Pages

Tuesday, 17 December 2019

Chalet Terapung

Dah beberapa hari blog dibiarkan sepi,almaklumlah cuti sekolah banyak kegiatan yang diluar jagkaan,kesana kemari tak sudah.
Chalet terapung
bagi yang minat nak berehat dan bersantai bersama keluarga dan inginkan sesuatu kelainan iaitu lari dari chalet yang terletak didaratan bolehlah try chalet terapung ni,agak menarik jugak.
Selain dari tempat relax santai bagi yang hobinya suka memancing tempat ni salah satu port yang dikira sesuai jugak untuk dikunjungi,ada lorong khas tempat memancing disediakan,sebab kami sampai pada waktu malam so tempat banyak dah gelap nak ambik gambar macam terbatas pulak.
Pada waktu petang bolehlah sewa kayak dan berkayak dikeliling chalet,nampak seronok family ni berkayak.sebelum boat kami menghampiri pelantar chalet gambar ini dirakamkan.


 Dibahagian tepi chalet terapung.banyak bilik yang disediakan,ada ruang untuk memasak dan boleh order makanan macam-macam..disini pun ada restoran.

 Swimming pool pun ada disediakan,pool untuk budak kecik jew sebab kolam tu tak besar mana pun.

 Antara menu yang ada disini,berjenis burger semuanya menarik.

Dikaunter ni ada juga menjual air dan meggi cup,kot ada sesiapa malam-malam lapar boleh topup makanan disini,ada air mineral yang diberi secara percuma disitu.
 Lengkap dengan ruang makanyang luas,nak masuk kesini semua kena bukak selipar lah ya,dan ramai jugak yang tak melepaskan peluang memancing ditepi tu.yang nak ber BBQ pun boleh,bawak je barang perapan yang nak dibakar tu dari rumah,segala peralatan BBq nanti diorang akan sediakan.

 Surau pun ada,selesa sangat berekon lagi.sempat jugak kami solat maghrib disini,kebetulan kami sampai time maghrib.






 Antara deretan bilik yang ada disini.Bilik standard tu kalau hari biasa  Rm 130 weekend Rm 169,bilik VIP pun ada disini harga harga biasa Rm 180 dan weekend Rm 239 bilik yang dilengkapi dengan tv dan berekon.
Bagi yang nak cari bilik yang agak murah sikit pun ada,dilengkapi tv dan kipas sahaja harga hari biasa Rm 99 dan weekend 130.

Tempat nak berkaroke pun ada.disini kalau nak buat hari keluarga,aktiviti santai dan majlis koperat memang sesuai sangat.



 Dah lepas maghrib,suasana luar dah gelap,lampu yang menghiasi chalet dah dibuka sepenuhnya,nampak cantik dan bercahaya dari jauh.Dah puas kami meronda sekeliling chalet tengok sana sini lebih kurang 1 jam jugaklah kami disini,ok masa nak naik boat semula dah sampai,hanya beberapa meter je dari jeti Kong Kong.

Turun dari boat masing-masing haus,almaklumlah bawak budak kecik-kecik,kami singgah disini duduk kedai ni tengok menu yang menarik dan orderkan diorang ni air.

Tengok menu semua sedap,tapi kali ni kali order  menu ringan jew,masing-masing nak makan dekat tempat lain katanya.



Kami order air dan udang wrap,dan yang tak ada dalam gambar otak-otak.sambil borak-borak seronok makan simple macamni.Dah berakhie cerita kong kong jomlah kita balik anak-anak..lagipun dah malam,next kita datang lagi nak try makan di Roti Rentung  yang katanye pamess tu.