Pages

Friday, 11 June 2021

Laksa Sarawak la pulak.



Sejak penghuni rumah ni lengkap semua ada semangat sikit nak masak macam-macam.sebab ada yang tukang kasi habis tu yang suka...tapi penat jangan cakaplah asik kedapur je kita.kadang dah petang baru sempat nak relax sikit.
Ahad ni dah nak start sesi Pdpr untuk Muhammad .Jadinya banyak kerja jugaklah menanti nanti.

 

Meh la cerita Laksa Sarawak,pic ni dah lama ..tapi semalam ada buat laksa sarawak jugak nak kasi perabih satu paket lagi pes laksa hj manan tu.takut simpan lama tak elok pulak kan.
Senan jew nak buat laksa Sarawak ni berbanding Laksa Johor..tak renyah sangat..simple tapi rasa dia sedap.
Masa pergi ke Sarawak dulu pernahlah jugak merasa Laksa ni disana..Kena makan dengan sambal jugak baru rasa kick sikit ..
Ok Pes tu boleh beli di shoppe atau boleh juga ke instagram atau Shopee @kedai ummi ..semua barangan dari sarawak dia ada jual..kek lapis ..kuih cincin ..kain batik sarawak ..kraftangan..senang cerita semua produk dri sarawak ada kat kedai dia..


Laksa Sarawak
1/2 peket bihun dicelur
Isi ayam - direbus/digoreng carikkan isinya.
6/lebih  ekor udang dicelur sekejap

Caranya
Sediakan periuk.
Masukkan 1 liter air rebusan udang dan ayam serta 1 batang serai.
Kemudian masukkan 1 paket 200 gram pes laksa sarawak  kacau rata.
Tambahkan 250 ml santan pekat /santan kotak
Biar kuah agak pekat 
Perasakan dengan sedikit garam.tutup api.

Hidangkan bersama
Daun ketumbar
Taugeh
Telur yang didadar nipis dan dipotong bulat
Udang
Isi ayam
Limau kasturi/nipis
Sambal udang kering

Resepi sambal udang kering
Segengam udang kering
Sedikit belacan
1 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Kisar semua bahan dan tumis hingga sambal masak sempurna.tambah sedikit gula dan garam..serta air asam.siap.