Pages

Saturday, 27 April 2019

Minikmati keindahan taman bunga orkid di kuching sarawak


Suka tak bunga orkid..
Bila berkunjung ke sarawak jangan lupa datang kesini..masukkan dalam senarai tempat yang harus dilawati..
Bagi pencinta orkid mesti geram tengok bunga orkid yang bermacam jenis yang ada disini..
Mengikut maklumat pemandu pelancung kami terdapat 80 000 pokok termasuk spesis kacukan.banyak kan..tapi pokok orkid ni berbunga mengikut musim..ada juga yang masa kami datang tak berbunga.





Mempunyai keluasan 15 hektar..dan mempunyai sebanyak 80 spesis orkid terdiri daripada 127 ganera terdapat disini..memang banyak sangat sampai nak ambil gambar pun tak larat..
inilah diantara spesis orkid yang sempat saya ambik ..



















Yang ini sederet tak berbunga.memang dijaga rapi pokok orkid disini..baja cukup..cahaya matahari yang cukup..




Masuk  - Percuma
Ambiklah gambar bunga sebanyak mana..memang cantik sangat.

Menu pakistan - Karela Gosht dan Capati




Karela  Gosht
Karela maksudnya bitter gourd atau peria katak.Gosht pulak bermaksud daging..senang cerita daging yang dimasak bersama peria katak.

Peria memang sinonim dengan masyarakt india..pakistan ,,nepal..dan negara yang berdekatan dengan india.kebanyakkan makanan diorang kurang lebih sama sahaja..cuma kadang ada penambahan baikkan dari daerah masing-masing.

Bahan asas dalam masakkan pakistan mesti ada bawang besar yang agak banyak penggunaannya..melebihi setengah kilo dalam suatu masakkan.jintan manis..jintan kasar..serbuk ketumbar..serbuk cili ..serbuk kunyit dan rempah garam masala merupakan rempah-rempah yang wajip ada dalam masakkan pakistan.


Gambar diatas merupakan bahan yang saya gunakan untuk membuat karela gosht.
Mula-mula peria tu kita kikis kulit luarnya..kemudian potong dua..buang biji dan hiris nipis.lumur dengan garam dan perap dalam setengah jam.

Lepas setengah jam cuci bersih peria tu kemudian goreng sampai garing..goreng sampai warna bertukar menjadi coklat perang dan sedikit nak hitam tapi bukan hangus.

Dalam periuk masukkan daging potong kiub lebih kurang setengah kilo..
Masukkan serbuk ketumbar..cili powder..jintan kasar..jintan halus dan serbuk kunyit ..yang nie sukatan dia biasanya dalam 1 sudu besar setiap rempah..dan boleh kurangkan serbuk cili jika tak suka pedas. Bawang besar dalam 5 biji hiris kasar..lada hijau 2 batang..tomato dalam 2 biji hiris kasar..kemudian tambahkan air secukupnya ..masak atas api sehingga daging lembut
Biasanya saya masak dalam prssr cooker lebih kurang 20 minit daging dah lembut..

Bila daging dah lembut dan agak kering masukkan minyak masak atau butter kedalam daging..gaul rata..biarkan sedikit kering..
kemudian tambahkan sedikit serbuk garam masala..yang ni dekat kedai rempah ada jual..tak pun kat mydin pun ada..tak pun pergi kedai india pun ada jual.
Dah agak kering boleh masukkan yogurt dalam 1 atau 2 sudu ..kalau tak suka tak payah letak pun boleh..kacau rata..masukkan daun ketumbar dan sedikit garam..masak lagi sekejap..last tambahkan peria katak goreng tadi ..gaul rata..biarkan semua mesra dan boleh tutup api..sedia dihidang bersama capati.


Capati
Bahan - bahan
2 cawan tepung Atta
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu minyak masak
1 Cawan air suam - secukupnya
Garam secubit ikut rasa larutkan garam dalam sukatan air suam

Caranya
Uli sehingga menjadi doh yang lembut.Bulatkan kecil dan gelek nipis,bakar diatas kuali sehingga masak.