Pages

Friday, 16 June 2023

Lasagna Roti sedap

 


Lasagna roti..
sebab banyak sangat permintaan maka buat lasagna roti ni untuk anak-anak..kalau buat ni sekejapan dah licin..suka bebudak kat rumah ni makan..
selain tu makan lasagna ni lebih mengeyangkan..maka sampai petang diorang boleh makan ulang kali..senang kerja mak tak payah sibuk sangat kat dapur...hihii..

Masih setia guna resepi yang pernah disharekan disini dulu..just copy and paste jewlah ya ..

Lasagna Roti

  • 1 biji bawang holland didadu
  • Daging ayam atau lembu fresh dicincang halus.
  • Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa, tumis bawang holland hingga layu dan wangi,masukkan ayam atau daging tadi,biarkan sehingga masak sempurna.
  • Kemudian masukkan Prego carbonara mushroom ikutlah banyak mana ye..saya guna dalam 3/4 tin prego carbonara ni dah masin ..kalau boleh jangan tambah garam banyak sangat.
  • Masukkan hotdog ..yang ni potong serong ..ikutlah tak letak pun boleh,sebab nak habiskan stock kat rumah so saya letak.
  • Ok kemudian kacau rata.biarkan sekejap..dan tutup api.
  • Sediakan roti secukupnya.sapu loyang dengan butter atau majerin.
  • Pukul sedikit 2 biji telur dan sedikit susu segar,kemudian celupkan roti kedalam adunan telur..susun di loyang atau tray kaca.letak inti cabonara ..sapu inti rata menutupi permukaan roti.susun cheese slice..saya guna brand cheesedale.
  • Tabur mozzarela cheese dan mix herbs..ulang sehingga inti habis ..bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga permukaan kekuningan dan garing..sedia dihidang.

Thursday, 15 June 2023

Masak Tauhu telur mix kacang pea dan cendawan


Masak sayur campak-campak..
Bila dah boring dan tak tau nak masak lauk apa..biasanya lauk gini akan tersenarai dalam menu ..ikutkan lauk tauhu telur atau tauhu jepun camni memang sesuai di buat ratah je..memang tak jadi lauk kalau masak..kan..

Nak buat sayur gini memang senang..orang kata campak-campak dah jadi..tapi kalau angin malas datang benda yang campak camni pun kadang saya malas jugak walaupun senang..hihii

Biasanya tauhu telur tu saya potong menjadi tiga bahagian,jangan bukak plastik tu dulu..nanti nak potong susah..potong je dengan plastik tu..lepastu bolehlah goreng sekejap..kacang peas tu celur dulu..
hiris bawang putih,halia dan lada merah besar/lada cili ketuk...
Tumis bawang putih dan halia sampai kekuningan...kemudian tambah sos tiram sikit..masukkan hirisan ayam,biar sekejap hingga ayam masak ..ayam dah masak tambah air sikit buat kuah..masuk lada merah/lada cili ketuk dan kiub pati ayam...biar hingga mendidih..
Masuk cendawan ..biarkan cendawan tu masak sempurna...perasakan garam..bancuh satu sudu besar tepung jagung dengan sedikit air ...tuang dalam kuah tadi ..kacau rata hingga kuah sedikit pekat..tuang kuah pada kacang peas dan tauhu telur tadi..siap hidang dengan taburan bawang goreng.


 

Thursday, 8 June 2023

Cendol durian..buat kat rumah


Minggu lepas galak pergi membeli durian sana sini..almaklumlah dah start banyak orang jual ..yang ni durian kampung yang jenis kuning..rasa lemak dan pahit sikit..memang sedap kena dengan tekak..

kebetulan ada stock cendol dirumah,ritu berangan sangat nak buat talam cendol ..lastnya tak terbuat jugak..hihii bila angin malas datang satu benda tak menjadi..dari cendol tu terbiar macamtu jew buatlah air cendol..ais tu kisar guna blender je ...masak santan dan buat air gula melaka..kacang merah tu beli yang dalam tin yang dah siap rebus..so makanya semuanya mudah jewkan..

Dah siap boleh hidangkan..letak durian atas tu..letaklah berapa ulas yang kita suka..puas ati buat sendiri ..hihii..

Bahan Cendol

Cendol - Ready made 
Air gula melaka
Santan - dimasak dengan sedikit garam
Kacang merah - beli dalam tin yang dah siap rebus
Durian

Friday, 2 June 2023

Ikan tongkol gulai "stail kelantan" dan pisang tanduk rebus


Makanan kelantan yang satu ni memang menjadi kesukaan ramai..
bila ke kedai atau gerai masakkan kelantan atau terengganu tak sah kalau tak ambik diorang punya ikan tongkol..memang sedap pada tekak kami..walaupun saya bukan penggemar ikan tongkol tapi bila jumpa gulai kelantan terbeli jugak ikan tonkol ni sekelar..

Untuk membuat gulai yang sedap kita kenalah rujuk pada orang yang pakar dalam masakkan kelantan ni,saya rujuk cara memasak gulai kelantan ni di blog azie kitchen..ikut cara dia memasak gulai stail diorangni..sebab dah ada timun dan lada maka saya tambahkan timun dalam tu..senang dah tak payah sibuk nak buat sayur bagai..

Dapat lauk macamni lepastu makan dengan nasi panas,memang jadi bertambah nasi di pinggan..

Gulai ikan tongkol ni saya gengkan bersama pisang tanduk rebus..pisang tanduk masak ni pemberian dari adik lelaki saya ..hasil dari kebun dia..bila dah masak dan direbus macamni rasa dia memang sedap..manis jew..


Ikan Tongkol Gulai Stail Kelantan

Bahan 
Ikan (direbus dg garam dan asam keping)
7 - 8 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
4 hiris lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil rempah biji ketumbar
1/2 keping asam keping
Garam dan gula
Santan secukupnya
Timun, kacang panjang atau cili hijau Kelantan (jika suka)

Caranya
  • Ikan direbus dengan air, asam keping dan garam. Kesemua bahan di atas di kisar. Masukkan ke dalam santan dan dimasak dengan api kecil hingga menggelegak. Perlu dikacau selalu. 
  • Kemudian masukkan ikan rebus, asam keping, garam dan sedikit gula. Masak hingga pecah minyak. Jika suka boleh dimasukkan timun yang dihiris, cili hijau Kelantan dan juga kacang panjang yang dipotong.  


Thursday, 1 June 2023

Sardine Gulung..tak serap minyak

 


Bila roti tak habis mulalah sibuk kami mencari idea demi meyelamatkan roti agar tak dibazirkan macamtu je..selain dibuat puding roti ..biasanya kami akan buat roti sardin macamni memang laku sangat..

yang paling diorang suka bila ada inti sardin dalam tu..rasa pulak rangup roti diluar..yang bestnya resepi ni roti tu tak serap minyak..mudah nak digelek padat..hanya kukus je kejap..pastu dah senang sangat nak gelek dan padatkan roti tu..

idea dan resepi asal ni dari blog kak fha selemak santan,banyak kali dah kami ulang buat ..cuma tak berkesempatan nak masukkan pic dalam blog..lama rasanya kak fha tak update blog dan ig..rindu pulak dengan kekawan blogger lama ..


Sardin Gulung 
Bahan A
1 tin besar Sardin
3 biji bawang besar (dibelah 4 dan dihiris sederhana tebal)
2 biji Cili Padi Merah (sesuaikan kepedasan. Dihiris nipis)
3 biji Limau Kasturi (diambil jus nya)
* Kulit limau Kasturi (dihiris nipis)
1 camca kecil Lada Hitam & Lada Putih Serbuk
Sedikit Garam

Caranya
1. Hanya ambil ikan dan 1 camca besar Sos tomato nya sahaja. Kemudian di hancurkan.
2. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk besar dan disebatikan sehingga rata.
3. Ketepikan.



ROTI KEPING

1 bungkus besar roti 'Gardenia'

Cara Menggelek
1. Didihkan air dalam periuk kukus.
2. Kemudian susun 3 keping roti dan kukus selama ~ '30 saat' dengan api yang paling kecil (sekejap sahaja tau... kalau lama nanti roti jadi terlalu lembut dan lembik).
3. Jika roti dikukus secara bertindan, keluarkan sekeping yang paling bawah (sebab itu yang paling lembut antara 3 keping). Kemudian gelek. Ulang sampai habis 3 keping tu.
Jika roti disusun sama rata dipermukaan kukusan, boleh lah dikeluarkan serentak semua..
Memang mudah dan cepat .... berbanding dulu berminit juga nak gelek sekeping.
4. Kemudian masukkan  3 keping roti lagi dalam kukusan dan teruskan proses kukus dan gelek.
Jangan mengukus roti dalam kuantiti yang banyak sekaligus kerana boleh menyebabkan roti terlalu lembut berada lama dlm periuk (buat 3 keping by 3 keping)



GAM PELEKAT
Bahan C
2 camca besar Tepung Gandum
Sedikit Air 

Cara Menyediakan nya
1. Satukan bahan C dalam mangkuk kecil dan bancuh sehingga menjadi saperti 'tepung goreng pisang'.
2. Ketepikan


CARA MENGGULUNG

1. Ambil sekeping roti yang siap digelek.
2. Letakkan 2 camca kecil (~25 gram) 'inti Sardin' di penjuru tepi bawah.
3. Kemudian sapu sedikit 'Gum Pelekat' di penjuru tepi atas.
4. Gulung roti saperti foto dibawah.
5. Letakkan sedikit gum di 'hujung kanan' dan di 'hujung kiri'
6. Dengan menggunakan garfu tekan disetiap hujung sehingga ia melekat rapi supaya inti tidak keluar semasa proses menggoreng.
7. Siap untuk digoreng atau dibekukan.
* Untuk mengelakkan roti 'mengelembung' (udara panas didalam) semasa menggoreng, bolehlah dicucuk sedikit (dengan pisau) pada bahagian tengah roti tu sebelum menggoreng.