Pages

Thursday, 11 July 2019

Lasagna Roti senang


Jam 3 pagi..
Minggu Muhammad demam..orang kata memang musim demam sekarang ni..ke memang musim durian orang ramai yang demam.dia start demam hari khamis malam..lepas balik sekolah tu dah rasa badan dia macam dedor je..tapi masih ok boleh main macambiasa.
Tengah malam pukul 2 tiba-tiba dia kejut cakap panas..rasa badan dia dah macam bara api ..memang panas sangat..bagi ubat..dan esoknya jumaat pergi klinik ..sabtu ..macam dah ok sikit..ahad cuti sekolah walaupun macam nampak sihat sikit..isnin petang dah lembik balik..selasa pergi kesekolah jugak sebab nampak dah ok sikit..ambik dari sekolah cikgu2 cakap dia menangis..sebab demam..rasa panas balik badan dia..cikgu cakap rest betul-betul baru pergi sekolah lagi..
Rabu pagi demam tak kebah lagi..walaupun dah makan ubat badan masih panas..rabu petang lepas makan ubat baru nampak dia segar sikit..panas pun dah beransur hilang..alhamdulillah.. penat menjaga anak bila dia demam..tidur pun x lena,,nak selalu lap badan dia dengan air..mood mak nak memasak pun hilang,..dan beberapa hari nie tak dapatlah Muhammad tolong mommy jadi model gambar food review.


Ok tutup cerita anak ..sambung cerita makanan.
Dirumah ni kalau roti memang kurang laku sikit,hanya muhammad je yang suka makan roti dengan nutella.Iqbal pulak memang suka nasi dan makanan pasta food yang simple.
Sejak cuti sem mula nie dia dah sibuk kerja sambilan dengan  adik saya di dewan badminton area dato onn..ikutkan saya lebih suka dia duduk rumah je..tolong mana yang patut ..tapi biasalah orang baru nak up..nak cari pengalaman..ikutkan jewlah.
Bila ada lebihan roti biasanya memang kami buat lasagna..menu yang semua suka.sebab ada cheese tu kan..dan lagipun nak buat pun tak susah mana.


Untuk inti
1 biji bawang holland didadu
Daging ayam atau lembu fresh dicincang halus
Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak biasa tumis bawang holland hingga layu dan wangi,kemudian masukkan ayam atau daging tadi,biarkan sehingga masak sempurna.

Kemudian masukkan Prego carbonara mushroom ikutlah banyak mana ye..saya guna dalam 3/4 .prego carbonara ni agak dah masin ..kalau boleh jangan tambah garam banyak sangat.


Kemudian masukkan hotdog ..yang ni potong serong je..ikutlah tak letak pun boleh,sebab nak habiskan stock kat rumah so saya letak.
ok kemudian kacau rata.biarkan sekejap..dan tutup api.
Sediakan roti secukupnya.sapu loyang dengan butter atau majerin.
Pukul sedikit 2 biji telur dan sedikit susu segar,kemudian celupkan roti kedalam adunan telur..susun di loyang atau tray kaca.letak inti cabonara ..sapu inti rata menutupi permukaan roti.susun cheeseslice
saya guna brand cesdale.

Kemudian tabur mozzarela cheese dan mix herbs..ulang sehingga inti habis ..bakar pada suhu 170c selama 20 minit atau sehingga permukaan kekuningan dan garing.

Pic from google


Dah siap ..
Sebab masa ni masih panas maka gambar yang dah dipotong tak ada.ikutkan bukan senang nak suruh model kecik nie duduk diam..banyak kali shoot baru berjaya dapat gambar yang elok..kadang suruh duduk tegak pun dia tak nak..ha haaa ikut mood dia jew..sabarr jewlah .