Pages

Wednesday, 23 March 2022

Dalgona Candy .."Mugunghwa Kkochi Piotsseumnida"

 




Sinopsis dari cerita Squid game ..
456 orang yang kesemuanya berdepan masalah kewangan meruncing dalam hidup, ditawarkan bermain dalam sebuah pertandingan yang penuh misteri terdiri dari pusingan permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan penuh risiko berbahaya. Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing untuk mendapatkan hadiah ₩45.6 bilion, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang.

Cerita dari Korea Selatan yang famous di Netflik pada 17 september 2021..
Muhammad pun sibuk jugak ritu suruh buat dalgona candy ni..dan emak dia pun jadi terjebak sebab melayankan anak ..
Yang ni kami buat pada bulan Oktober aritu..belek pic kat folder terjumpa pulak pic dalgona ni..so post kat sinilah sebagai kenangan yang kami pun join challenge nie..hi hiii
Boleh tengok video ya kalau sesiapa nak cuba buat..sedap jugak rupanya candy nie..




Friday, 18 March 2022

Empat jenis kek lapis Sarawak dari Kedai Ummie

Salah satu kek kebanggaan orang Sarawak ..
kek lapis warisan tradisi turun temurun..bila rajin bolehlah buat sendiri kek sarawak ni..ikutkan nak buat dia bukan susah mana..cuma..yang bab nak melapis tu yang memerlukan kesabaran yang tinggi..

Kek Lapis Sisik Ikan

Kek Lapis Sisik Ikan

Kesemua kek lapis  ni dari kedai ummie..kedai ummie ni bukan hanya menjual kek lapis sarawak je..tapi bermacam jenis barangan sarawak dia ada jual..dia ada kedai di bandar kuching..so sesiaapa yang kesarawak boleh je terus singgah ke kedai ummie ..semua produk sarawak ada dalam satu bumbung..

Kek Lapis Nutella

Kek Lapis Papermint

Ikutkan dah berjenis kek lapis Sarawak dari kedai ummie ni kami dah rasa..dah banyak kali jugak dia shoot pic untuk review ..jadi dapatlah merasa kesemua kek lapis dia..kalau yang nak mencari kek lapis untuk raya nanti boleh terus order di Shopee dia..kedai ummie atau instagram @kedai_ ummie

Kek Lapis India

Kek Lapis India






 

Thursday, 17 March 2022

Sambal Peket pertama di Malaysia


Bila beranika sambal dah di peketkan kecik macamni memang senang kerja..

Teragak nak makan amik jew sepeket  ..kalau yang biasakan dalam botol..kalau tak habis kena simpan masuk peti ais..nak makan kena panaskan semula..tu yang agak malas bab nak panaskan sambal ..kan...tapi bila dah ada peket macamni mudah sangat.


Gambar diatas tu isi dalam satu peket..kira ngamlah kalau nak buat sekali makan..boleh makan dua orang..makan dengan jemput-jemput pun sedap ni..

Produk dari Sambaleena ni memang tak mengecewakan..yang paling saya suka yang sambal ketuk tu..memang recomanded sangat..gaul dengan nasi panas memang sedap..buat telur mata dan cicah dengan sambal tu dah cukup sangat..tak payah lauk lain..



Dalam satu pack tu ada 12 paket..ada 4 jenis sambal dalam dia..Sambal tempoyak,Sambal ketuk,Sambal penyet dan Sambal ijo..

Yang mencari sambal macamni boleh ke Instagram @sambaleena.my

Tuesday, 15 March 2022

Johor Memilih..


12 Mac 2021
239 calon bertanding bagi merebut 56 DUN dalam pilihan raya negeri kali ini. 
Meriah bendera parti terpampang disana sini..


Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing bertanding di semua 56 DUN manakala, Pakatan Harapan (30), Pejuang (42), PKR (20), Bebas (16) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di tujuh kerusi. 




Dan inilah salah seorang calon ditempat kami mengundi..







Sempat jugak amik gambar buat kenangan..almaklumlah bukan selalu kan mengundi..


Dah beberapa hari tak hilang lagi dakwat dijari..




Kalah menang adat bertanding..yang telah berjaya menambat hati rakyat Johor lakukanlah tugas dengan sebaik mungkin..

Monday, 7 March 2022

Roti omlet cheese cara Pakistan

 


Isnin..

kejap dah isnin..hari berlalu macam cepat jew..lelagi time bebudak cuti sekolah..bangun pagi urus mana yang patut..gitu gini dah petang..tapi yang bagusnya time cuti sekolah ni tak lah berkejar sangat nak uruskan anak ke sekolah..masak pun boleh lambat sikit..

Kalau pagi biasanya kami jarang buat sarapan berat..selalu kalau ada suami dia lebih suka omlet dan roti ..Muhammad pun sama..ada roti macamtu dah ok sangat bagi dia..tapi iqbal kalau makan roti macamni tak lepas sangat..sekejap jew dah mencari benda lain untuk makan lagi.. 

roti ni yang biasa en suami buat dan emak mertua buat kat umah..biasalah kalau dah kearah sana..rempah dan garam masala memang tak boleh dilupakan ..ha haa..

cara buat boleh semak video ea..

Thursday, 3 March 2022

Meronda di Kedai Korea CU mart


Katanya kedai ini dibuka diMalaysia pada April 2021..
Yang peminat tegar drama Korea pastinya CU mart ni dekat sangat dengan hati anda..babak dalam kedai CU mart ni banyak ada dalam drama korea..kan.

Dan bila kedai CU mart ni dah ada di Malaysia pastinya ramai sangat yang nak mencuba..
kami bukanlah peminat drama Korea ..tengok pun jarang sangat..tapi bila kedai CU ni dah ada dekat dengan kita maka tengok jugaklah apa yang ada disini..


Walaupun perut dah kenyang Muhammad nak jugak makan corn dog yang pamess tu...saya kurang minat dengan corndog ni..maka beli je satu ais cream kon yang pic kat atas tu.


Dengan limpahan cheese tu menggoda selera budak-budak..dalam dia pun cheese jugak..sampai comot makan..
Beranika pau ada..nampak inti dia tu macam-macam.. nampak menyelerakan..colour pau tu soft jew..



Yang ni dah lama tak buat dekat rumah..bila dah terhidang banyak macamtu jadi berselera nak makan..



Deretan samyang noodles ..dan beraneka nama dan jenama ..terselit jugak maggi hot disitu..

Yang nie antara balance yang tingggal..ready to eat..sebab singgah sini pun dah malam maka makanan pun banyak yang dah habis.

Snap gambar sana sini..saja nak buat koleksi..tak beli apapun..cuma cuci mata dan ronda dengan anak dan husband..





Berjenis ice cream Korea ada..tak meneliti lagi satu-satu..ada meja makan disediakan disini..kalau nak makan tinggal duduk jew..berjenis air pun ada..

Lokasi Kedai KoreaCU mart ni di belakang Angsana,area dengan Bank Rhb..