Pages

Friday, 1 December 2023

Hijrah Dim Sum JB

Hijrah dim sum yang terletak di 42 jalan Beringin Taman Melodies JB..Waktu perniagaan pada pukul 12 tengahari hingga ke 10 malam..dibuka setiap hari ya...kecuali pada hari isnin..

Terletak di jalan utama ..maka keadaan dihadapan kedai ni agak sibuk ..dan parking pun agak susah..kena pandai mencari selit sana sini baru dapat..

Masa kami sampai dalam pukul 12 lebih macamtulah ..meja yang sebelah dalam dah full..tinggal yang sebelah luar je..
kena tunggu sekejap jika nak duduk sebelah dalam..





Antara senarai menu yang ada disini..dessert pun ada disediakan..pilih jewlah mana yang kena dengan selera..memandangkan pada sebelah pagi kami dah bersarapan di kacang pool haji ..maka perut pun masih lagi kenyang..maka kami order sikit je..buat rasa..jangan tidak orang kata kan..



Muhammad tak layan menu dimsum ni..satuu pun dia tak jamah..tak berminat katanya..






Tulah antara hidangan yang kami try ..semua iqbal yang order..agak ini lah yang kena dengan tekak dia..dan order air bandung 3 layer..






Bergambar jugaklah depan kedai Hijrah Dim Sum ni..buat kenangan..husband tak ikut time ni..ada kerja di kuala lumpur..so jjcm kami hanya tiga beranak jewlah..