Pages

Thursday, 5 December 2019

Laman Perikanan - Karnival HPPNK 2019

Cerita penutup,
sementara mood rajin mengadap blog dan sementara cerita masih dalam ingatan kita kasi hupdate habis cerita karnival HPPNK nie.

Nak melengkapkan rondaan kami ke karnival ni maka inilah laman terakhir yang saya masuk,disini nampaknya orang tak berapa nak ramai..mungkin bukan bahagian makanan orang pun agak malas nak tengok.ada yang masuk sekejap  dan pusing balik.
Masuk di pintu depan ada ramai orang isi foam,entah apa yang diorang tulis,tak terniat pulak nak menyebukkan diri bertanya.nampak orang ada agihkan surat khabar Harian Metro secara percuma.
Banyak info tentang laut dan kehidupannya serta banyak jugak info tentang pulau-pulau yang menarik dinegara kita.saya hanya snap gambar dan berlalu sepi tanpa membaca banyak info disitu.


Ini gigi ikan apa pun saya tak baca info di tab sebelah..ada dua tiga orang budak sekolah kerumun disitu nak baca info lanjut.kita bagi laluan dekat budak-budak sekolahlah ..kita yang dah remaja tua ni boleh je cari info kendian.

Yang menjadikan pergerakkan terbantut di laman perikanan inilah dia,dah start balik perut dia sakit.oklah lebih elok rasanya balik dari tengok muka sedih macamtu.
Nak hujung-hujung pusing balik nampak staf beri penerangan tentang udang galah,sesiapa yang berminat nak menternak udang banyak jugak info dan maklumat yang diberi.

Ok sebelum melangkah keluar sempat lagi snap gambar kapal,dan dan kebelakng lagi tu saya tak sempat nak ronda.entah apa yang menarik lagi disana.
  Lembu Sado pun tak sempat nak ambik gambar..nampak banner di tepi jalan snap jewlah.

Cuaca luar yang panas lit lit..pergi kekereta dan jomlah kita balik Muhammad.

Agro Niaga di - Karnival HPPNK 2019

Masuk  kesini jadi rambang mata tengok pelbagai makanan,anika paste sambal,sambal segera ready made tinggal dimakan je dan tentunya banyak lagi barang jualan yang ada disini.tengok jugak kot ada barangan yang saya pernah buat review ada disini.
Geram tengok ikan bilis,tak beli pun sebab dirumah jarang sangat guna ikan bilis,disebabkan biasa masak ala pakistan so ikan bilis memang jarang dipakai.

Deretan dodol dalam bekas tikar macamtu cantik pulak,nampak lebih creative,banyak perisa dodol ni sekarang kan.
Nampak orang jual ice cream sibuk Muhammad nak makan ice cream,walaupun perut meragam tetap jugak nak makan ice cream.bising jugaklah en suami cakap tak payah beli.dah nama pun budak-budak boleh ke kalau tak beli..mau dia wirid dekat telinga sampai dalam kereta nanti.so ambik keputusan beli jewlah walaupun en suami macam kurang suka.
Depan orang jual ice cream ada cincau segar.ni kalau bulan puasa jual macamni memang laris kan.Lalu lalang di kawasan ni meriah,dapat merasa semua makanan yang diaorang jual.beli ke tak lain cerita..orang dah suruh rasa jamahlah sikit kata orang jangan tidak kan.
Beginilah suasana dalam agro niaga  ni,orang macam pasar malam masing-masing tak nak melepaskan peluang tengok apa yang menarik disini.Saya dah mula rimas pulak bilak orang dah ramai macmni.mulalah mood nak ambik gambar macam terbantut.
 Air kelapa Laut pun ada.dah penat ronda kalau haus bolehlah beli.
 Kek Lapis Sarawak pun ada dua tiga gerai yang jual.

Air durian belanda fresh..tengok durian belanda yang fresh tu geram,peniaga ni suka bila saya nak ambik gambar,disusun elok-elok dulu baru dia suruh ambik pic..dia cakap nanti share tau.
 Booth Cimb pun ada..tak tengok pulak apa yang menarik
Rock Melon memang fav saya,lama jugak disni tanya-tanya macamana nak tanam dan penjagaannya.diaorang ni tanam dalam pasu jew,jakun pulak tengok dalam satu pokok tu akan mengeluarkan sebiji je buah rock melon.
Dan cili pun ada.