Pages

Thursday, 21 July 2022

Meyusuri Masjid Cina Pulau Pangkor - Masjid Al Khairiah


Jika bercuti ke Pulau Pangkor jangan lupa singgah kesini..rasai sendiri keunikan masjid yang tersergam indah ni.
"Masjid Al-Khairiah merupakan sebuah masjid yang terletak di Sungai Pinang Kecil, 32300 Pulau Pangkor, Perak .
Kariah masjid ini termasuk penduduk dari kampung-kampung berdekatan seperti Sungai Pinang Besar, Sungai Pinang Kecil, Teluk Dalam dan Teluk Nipah.

Kedudukan masjid yang dikelilingi oleh majoriti masyarakat berbangsa Cina membuatkan idea reka bentuk dan hiasan dalamannya menjurus kepada motif oriental.

Pintu dia juga penuh berseni..mata akan terpukau bila melangkah masuk kedalam masjd ini..

Hamparan permaidani dia juga begitu megagumkan..warna terang merah simbul utama masyarakat cina.

Deretan tabung masjid dia..juga mengekalkan warna merah..tabung besar atas tu terletak di tengah penjuru masjid,.manakala yang kotak kecil tu tabung bergerak bila hari jumaat.



Keunikan masjid ini diserlahkan lagi pola motif tumbuhan, geometri daripada Negeri Perak Darul Ridzuan serta seni khat Nasakh, Thuluth, Kufi Fatimi dan Kufi Mushafi.

Keseluruhan kaligrafi di masjid ini berkisarkan himpunan doa yang diperoleh daripada ayat Al-Quran, hadith Nabi Muhammad SAW dan juga doa yang dikumpulkan daripada Ulama' Muktabar.

Sempat lagi Muhammad baring hilangkan penat meronda

Lampu dan mimbar masjid ni pun unik ..patutlah masjid ini menjadi salah satu tarikan buat pelancong kerana keunikannya dalamannya dan ia menjadi tempat yang wajib untuk dilawati



Dibelakang masjid ini terdapat sebuah perigi..kata penjaga masjid tu perigi ni dah lebih dari 100 tahun..dalam perigi ni..tapi diorang dah pasang pam..so kalau nak guna tinggal bukak jew paip tu.



Airnya sejuk ..jernih dan bersih..sempat jugaklah basuh muka dan ambik wuduk guna air perigi ni..last bergambar kenangan di perigi ni..



Pemandangan disebelar luar masjid ni,kalau nak menuju ke balik ke jeti masjid ni berada di sebelah kiri tak silap.tempat dia agak sibuk sikit..dari pagar luar tu dah deretan kedai ..tak sama macam masjid cina di Melaka..tempatnya jauh kedalam sikit..dan kiri kanan pun masih banyak tumbuhan hijau.



















 




Wednesday, 20 July 2022

Anika Sambal Mr Melting


Anika sambal dari Mr Melting
pack mini comel macamni biasanya lagi mudah..nak merasa kesemua sambal tu beli je yang kecik macamni..semua jenis sambal ada dalam dia..
dari lima jenis sambal tu yang paling kami suka ikan masin cili padi..dan sambal hitam..itu antara sambal yang paling kena dengan tekak kami..bila makan tu tergigit ikan masin..memanglah sedap sangat...


Masa ini shoot produk untuk bulan puasa aritu..setiap muncul Ramadahan packaging Mr Melting ni sentiasa berubah..kali ini nampak lebih cantik..colour purple dia menarik..ada 5 jenis sambal dalam dia..disertakan sekali dengan sudu plastik kecil..senang tinggal cedok jew..kalau botol kecik macamni senang nak bawak pergi mana2 kan..

 Boleh ke instagram @SambalMrmelting kalau nak order ya.

Thursday, 14 July 2022

Der' Cabin Bistro

Makan di Der' Cabin Bistro..
kiranya dah banyak kali makan disini..dan biasanya benda yang diorder asik yang sama jewlah..he he sebabnya itu jew yang kena dengan selera kami anak beranak..yang lain pernah jugak kami try..tapi agak kurang minat sikit menu lain tu.

Diantara menu yang ada disini..beranika jenis pasta...pilih mana yang kita rasa ngam dengan selera..burger pun ada ..tapi kami tak pernah try lagi yang bergur ni.





Tiap kali kesini nielah menu wajip Muhammad..Mushroom chicken Mushroom..tak pernah jemu dia dengan hidangan nie..dia cakap sos mushroom tu sedap..
Aritu bawak emak makan disini jugak..emak try Cabin chicken chop..chicken chop biasa tu ..ada coslow dan kentang goreng.
Ok yang ini pulak Chicken Alfredo pasta..rasa dia ok jugaklah ..
En suami punya fav nielah..shrimp chilli garlic pasta,,menu nie lah yang diulang setiap kali kesini..biasanya dia akan mintak tambah chilli flakes lagi..

Air fresh orange dan choclate ice

Mushroom soup dan didatangkan bersama sepotong roti

kalau tak malam ..kami akan kesini pada waktu petang..kalau hari sabtu kami akan sampai sekitar pukul lima lebih..

Banyak food rider yang amik order disini..



Apple jus