Pages

Friday, 15 March 2024

First Ramadan bersahur di Renaissance Hotels

 

Salam Ramadhan semua..
masih lagi sudi menulis ye..jangan ingat dah lama meyepi dan tak nak menulis blog lagi tau..he hee.
ada jew ni cuma mood nak masukkan gambar ke blog tu je malas..ikutkan ada je bahan gambar nak share disini..

Ok dah bulan Ramadhan ..
dah hari yang keempat kita berpuasa kan...puasa tahun ini berbeza sedikit dari tahun sebelumnya..ahli dirumahpun dah berkurangan..maka acara memasak pun terhad..

First puasa kami bertiga masih berada di hotel Renaissance JB ..Sebenarnya dari bulan Sept 2023 suami dah berumah di hotel ni..so saya dan Muhammad kadang duduk dihotel dan kadang balik rumah bila Muhammad sekolah..gitulah rutin sampai ke hari ini..


Seawal pukul 4 pagi cafe hotel dah bukak sempena bulan ramadhan ..so dalam pukul 4.30 kami dah start turun..tengok apa yang menarik untuk sahur..sebab dah agak lama duduk disini menu diorang pun keseluruhannya kami dah rasa..

Kita Jamah sikit2 mana yang teragak nak dimakan..almaklumlah seharian nak berpuasa kena amik makanan berat sikit ..bagi bertenaga..Muhammad pulak saya paksa makan nasi ..biar kenyang..taklah siang nanti merengek cakap lapar..

Diantara hidangan yang tersnap pagi tu..kalau nak snap satu2 banyak..malas pulak nak beria nak amik gambar..he hee..