Pages

Tuesday, 30 May 2023

Mangga sagu gula melaka


Musim durian sekarang ni kan,
sana sini banyak gerai durian tepi jalan tumbuh,tapi kami belum teragak lagi nak membeli..tunggulah nanti..bila dah rasa teringin sangat nak makan baru nak mencari..

Disamping durian buah mangga pun galak orang jual..cuma kadang ada yang tak berapa sedap isi dia..dan kadang ada yang manis..kalau area sini diorang jual rm20 untuk 4 kilo..
biasanya kalau kami beli memang untuk buat jus mangga..dan selebihnya dimakan macamtu jew..

Bila terpandang sagu kat rumah ni yang lama terperuk terus teragak nak rebus sagu tu..sagu ni makan dengan apa2 pun sedap kan..kali ni potongkan mangga dan makan dengan sagu..letak susu segar dan tambah gula melaka..siap..

Bila cuti sekolah macamni bebudak dekat rumah sentiasa lapar..tak kering tangan mak ulang alik dapur buat makanan..hihii



Mangga sagu gula melaka
By zila norazila

  • Sagu 1 cawan - cawan matrik/kalau guna cawan biasa pun boleh..pastikan sukatan air pun guna cawan yang sama
  • 6 cawan air paip biasa
  • Gula melaka - secukupnya
  • Santan - boleh juga guna susu cair atau susu segar.
  • Garam
Caranya
  • Didihkan air,kemudian masukkan satu cawan sagu..sagu tu tak perlu dicuci ya..masak hingga sagu tu jernih.
  • Dah jernih dan tak ada putih pada sagu tu tutup api,lalukan pada air paip ..buang kanji dia..sagu akan jadi jernih dan sebiji..sebiji..
  • Potong mangga ..hidangkan bersama sagu,yang ni saya guna susu segar..kalau yang suka guna santan boleh guna santan yang dimasak bersama garam ..
  • Kemudian tambahkan gula melaka...siap..