Pages

Sunday, 31 January 2021

Recipe Kuih cara berlauk/Malaysian sovoury Pancake Bites/Lembut dan sedap

 

Cuaca elok jew beberapa har ni,tak hujan..biasa kalau waktu petang jew dah mendung..dan lepastu menyusul hujan sekejap.
Dari pagi tadi rasanya kerja rumah menyusul tanpa henti,hari ni pulak dikira hari persekolahan..jadinya kerja sekolah Muhammad  pun turut banyak.
Ritu sempat jugak buat kuih cara berlauk,teringin nak makan..baru terlaksana .anak anak suka kuih ni sebab ada inti daging dalamtu.ulang makan sampai ke malam..
Elok tengah bakar kuih ni guruh berdentum..disambung dengan hujan..memang eloklah time hujan buat makanan ..laju makan dengan Iqbal anak yg sulung sambil borak.



Borak isu semasa,pasal covid yang nmpaknya semakin meningkat.risau pun ia jugak..pikur banyak kali jugak bila nk keluar rumah.ermm
Entah sampai bila ending nya kan..Doa dan jaga diri moga kita semua dielakkn dari wabak ni.ameen..
Ok nanti jumpa lagi..





Bahasa Malaysia
Kuih Cara Berlauk
By @zila norazila

Bahan Inti
Daging kisar/cincang halus
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari ikan/ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam kasar
Garam secukupnya

Caranya
1.Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2.Masuk daging dan rempah kari,kacau rata.masukkan serbuk lada hitam dan garam.
3.Bila daging dah masak angkat dan sejukkan.

Bahan lain
4 biji telur
155 gram tepung gandum
200 ml santan /susu
200 ml air
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit minyak masak
sedikit garam

Caranya
Kisar semua bahan dengan blander,kemudian tapis.
1.sediakan acuan bahulu,panaskan acuan,sapu minyak pada acuan,saya guna daun pandan.
2.Tuang adunan butter,kemudian letak inti daging dan tabur dengan bahan hiasan.
3. Tutup permukaan dengan tudung periuk,bakar hingga masak.dah kekuningan keluarkan dari acuan.
4.Sedia dihidang.

Bahan hiasan
lada merah - hiris
Daun sup -hiris
Daun bawang -hiris
Bawang goreng

English version
Kuih Cara Berlauk
By @zila norazila

Ingredients
 Finely chopped meat
 1 large onion
 2 cloves garlic
 2 tablespoons fish / chicken curry spice
 1 teaspoon coarse black pepper powder
 Salt to taste

 Instruction
▪︎Saute onion and garlic with a little oil until fragrant.
▪︎Add the meat and curry spices, stir well. Add the black pepper powder and salt.
▪︎When the meat is cooked, lift and cool.

 Other ingredients
 4 eggs
 155 grams of wheat flour
 200 ml coconut milk / milk
 200 ml of water
 A little turmeric powder
 A little cooking oil
 a little bit of salt

 Instruction
▪︎Blend all ingredients, then strain.
▪︎Prepare bahulu mold, heat the mold, rub oil on the mold, I use pandan leaves.
▪︎Pour the butter mixture, then place the meat core and sprinkle with garnish.
▪︎Cover the surface with a lid, bake until cooked. Remove the yellows from the mold.
▪︎Ready to serve.

 Decorative materials
 red pepper - sliced
 Soup leaves - sliced
 Sliced ​​onion leaves
 fried onions

Thursday, 21 January 2021

Ngaku/Arrowhead kerepek setahun sekali

 


Bertemu lagi..
Proses pembelajaran  PdPK tanpa bersemuka telah bermula semalam..nak taknak buat masa ini nampaknya langkah sebeginilah yang sesuai digunakan.
Disekolah agama nampaknya semalam masih tak ada apa lagi..tapi group whatsapp untuk kelas baru 2021 dah ditubuhkan..tengoklah hari ini jika ada perkembangan.
Iqbal pun dijangka akan balik semula ke kampus USM pada hujung feb..ada nak buat lab katanya..memang tak boleh online.


Ok citer kerepek ngaku tu,nak makan tunggu nak raya cina baru jumpa lambakkn buah ngaku tu.Nak makan memang laju..nak menyagat..dan nak berdepan dengan api pada jarak masa yang agak lama tu macam kurang sabar..ha haa..tapi kalau ada keinginan nak makan memang kena rajin sikit kan.

Boleh tonton youtube untuk cara buat ketepek tu..ok insyaallah jumpa lg nanti.





Wednesday, 13 January 2021

Onde - onde Buah Melaka Bunga Telang



 Assalammualaikum,Bersua lagi kita,PKP 3 nampaknya kita kan..Bila kes semakin menigkat,terutama bagi negeri penyumbang ekonomi terbesar di Malaysia.maka jalan terbaik memang kena PKP.walaupun ada segelintir yang mengeluh tapi lebih elok rasanya dari kes semangkin menigkat.

Walaupun tak ada PKP kami memang selalu dirumah je,jarang dah nak  merayap lama diluar sejak covid ada ni.keluar pun hanya sekejap.pergi makan dan beli barang keperluan..nak berjalan jauh masih tak ada mood lagi.

Ok cerita onde-onde buah melaka bunga telang pulak.
Disebabkan bunga telang banyak dirumah maka guna jewlah ,sayang pulak terbiar dalam botol,aritu berangan nak buat kuih serimuka,tapi rasa malas tu menyelubungi pulak..tunggu rajin nanti adalah kuih serimuka muncul kat sini.
Nak buat nasi kerabu pun malas jugak,suka sebenarnya makan nasi kerabu ..lagi kalau ada solok lada ..menambah jadinya makan.
Resepi shara disini buat rujukkan diri sendiri je..dan kalau ada yang nak cuba bolehlah buat ya.senang jew ni..pejam mata siap ha haaa..ok jumpa lagi nanti.


Bahasa Malaysia
Onde - onde Bunga Telang
@zila_norazila

Bahan
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan jus bunga telang - 20 kuntum atau lebih bunga telang rendam dengan air panas
1 ketul gula melaka - racik/dadu
kelapa parut secukupnya - guna bahagian putih
sedikit garam
2 helai daun pandan untuk rebusan

Caranya
Campurkan semua bahan,uli sehingga doh tidak melekat ditangan.
Rebuskan air dalam periuk bersama 2 helai daun pandan.
Racik atau potong kecil gula melaka.
Ambil sedikit doh leperkan dan masukkan sedikit gula melaka.
Tutup doh dan bulatkan.
Masukkan kedalam air yg mendidih.Biarkan onde-onde hingga timbul dipermukaan baru boleh angkat. 
Dah angkat terus masuk dalam air masak biasa.,toskan sekejap.
Lumur dengan kelapa yg dah dicampur dengan sedikit garam.
Sedia dihidang.

English
Onde - onde Bunga Telang 
@zila_norazila 

Ingredients 
2 cups glutinous flour 
2 tablespoons wheat flour 
1 cup of telang flower juice - 20pcs or more telang flowers/butterfly pea (soaked in hot water) 
1 piece of Malacca sugar/palm sugar - dice 
Grated coconut to taste - use the white part 
a little bit of salt 
2 pandan leaves for stew 

Instruction

Mix all ingredients, knead until the dough does not stick to the hands.
Boil water in a pot with 2 pandan leaves.
Mix or cut into small pieces of Melaka/palm sugar. 
Take a little flattened dough and add a little Melaka/palm sugar. 
Cover the dough and roll it out,make until finished.
Put it into boiling water, Leave the waves until they appear on the new surface can be lifted and put in regular boiled water .. lift. Spread with coconut that has been mixed with a little salt. 
Ready

Wednesday, 6 January 2021

Resepi Kuih Dangai guna Sandwich Maker/pembakar roti

 



Bismillahhirahmannirrahim
Selamat Tahun Baru 2021..tahun 2020 yang dirasakan singkat sangat,dan pembuka awal tahun 2021 musim banjir melanda disana sini..dan yang pastinya keadaan Covid dinegara kita semakin meningkat.beberapa hari ni..
Moga pada tarikh awal persekolahan 20 January murid boleh sekolah seperti yang telah dirancang,barang keperluan dan buku tulis dah siap untuk Muhammad melangkah ke tahun 2 nanti.

Ok nak cerita kuih dangai pulak lah,
kuih lama yang sentisa menambat hati,tak sangka Muhammad suka betul kuih nie,banyak kali dia cakap mama buat kuih kelapalah,adik suka..sebab senang sangat nak buat maka laksanakanlah permintaan anak-anak.lagipun memang dah lama jugak tak buat kuih..
Saya guna sandwich maker je senang kerja tak payah susah cari acuan dangai.jarang guna sebenarnya sandwich maker tu..dari terperuk baik pakai kan.Tahun 2019 saya ada share resepi kuih dangai guna pembakar roti ni kan,tapi share gambar jew..kali ini share video pulak ya.

Ok jom semak cara membuatnya..tonton video sampai habis.
Bantu saya dengan subscribe..like dan comment ya..moga channel ni berkembang .
Dan tekan butang loceng untuk dapatkan update terkini .

Resepi kuih dangai
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula..(gula ni kalau boleh jangan tabur terkena acuan ya..nanti melekat..susah kuih dangai kita nk kluar.)