Pages

Sunday, 19 May 2019

Phad Kra Phao lagi..


Jumpa lagi..
jam dua lebih pagi..masih rajin mengodeh blog..eh bukan tak tido..tapi baru bangun tido..lepas siap solat semua tak boleh lelap pulak mata ni lagi..so lebih baik menaip sesuatu disini..kalau boleh nak clearkan gambar makanan yang terlalu banyak dalam folder nak transfer kesini.sayang bila ianya terperap begitu sahaja.

Ayam Kra Phao lagi..
lagi tu bermaksud menu yang selalu diulang-ulang masak dirumah.sebab sentiasa diulang first sebab senang nak sangat nak buat..yang kedua sebab sedap sangat bagi tekak kami sefamily.

Orang thai hidangkan phad kra phao bersama telur mata.
saya pun tirulah jugak makan dengan telur mata..jenis masakkan yang tak ada kuah ..kering-kering..lauk macam ini memang sesuai dimakan bersama nasi panas..
untuk kali ini saya gandingkan dengan sambal hitam..ada stock sambal hitam yang banyak dirumah..lawankan jewlah dengan nasi panas..memang menambah selera..asal makan sepinggan tambah lagi satu senduk..dan lagi..ha haaa memang bahaya.


Bahan nak buat phad kra phao
cili merah thai  ikutlah tahap kepedasan masing-masing..nak lebih pedas letak 8 batang cili merah.dan 4 ulas bawang putih.


Ok dah siap kopek masuk dalam lesung dan tumbuk manja..jangan tumbuk halus ..saya study dekat video orang thai diorang tumbung kasar je..dan jangan pakai blander ..nanti halus sangat tak kick.

Hero utama dalam masakan ini mestilah daun selasih.korang jangan skip tau daun selasih sebab kalau dah skip tak terasa aroma dia.kesedapan dia terletak disini.
Ada yang panggil daun basil..daun kemangi..daun selasih ada banyak jenis..kalau di malaysia dan di sini amnya area rumah saya banyak yang jual jenis macam yang dekat gambar diatas tu..tapi yang thai daun dia macam lagi lebar dan besar.

Isi ayam kita potong dadu..biasanya isi ayam dipandang sepi kan..budak sekarang suka cari yang tulang..isi tolak tepi.kalau kita masak macam ni baru laku..atau goreng kunyit potong halus baru on kan masing-masing nak makan.


Buatlah telur mata..tiru cara diorang masak memang kena ikut satu-satu baru nikmat merasa masakkan diorang kan.
telur mata lebih elok kalau digoreng di kuali old skool macamni..kalau guna kuali non stick telo macam kurang cun pulak jadinya.


Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
dah panas bolehlah tumis bahan tumbuk tadi..masak sampai sedikit garing dan kekuningan..kemudian boleh masukkan ayam tadi..gaul rata ..tunggu ayam hingga kecut.dan masak sempurna.

Tambah kan sos tiram..kacau rata ..

Dan tambahkan sos ikan nampla..kunci masakkan thai biasanya terletak di sos ikan nampla ni..
apa-apa masakkan thai mesti diorang letak sos ikan sikit..bagi penambah rasa.
Last kita boleh letak daun basil kita tadi..yang nie tak payah tunggu lama.masuk daun selasih dan kacau  sekejap je dan terus tutup api.
dah siap boleh hidang dengan nasi panas dan telur mata kita tadi.

Phad kra phao
Ayam cincang kecil
4 sb sos ikan
2 sb sos tiram
2 sb kicap
1 sudu kecil gula
Daun selasih secukupnya

Bahan tumbuk kasar
Bawang putih 4 ulas
Lada cili thai merah kecil 8 batang

caranya
1.Panaskan sedikit minyak tumis bahan tumbuk sampai kekuningan.
2.Masukkan ayam gaul rata masak hingga ayam lembut dan masak sempurna.
3.Tambah sos tiram..kicap..gula..sos ikan..kacau rata..last masuk daun basil/selasih tutup api.
garam kalau tak masin baru letak..kalau dah masin tak payah


Thursday, 16 May 2019

Menu Berbuka 8 Ramadhan 2019


Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia dan diseluruh dunia..
Terima kasih untuk semua guru yang pernah mendidik saya dan anak-anak sehingga kini..bagun pukul 3 pagi saya harini sebab nak bungkus hadiah untuk 3 cikgu muhammad..malam tadi nak siapkan semua mata dah kelat..so tido dululah.

Menu berbuka lapan Ramadhan.
yang ke enam..kami sefamily buka puasa diluar atas undangan majlis pelancaran The Wraps..anjuran D&D Group Holding..Restoran yang berasaskan kebab..dan hari ke 7 menu disediakan sepenuhnya oleh en suami..menu pakistan..baryani dan samosa pakistan..sebab en suami yang memasak ..so memang lambat lah siap..dah azan baru siap semua..nak ambik gambar dah malam hari..disamping cuaca pun mendung..so gambar nasi briani pakistan pun tak adalah.

Hari ke lapan saya sediakan ekor masak sup ala thai..bukan sup ala melayu yang biasa kita buat tu..kalau yang ala thai mesti semua dah terbayang rasa masam ..dan banyak bawang holland dan serai dalam dia kan..memang banyak manika dalam dia sehingga isi dalamnya hanyalah ciput sahaja,,

Beli ekor dah beberapa hari..en suami nak masak ala pakistan ekor tu..so balance adalah dalam 3 ketul sederhana besar ..buatlah sup yang segera dan senang kerja tapi sedap.

Bahan
1 kg ekor
5 btg serai di ketuk
2 labu bawang besar belah emapt
6 ulas bawang putih diketuk
10 biji cili api hijau dan merah diketuk
3 inci halia diketuk
seikat kecil daun ketumbar
3 biji limau nipis lebih pun tak pe ikut masam
1 biji tomato saiz besar
5 helai daun limau purut
nampla (sos ikan)

Caranya
1.Rebus ekor dengan sebiji bawang besar dipotong empat danhalia rebus hingga lembut.
2.Tumis bawang putih hingga wangi, api kena kuat sikit masukkan serai, bawang besar yang dipotong empat.. kacau sebentar..masukkan tomato yang dipotong 4 , daun limau, cili api dan tumis sebentar. masukkan rebusan ekor tadi ikut banyak mana nak dihidang
3.Didihkan sebentar dan rasa garam atau nampla(sos ikan) dan tambah sedikit gula atau kalau suka  tambah perasa.
4.Sebelum dihidang perahkan limau nipis dan daun ketumbar .


Selain sup ekor saya masak ayam phad kra phao..ok pic dan resepi nanti saya share dekat entry lain ye..
Untuk minuman ..ada air tembikai ..buat air tembikai 2 cawan je untuk saya dan muhammad..ok lengkap dah menu hari kelapan.

Monday, 13 May 2019

Menu Berbuka 5 Ramadhan 2019

Selamat hari ibu..happy mothers day..
walaupun sambutannya semalam tapi tak terlewat rasanya nak ucap hari ini.
sebenarnya saya tak teringat pun semalam hari ibu..bila kawan-kawan hantar whatsapp baru tau hari ibu semalam..

Berbalik kepada cerita menu ramadhan..hari ke lima puasa saya sempat buat udang nestum.ikutkan memang lama tak buat udang nestum sejak ahli keluarga berkurangan..biasanya Iqbal jew yang suka makan macam-macam..kalau dia dekat rumah memang banyak menu yang dia request.

Udang Nestum

Bahan
20 ekor udang yang agak besar
Daun kari-lebihkan jika suka
5 ulas bawang putih - dipecah-pecahkan atau tumbuk kasar/didadu
3 biji cili padi merah dihiris kasar.
3 sudu besar butter
1/2 cawan nestum - lebihkan pun boleh suaikan dengan kuantiti udang

Cara
Udang digaul dengan garam,panaskan minyak dan goreng udang,jangan sanpai garing angkat dan ketepikan.
panaskan butter,masukkan bawang puttih,lada cili dan lada yang telah dihiris.
masak sehingga kekuningan.tambahkan daun kari dan masak sehingga berbau wangi
kemudian masukkan nestum dan sedikit serbuk ayam.apabila nestum nampak sedikit garing masukkan udang.
Gaul rata udang dan tutup api.sedia dihidang.

Air pulak ada oren sunquick selasih..
air senang je nak buat..buat air sunquick macam biasa cuma tambahkan selasih ..sedap minum sejuk..tapi saya lebih suka minum yang suam ..

Friday, 10 May 2019

Menu Berbuka 4 Ramadhan 2019


Menu berbuka 4 ramadhan.
minggu ni tak bersungguh sangat nak main masak-masak..masakpun cuma satu jenis lauk je..hari keempat saya buat lala sambal..ada video lala ni saya sharekan di tiktok id saya zila_norazila..suka-suka je simpan video dekat tiktok..buat kenangan..

Ikutkan kalau masak lala memang confrm tak jadi lauk,memang motif beli pun untuk ratah je..lala paling  sedap memang buat sambal je..masak lain macam kurang kick sikit kan.

Lala Sambal

Lala secukupnya
Lada merah besar 3 batang
Bawang kecil 4 biji
Bawang putih 3 biji
Halia setengah inci
1 batang serai
1 sudu besar sos tiram

Caranya
Kisar kesemua bahan,ketuk serai.
Panaskan minyak .masukkan serai.tumis bahan kisar sampai garing dan lada masak elok.tambahkan sos tiram.
Masuk lala..gaul rata..biarkan sampai lala masak.perasakan garam jika perlu..sebab sos tiram dah masin.tutup api sedia dihidang.
Saya tak letak air asam,,masa nak makan nanti perahkan lemon.


Buat tambahan lauk saya gandingkan lala dengan sambal itam,stock review sambal itam dari sambaleena masih ada..bolehlah jadi peneman nasi.

Malas pulak nak ronda bazar ramadan cari kuih atau pencuci mulut..mana yang ada dirumah keluarkan jewlah..barangan review banyak lagi kat dapur..ada kek kukus  che nab..kalau siang hari tak dapat nak menikmati kek kukus nie,,malam kita makanlah sikit-sikit..sedap dan elok sangat taburan buah dia tu..harga pun berpatutan sangat dibandingkan dengan kita mengukus sendiri sampai 4 jam..

Menu Berbuka 3 Ramadhan 2019


Eh mana menu 2 ramadhan ..tetiba kan skip satu hari..2nd day puasa tu saya tak masak..sebab agak sibuk sikit..so biasalah ronda bazar ramadhan dekat area rumah ni..beli mana yang rasa nak makan je..tak beli banyak pun..kuih pun saya pandang sepi je..bukan tak nak beli ..cuma risau endingnya perap kat petiais je nanti..biasa makan nasi dah kenyang..


Menu hari ketiga
Daging kicap berkari..ala macam masak kicap biasa tu je..yang bezanya tambah serbuk kari dalam 1 sudu  besar..cara yang lain samalah macam masak kicap tu..halia ..bawang putih ..bawang merah..lada hitam sikit..tumbuk semua..kalau nak pedas letak lada merah tumbuk sekali.
tapi saya buat versi tak letak lada sebab muhammad nanti tak boleh makan pulak..


Makan dengan nasi putih panas..sebab saya buat kurang pedas sediakan cili panjang tu..boleh gigit time makan.

Air pulak saya buat teh tarik cincau..sekitar tahun 2017..2018 famous betul air nie..kira viral jugaklah..
saya memang tak minum air sejuk ..buat sikit je untuk diorang ..

Wednesday, 8 May 2019

Menu Berbuka 1 Ramadan 2019


Selamat berpuasa semua readers muslim dan salam ramadhan.
Masih dipanjangkan usia alhamdulillah dapat menemui bulan Ramadhan tahun ini.dan alhamdulillah diberi kesihatan yang baik boleh menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

First ramadhan tahun ini tak balik kampung pun seperti tahun-tahun sebelum ini.lagipun cuti hanya satu hari..selasa muhammad dah start exam pertengahan tahun.pikir-pikir lebih baik duduk rumah sendiri jewlah dari terburu-buru memandu balik nanti.

Menu 1 ramadhan yang ringkas.
Juadah pertama yang dicari semasa berbuka mestilah air kan..nampak air yang sedap-sedap memang membuka selera.
aritu pergi jusco..masih suka panggil jusco walaupun dah bertukar nama ke AEON..mungkin dah terbiasa panggil nak tukar macam tak best pulak,ada promoter tunjuk rose bandung keluaran dutch lady sebab muhammad memang minum susu segar so belilah dua kotak.masa dia bagi rasa muhammad cakap sedap.
tambahkan selasih dan ketulan ais..boleh tahan jugak sedap.


Rendang ayam..
senang kalau bulan puasa buat rendang sebab boleh makan ulang-ulang..maksudnya lauk merangkap sahur sekali.bila ada lebih boleh panaskan rendang tu..

Bahan
Ayam
4 biji bawang sederhana besar
4 ulas bawang putih
Sebesar 1 inci halia
Sebesar 1inci kunyit hidup
Sedikit lengkuas
3 batang serai
2 sudu besar ketumbar - sangai
1 sudu besar jintan manis -sangai
1 sudu besar jintan kasar -sangai
• Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 1 senduk
• Santan kotak
• Kerisik

Caranya
1. Ketumbar,jintan manis,jintan halus,bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
2. Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
3. Seterusnya, masukkan Ayam. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan ayam.
4. Masukkan santan dan teruskan untuk kacau..Apabila masak rendang, api hendaklah sederhana dan jangan kuat.
5. Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
6. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula mengikut citarasa.

Saya gandingkan rendang bersama roti canai whole meal.malas pulak berbuka nak makan nasi tunggu sahur baru makan nasi..eh bukan tak makan nasi masa berbuka tau..nasi tu wajip cuma kadang-kadang saja nak bertukar selera.

Sempat mencari kurma untuk berbuka ..
beli tak banyak tapi lain-lain jenis ..ada yang besar..yang besar ni 7 biji rm14.00 yang kecik tu kurma ajwa sekilo rm120 ..yang tangkai tu beli yang pack kotak ..sekotak biasa tu rm 14.00 ..baca belakang kotak katanya dari Tunisia ..kalau tak bulan ramadhan memang  jarang ada kurma kat rumah ni.yang suka makan kurma  en suami je..kalau saya memang kurang sikit.

Saturday, 4 May 2019

Egg Tart Lover



Dia seorang penggemar tart yang tegar..buatlah tart hari-hari pasti dia tak jemu..
oleh kerana dia dah suka..maka kerapkalilah saya buat tart telur dirumah..berbagai resepi jugaklah saya try ..sesaja nak mencuba resepi yang kawan-kawan share..

Rata-rata resepi tart telur ni kurang lebih sama.yang bezanya ada yang menggunakan susu pekat manis sebagai pengganti kepada gula.ini lagi memudahkan kerja tak payah nak sukat gula jadi ianya lebih mudah.

Untuk crust tu kalau suka yang agak tebal sedikit buatlah tebal..saya memang suka yang agak nipis dan inti yang banyak sebab tu memang semua tart saya kulit nipis.
time bakar egg tart nie kena jaga sikit..jangan sampai mengelembung ye filling tu..nanti dah sejuk tart kita jadi mengecut..guna suhu 150 je..agak nampak permukaan filling dah berkilat dah boleh angkat.

Jom semak resepi..resepi asal saya ambil dari rakan seberang indonesia.



Crust
150 gram butter
1 tbs gula kastor
1 biji kuning telur
250 gram all purpose flour / tepung gandum

Caranya
1.Satukan kesemua bahan uli rata hingga menjadi doh yg boleh dibentuk.
2.Masukkan doh dalam acuan tart..tekan nipis dan ratakan..kalau nak crust yg rangup sikit boleh bakar dahulu..cucuk sikit dengan lidi ..kalau tak nak pun boleh terus masukkan filling.


Bahan filling
150 ml susu pekat manis
200 ml air
4 kuning telur
15 gram tepung custard dalam 1 1/2 sudu besar
sedikit esen vanilla.

Cara membuatnya
1.Campurkan kesemua bahan kacau rata..dah sebati semua tapis.
2.Tuang dalam kulit tart .bakar guna suhu 150 api atas bawah dalam 45 minit.
3 siap hidangkan. 




Friday, 3 May 2019

Bomboloni.. resepi yang famous

Meletop..
sana sini haritu orang sibuk buat bomboloni..
eh tak teringin ke nak buat sendiri ?.memang teringin sangat masa itu nak buat..tapi masa tak mengizinkan..akhirnya tercapai jugak niat nak mencubanya walaupun dah jauh tertinggal keretaapi..

Tapi inti tu hanya letak nutella jewlah,nak buat filling sedap-sedap yang lain macam kurang rajin sikit.
Jom semak resepi yang saya gunakan untuk bomboloni nie.perkongsian resepi yang saya ambil dari rakan facebook...bukan je cantik tapi naik elok semuanya..memang ini resepi yang terbaik ..


Bomboloni
300 gram tepung roti
40 gram gula pasir
Garam sedikit
Yis kering setengah paket - yg 11 gram tu ye
30 gram butter
1/2 sudu kecil double action bking powder
1/2 sudu kecil bread improver
1 biji kuning telur
190 ml susu segar 



Caranya
Masuk semua bahan dalam mixer..dah sebati masukkan garam dan butter.
mix sampai elastik..rehatkan doh hingga naik 2x ganda.
Tumbuk doh buang angin dan bentukkan bulat..ikutlah nak berapa gram ye ..40..35 pun boleh.
Rehatkan doh lagi hingga kembang elok,panaskan minyak guna api paling perlahan ..goreng dan terbalikkan 2x sahaja  untuk ring yang cantik.
Angkat sejukkan ..lubangkan guna gunting pun boleh..paipkan nutella ..ikutlah kalau suka banyak letaklah banyak..

Tabur snow powder bagi rasa manis2 sikit di sebelah luar..



Separuh dari adunan ini saya buat donut ..jadinya dapatlah dua dalam satu..hasilnya memang sedap dan harus cuba sebab resepi ni kiranya resep anti gagal.

Thursday, 2 May 2019

Nasi lemak and the geng

Sarapan orang malaysia.
tak lengkap rasanya kalau tak pekena nasi lemak..tak kesahlah nasi lemak beli bungkus atau masak sendiri dirumah.
saya kalau berhajat nak membeli nasi lemak biasanya akan cari sambal yang ngam dengan tekak ..biasanya kena cuba beli sekali ..kalau sedap memang selalulah saya akan kunjungi tempat tu..
Tapi biasanya kalau terkena sambal yang kurang sedap saya ambil alternative lain...gengkan dengan rendang ayam atau lauk lain..

Nasi lemak kali ini saya gengkan dengan sambal udang.menu macamni akan saya masak bila anak yang sulung balik bercuti..kalau hari biasa memang susah sikit nak masak udang..kalau masak pun memang makan seorang jawapnya.

Saya lebih suka sambal yang kering..guna air sikit ..kalau berair sangat sambal tu macam menggangu pulak kenikmatan nasi lemak..


Sambal Udang
Lada kering dalam 20 tangkai gunting dan buang biji.rebus sekejap.
1 biji bawang besar.
kisar lada kering dan bawang besar dengan sedikit minyak.

.1Panaskan kuali ..letak minyak dalam 1 senduk tumiskan bahan kisar..
yang ini amat penting ..kena masak sehingga pecah minyak..kalau tak nanti sambal kita rasa mentah.
kemudian masuk gula ..masak lagi .
2.Masukkan bawang besar hiris 1 biji masak hingga bawang layu.
agak dah pecah minyak dan elok sambal kita masukkan udang..
biarkan sehingga udang masak..air udang tu akan keluar nanti..jangan tambah air banyak sangat..tambahkan air asam jawa sedikit.
bila udang dah masak masukkan garam..sedikit kicap dan sedikit perasa jika suka.siap dihidang dengan nasi lemak.

Sebab ada keropok haritu dekat rumah jadinya terajin sikit menggoreng keropok..buat geng nasi lemak..

Wednesday, 1 May 2019

Seindah nama Puteri Ayu


Kuih yang sentiasa disukai ramai..
rasanya yang lemak manis..dan apabila tergigit parutan kelapa yang dicampur sedikit garam terasa sungguh nikmatnya.

Banyak dah versi puteri ayu ni semenjak ditambah baik kan oleh orang-orang muda sekarang..dulu nak tengok yang colour  lain memang susah.. masa saya kecik hanya colour hijau dari ori pandan jewlah yang ada..
Tapi itulah yang paling nikmat..bau pun wangi  je.sekarang ada yang versi coklat..keladi..yang kelapa ditukar cheese pun ada..memang menarik.
Nak menyediakan puteri ayu ni tak susah sebenarnya..cuma bagi saya yang agak leceh part nak tekan kelapa parut kedalam acuan...yang itulah paling malas..tapi bila dah siap ..nampak cantik ..rasa penat pun hilang dah.

Kuih Puteri Ayu

Panaskan periuk kukus ..masukkan daun pandan kedalam air kukusan,,balut penutup periuk kukus dengan tuala bersih.

Bahan A
Kelapa muda
Sedikit garam
Sedikit tepung ubi

Bahan B
3 biji telur gred A
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan santan
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallate
Jika guna tepung gandum (2cawan tepung gandum +1sudu kecil baking powder ayak bersama)
1 penutup esen pandan
pewarna ikut suka


1. Mixer telur,gula,,ovallate,esen vanilla hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan santan mixer lagi,kemudian masukkan tepung mix sebati.
3. Letak pewarna kegemaran.
4. Sediakan kelapa parut.letak sedikit garam dan satu sudu besar tepung ubi.ikut banyak mana kelapa parut,kalau banyak letak dua sudu besar.
5. Sapu acuan dengan minyak masak,masukkan kelapa parut tadi tekan bagi kemas,kemudian kukus sekejap dalam 3 minit.
6. Tuang adunan kedalam acuan,tuang sampai penuh kalaunak naik gebu tinggi.kalau tak nak tinggi sangat tuang 3/4penuh.
7. Kukus sehingga masak,sedia dihidang.
*Pastikan air kukusan sentiasa mendidih sebelum mengukus puteri ayu.kukus selama 10 minit sehingga habis adunan.

Buat minum petang memang sedap..tak sedar berbiji biji masuk mulut ..