Pages

Wednesday, 15 July 2020

Kerabu Pucuk Meranti dan taugeh..buat ratah-ratah memang sedap

Rabu 15 haribulan Julai 2020
Budak sekolah rendah tahun lima dan enam dah mula sekolah,nasib Muhammad ada lagi berbaki beberapa hari lagi baru naik sekolah,untuk tahn satu,dua dan tiga akan menyusul 22 Julai nanti,masih ada masa pulun homework dari cikgu time PKPP ,PKP dan PKPB aritu.

Sambil mengadap laptop ni kepala mikir nak masak apa hari nie untuk diaorang.macam ketandusan idea pulak,nak kekedai macam malas pulak nak start kereta dan memandu..
Kerabu nie lauk aritu ,buat masa dikampung time PKP,duduk ramai dirumah tak cukup kalau buat kerabu camni,masing-masing suka.stock meranti memang senang nak dapat,sebab kami ada kedai runcit dikampung so ada jew orang kampung tolak sayur dan ikan dikedai.
Masing-masing dikerah jadi model makanan jugak..hihii

Kerabu Pucuk Meranti dengan Taugeh

Bahan
Udang kering
Cili padi
Bawang putih
Bawang besar
Sedikit belacan
(semua bahan diatas digoreng sekejap dengan sedikit minyak)
Kelapa parut putih
Daun dan biji cekur
Garam secukupnya
Serbuk perasa jika suka

Pucuk Meranti dicelur
Taugeh secukupnya

Caranya
Tumbuk bahan yang telah digoreng,kemudian masukkan cekur dan tumbuk sekali biji dan daunnya.
Panaskan kuali masukkan bahan yang telah ditumbuk dan kelapa parut gaul rata.tambahkan sedikit garam.
Masukkan pucuk meranti dan taugeh,gaul rata ,sebatikan rasa dan hidangkan.