Pages

Friday, 27 January 2023

Konvokesyen Iqbal - USM


Iqbal dah habis belajar..
Alhamdulillah dah complete digree Iqbal di USM..
tahun 2022 meriah sana sini universiti mengadakan majlis konvokesyen,tak seperti tahun sebelumnya..disebabkan covid..banyak acara di Universiti ditangguhkan..

Awal  pagi kami dah bangun siapkan  semua mana yang patut..dalam pukul tujuh setengah bergerak dari hotel menuju ke USM pulau.
Muhammad yang paling awal bangun ..sibuk pukul empat lebih dah nak pergi mandi..sebenarnya nak main air...bukan nak mandi sangat pun..


Ambik gambar Muhammad dengan topi konvo iqbal..nak suruh pakai jubah macam pelik rasa labuh sangat..hihii..


Ticket nak masuk dalam dewan malam sebelum pergi baru iqbal ambik dari kawan dia,jubah pun kawan dia yang duduk dekat area usm pulau ni amikkan,nasib ada kekawan yang dekat dengan usm..tak payah suruh pos bagai..
Ticket ni hanya untuk dua orang..jadi salah seorang dari kami kena mengalah lah nampaknya..budak umur 12 tahun kebawah tak boleh masuk..maka en suami dengan Muhammad kenalah duduk luar..



Sebab kami antara yang terawal ..ruang parking banyak lagi kosong..boleh park dekat dengan dewan..luas jugak USM ni..firsttime masuk USM sini..biasa hantar iqbal dekat USM engineering yang dekat Nibung Tebal tu je..


Baru sampai..suruh dua beradik ni bergambar berdua..banyak gerai keliling dewan ni..merata orang jual graduation gift..semua harga pun boleh tahan jugak..yang bunga kecik secoet jew pun harga dalam rm20 ..lagi meriah lagi mahai ..yang pic bawah tu semua rm 80.



Muhammad dah belikan untuk abang dia...yang ni dapat murah sikit rm 50..oklah kan..jangan tidak orang kata bagi gift kat anak..hihhii
 
Sementara menunggu nak masuk ke dewan ..snap sikit pic diorang,memasing tersenyum gembira..penat lelah selama empat tahun akhirnya diorang berjaya mencapai apa yang diimpikan..ada yang ditemani ibu bapa..ada jugak yang family tak dapat hadir sama memeriahkan majlis ..





Suasana dalam dewan,
ramai dah duduk dalam dewan..dan bila je masuk diorang cek jugaklah cara pemakaian tetamu yang hadir..ramai jugak yang kena reject ..suruh beli shawal cover kaki diorang..masih ramai yang tak memahami peraturan rupanya walaupun pihak USM dah tulis secara terperinci di ticket masuk.

Saya dapat seat belakang ..dua dari belakang..maka nak tengok iqbal dari dekat memang tak dapatlah ye..oklah bagi orang yang lebih sesuai duduk di barisan yang agak depan sedikit..sambil menuggu berborak jugak dengan orang sebelah..rancak berborak rasa macam dah kenal lama pulak..hihii





Dah habis acara konvo dalam dewan,terus keluar cari en suami dengan Muhammad yang kat luar...sambung pulak ambik gambar dalam studio pulak.
ni kami pergi ke Kompleks Bukit Jambul..ambik gambar dan pusing kejap sambil buat cermin mata untuk en suami..




Bachelor of Engineering [honours]
Chemical Engineering










Wednesday, 4 January 2023

Scott Hotel Penang

Selamat tahun baru 2023
dah tua ni bila sambut tahun baru tak adalah sangat azam yang tersimpan..cuma harapan di tahun nie kami sekeluargaa diberi kesihatan yang baik..ameen..
entry pembuka 2023 kali ni cerita bersambung kami ke utara haritu..


Kami sampai di hotel ni dalam pukul 2 lebih pagi lebih kurang macamtulah..setelah menempuh jalan jem yang panjang ..dan berehat gitu gini sampai di hotel yang telah di booking iqbal 1 bulan lebih awal..sebab katanya hotel ni hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit lebih untuk ketempat yang kami nak tuju keesokkannya..

Oklah jom layan gambar yang sempat tersnap dengan mobile pada hari tu..





Saja suruh Muhammad pose dekat washroom..dah 2 lebih mata dia masih segar..








Kelengkapan biasa yang terdapat dihotel..bilik ni agak luas..rasa selesa jugaklah untuk kami empat beranak..

Pemandangan pada siang hari..dari atas

Yang ni pulak view dari sebelah kiri..


View dari depan..bertentangan dengan Island Hospital




Suami tak berapa sihat haritu..kami ke Island Hospital untuk buat rawatan dan amik injection...dan dapatlah ubat..