Pages

Sunday, 4 June 2017

iftar 4 - siakap masam manis dan tomyam sotong



Bersua lagi hari ini..
hari ke 8 kita berpuasa.. mesti masing-masing sibuk didapur ketika ini kan..hari ini pelan masak apa pun tak tau lagi tapi lauk semua ada tinggal nak keluarkan je..rasanya masak ayam sebab suami kalau ikan kurang sikit dia makan..

hari ini first day iqbal tak berbuka bersama kami ..tengahari tadi dah naik bus balik ke tempat belajar...ermmm sedih je tengok muka dia..biasa kalau berbuka dan bersahur dialah yang paling berselera makan..bila dia tak ada rasa macam kehilangan pulak..almaklumlah first time berjauhan dari ibu..tunggu lagi 3 minggu baru balik ..

iftar 4 zila masak tomyam sotong dan siakap masam manis..sebab ada yang baru kebah dari demam tu yang nak makan masam sikit..tomyam tu memang suka kalau letak daun ketumbar banyak-banyak ...sebab kami sefamily peminat tegar daun ketumbar.
ok sampai disini dulu sambung lagi esok-esok ea..jom masak


1 ekor ikan siakap 
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit sos ikanair - secukupnya
1 sudu besar cili kering kisar1 biji tomato-dipotong dadu
1 keping  nenas dalam tin-potong kecil
Garam, serbuk kari dan sedikit gula

Bahan lain
7 biji cili padi merah atau hijau - hiris halus
1 labu bwng besar - didadu
3 ulas bwng putih - diketuk dan dadu
sedikit halia - hiris halus
2 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut - dikoyak

Cara Memasak
  1. Ikan di bersihkan, kelarkan permukaan ikan, cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ikan bersama serbuk karit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya ketepikan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali,masukkan serai masak sebentar masuk bahan hiris dan tumis  sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili,sos ikan dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rata, matikan api dan bolehlah di curahkan kuah keatas ikan siakap dan tabur dngn daun sup yg di potong kecil - jika suka.

Friday, 2 June 2017

Iftar 3 - sagu bronok


iftar 3 sagu bronok ..merupakan kuih yang muncul bila bulan ramadan dirumah kami..kalau hari biasa memang susah sangat nak buat..ikutkan penyediaanya bukanlah susah mana pun ..cuma yang bab mengacau sampai sagu tu betul-betul jernih macam mata ikan memang ambil masa sikit..kalau agak malas nak mengacau bolehlah dikukus masuk dalam loyang dan kukus sampai jernih jimat masa tak payah berdiri lama-lama.



1 gelas sagu biji kecil 
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose 


Caranya

  1. Panaskan air dan pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji kukus sampai dia betul-betul jernih.
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap

Thursday, 1 June 2017

Iftar 2 - capati dan kari daging



Assalammualaikum
sempat lagi menulis disini kali ini hidangan iftar kami hari kedua..orang dah show hari kelima punya menu saya masih lagi terhegeh-hegeh masuk hari kedua kan.capati ni zila buatkan untuk suami..kesian pulak hari-hari makan nasi ...kalau ikutkan suami zila hanya makan nasi seminggu sekali memandangkan anak pulak tak boleh kalau tak ada nasi jadi kena masak 2 jenis hidangan berbeza untuk minggu ini.

oklah sampai disini dulu untuk hari ini..insyaallah jumpa lagi esok ye ..resepi capati zila sertakan disini untuk sesiapa yang nak mencuba ..


Capati
bahan-bahan
2 cawan tepung atta
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu minyak masak 
1 cawan Air suam - secukupnya
Garam secubit ikut rasa. Larutkan garam dalam sukatan air suam

caranya 
uli sehingga menjadi doh yang lembut..bulatkan kecil dan gelek nipis..bakar diatas kuali sehingga masak .