Pages

Tuesday, 22 February 2022

Menyirap by Dato Fazley Yaacob dan Sweet LAB

Menyirap..hi hii dengar tajuk macam cari gaduh jew kan..

Ini merupakan projek paidreview saya bersama sweetLAB dan menyirap ni by Dato Fazley Yaacob..

rasa dia camne sedap ke?..ini merupakan sirap yang zero sugar atau bebas gula....kiranya sapa yang menjaga kesihatan memang elok sangatlah ni ..zero kabohidrat ..zero kalori..dan sesiapa yang ada penyakit kencing manis pun boleh minum kodial menyirap ni..


Kodial menyirap ni merupakan premium rose  syrup ..walaupun bebas gula tapi ada rasa manis dalam dia tak payah tambah gula bagai..hanya tuang dan letak air macambiasa..

untuk kali ini saya buat sirap limau laici ..buh biji selasih dan ais..memang nikmat sangat..sesuai untuk buka puasa..


Dan yang ini pulak saya buat lassi sirap..lassi ni kegemaran suami..nak buat dia pun senang sangat..letak susu ..yogurt  dan tambahkan menyirap..agak lah nak letak banyak mana..biasa kami buat lassi ni plain je..bila tambah menyirap rasa lebih wangi sikit..sedap..

Ok yang nak try menyirap ni boleh ke instagram sweetLAB yer..boleh tengok banyak idea masakkan yang menggunakan produk menyirap ni.


 

Monday, 21 February 2022

Ada tofu dirumah jangan asik digoreng je..buatlah Bebola tofu/ Cucur tofu yang sedap

 



Waktu petang sekarang ni biasanya mendung dan diiringi hujan..bila time nak ambik Muhammad balik sekolah mesti mendung dah berarak gelap..disebelah paginya pulak kadang panas..tengaharinya pulak panas terik.Disebabkan cuaca yang tak menentu macamni ,mudah sangat kami diserang selsema dan kadang sampai demam..

Dan bila sebut je demam dan selsema mulalah kepala mengerewang mikir covid..biasalh itukan antara tanda utama bila kita diserang wabak tu..lelagi sekarang ni kes covid semakin mencanak tinggi..
Fenomena biasa bila waktu hujan memang kompom perut yang dah kenyang pun akan lapar memanjang..jengah esbok tengok apa yang ada untuk kunyah-kunyah waktu petang..

Terpandang lima ketul tauhu yang tak terusik,mulanya berangan sangat nak buat sambal goreng..ha haa lastnya sambal goreng entah kemana..kentang pun dah nak bercambah ..maka buat jewlah bebola tofu..disebabkan rupa paras dia tak macam bebola maka tak sebutlah bebola..sebut je cucur tofu..ataupun yang biasa disebut kt rumah ni jemput-jemput tauhu..
ikutkan kalau makan ni cicah dengan sos cili atau sambal kicap lagi ngam..tapi macam malas pulak nak menyicah..so biar makan plain macamtu jeew pun dah sedap..
ni kalau makan nasi tak de lauk boleh jew jadikan sebagai side dish..memang sedap..

Ok resepi dibawah ea..cara membuatnya boleh semak video ea.



Recipe
5 pcs tofu
1 pcs carrot
Coriander leaf/onion spring
2 pcs garlic
1 pcs egg
1 pcs Sausage
5 or 6 tablespoon purpose flour
Salt and seasoning




Friday, 18 February 2022

Resepi Marble cupcake lembut guna Marjerin Pelangi

 



Pagi..
mencari gambar  dan idea untuk menulis disini..gambar masakkan  banyak yang tak sempat lagi share disini..tapi tulah nak mentranfer gambar ke sini agak malas sikit..
maka share dulu gambar baru shoot ..



Sebenarnya video ni projek untuk syarikat seri pelangi..
kali ini diorang pilih kek marble cupcake untuk video dan gambar..ikutkan kalau buat kek memang saya gemar buat versi yang kecik jew ..senang nak bakar dan cepat masak..nak simpan pun mudah..nak makan tinggal amik satu atau dua biji dan selebihnya dah boleh simpan..atau kalau nak bagi orang pun senang..tak payah potong..kalau potong ni kadang bila tak kena gaya memang senget..hihii tu yang malas.

Kalau buat kek guna marjerin nie memang terimbau sangat masa zaman kita kecik kan,dulu kalau dekat nak raya mak mesti beli marjerin atau planta satu tin besar..pastu buatlah kuih muih dari marjerin tu..kalau kek pastinya kek marble jewlah yang pames time tu..bila makan kek marble ni yang paling seronok masatu bila tergigit yang bahagian coklat..tu yang saya kejar dulu..part yang ada campuran coklat je..yang plain tu biasanya kurang sikit nak makan...hihii..tu yang selalu kena bebel dengan emak..
 

Ok cara membuatnya boleh tengok video ea.
Marble Cupcake lembut guna marjerin

250  gm  butter/marjerin @sripelangi
1  cawan rata  gula kastor
4  biji  telur gred A
2  cawan rata  tepung naik sendiri, diayak (jika guna tepung gandum tambah 1 sudu teh  baking powder)
1/2  cawan  susu cair
1  penutup botol  esen vanilla
2  sudu besar  serbuk koko


English
Marble Cupcake

250 gm butter/margarine @sripelangi
1 flat cup of caster sugar
4 grade A eggs
2 flat cups of self -rising flour, sifted (if using wheat flour add 1 teaspoon of baking powder)
1/2 cup liquid milk
1 bottle cap of vanilla essence
2 tablespoons cocoa powder