maka gerak awal lagi selamat..

Tapak parking luas,caj yang dikenakan RM4.00 sehari.agak murah jugaklah kan,kereta pun selamat  je.. ada yang jaga..sebab husband bekerja di KL maka zila  dengan Ahmad dua beranak drive je sendiri  malas nak amik grab..

Pusing cari paking dapat jauh sikit,terpaksalah menapak sikit kedepan dengan kak ta dan imah..pergi dengan Ahmad kena bawak lah beg beso sikit sebab isi barang 2 orang punya keperluan..kalau gi solo senang bawak bag satu je ..


Macambiasalah gambar dulu sekeping dua buat kenangan dan catatan perjalanan..sekarang ni ambik gambar guna mobile jewlah senang nak bawak kemana-mana.


Sampai dah di Terminal ferri Puteri Harbour,kekawan pergi cari kopi dulu sementara menunggu Ferry sampai..Ahmad pergi beli makanan apa yang dia suka..rasa malas nak  pergi ikut diorang mengopi..duduk jewlah di area menunggu sambil tengok mobile.

Disini ada kedai yang menjual simcard ,tapi lebih mudah  guna Roaming ..senang dan internet pun laju je tak ada masalah.


Untuk trip hariitu kami menaiki ferry Putri Anggreni  pada pukul 11 pagi waktu Malaysia,dan anggaran sampai ke Batam dalam pukul 1.45 plus minus waktu Batam macamtulah..


Sebuk nau Ahmad nak makan POPMIE dalam ferry ..biasalah harga akan mahal sikit dari luar..dalam nie diorang jual RM5 ,rasa dia bagi kami sedap..tak rasa macam meggi ..rasa macam soup indonesia pun ada jugak..kalau di johor ada je jual POPMIE ni di kedai barangan Indonesia area Senai..


Sampai Batam dah ..

sampai pun time makan lunch maka kami terus jewlah ke kedai nie,.rata-rata area Batam ni banyak restoran nasi Padang..kalau kita pusing sana sini memang makanan orang Padang jewlah yang banyak..mungkin penghijrahan orang Padang ramai kesini..maka wujudlah kominiti diorang yang meluas .


Antara deretan lauk pauk yang disediakan ,menarik pulak bila lauk pauk dihidang macamnie..ritu mood nak makan agak merundum sikit,mungkin perut masih terasa kenyang.maka makan pun tak beria sangat..jamah sikit je mana yang berkenan..Ahmad pulak makan  nasi putih dengan ayam goreng jew,lauk lain memang dia tak makan sangat.

Pilih je lauk apa yang kita suka,kalau lauk yang kita tak sentuh diorang tak akan kira pun,tapi bila dah dihidang depan mata macamni perasaan ingin nak merasa semua sangat tinggi  ha haa.


Parking area depan restoran nie agak padat..tapi ada jew orang yang arrangekan parking..senang kerja.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang