Pages

Sunday, 25 September 2016

Set Nasi Ayam


Diam tak diam dah sebulan rupanya zila tinggalkan blog ni..lama jugak rupanya..sekarang ini zila lebih banyak share gambar dan resepi di instagram berbanding facebook dan blog.sesiapa yang nak follow boleh follow zila di instagram ye.
hari ini mood nak menulis sampai...masak apa hari ini?dah lama rasanya zila tak buat nasi ayam.masak nasi ayam ni sememangnya mudah..tak payah nak fikir lauk lain lagi.sayur dan ayam dan kira melengkapi hidangan.

nasi ayam kali ini zila rasakan agak lengkap,sebab ada taugeh celur dan ginger paste.memang sedap.bagi sesiapa nak cuba buat zila sertakan resepi disini.kali ini zila cuba resepi dari kak zila mysmallkitchen.

oklah sampai disini dulu yer .insyaallah jumpa lagi next entry ye.bye


TAUGEH CELUR 
Taugeh Sos kicap Fried garlic / Bawang putih goreng Daun bawang 

Cara cara 
1. Celur taugeh sebentar. Toskan. Tuang sos kicap dan taburkan dengan bawang putih goreng dan daun bawang. 


SUP AYAM
1/2 ekor ayam - potong 2 bahagian 2 inci halia - dihiris nipis 2 pokok bawang - potong anggaran 3 inci 1 sudu teh garam Anggaran 10 cawan air 
Cara cara 
1. Masukkan semua bahan dan rebus hingga mendidih dan renihkan sebentar. Matikan api. 
2. Asingkan anggaran 2.5 cawan untuk memasak nasi dan 3 cawan untuk sup. Yang selebihnya akan digunakan untuk memasak SOY SAUCE CHICKEN. 2. 3 cawan asingkan ke dalam periuk kecil dan panaskan semula, perasakan dengan garam.

NASI AYAM 
2 cawan beras - cuci dan toskan. 2 cawan atau lebih sikit Lemak ayam - especially bahagian belakang ayam 
2 ulas bawang putih - cincang halus 
1 helai daun pandan - simpulkan 
Sedikit garam - jika perlu 
Cara cara 
1.Panaskan lemak ayam hingga mengeluarkan sedikit minyak, kemudian masukkan bawang putih. Goreng sebentar. Keluarkan lemak ayam atau biarkan saja jika suka. 
2. Masukkan beras dan goreng sebnentar. Alihkan semua yang digoreng tadi ke dalam periuk nasi. Tambahkan sup ayam, daun pandan dan garam jika suka. 
3. Masak seperti biasa. 

*** Jika suka boleh rendam beras dengan serbuk kunyit jika mahukan nasi berwarna kuning.  

SOY SAUCE CHICKEN 
1/2 ekor ayam dan sup 
2 bunga lawang 
1/2 cawan kicap cair 
1 cawan kicap pekat 
1/2 cawan gula 
Cara cara 
1. Masukkan semua ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Sentiasa alihkan ayam supaya semua bahagian terendam di dalam kuah. 
2. Masak anggaran 30 minit. Matikan api dan biarkan ayam di dalam kuah lebih kurang 15 minit. Keluarkan ayam. Boleh dimakan terus atau jika suka kulit ayam garing, boleh goreng atau grill ayam sebentar. 
3. Kuah yang terhasil boleh digunakan sebagai sos kicap. Tambah perasa jika perlu. 



Ginger Garlic Sauce 
4 inci halia - dicencang kasar 
1 ulas bawang putih 
3 sudu makan minyak 
secubit garam 
Cara cara 
1. Kisar halia dan bawang putih sehingga menjada paste. Panaskan minyak,tumis paste sebentar jangan terlalu lama. Masukkan garam, gaul sebati dan matikan api. 

Chili Sauce
6 cili merah  
3 inci halia 
3 ulas bawang putih 
Minyak bijan 
1 sudu kecil garam 
Gula 
Jus limau 
1 sudu teh cuka makan 
Sup ayam secukupnya 
Cara cara 

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali sup. Kisar hingga halus. Kemudian campurkan dengan sup ayam mengikut tahap kepekatan yang disukai. Jika suka cair, lebihkan kuah sup.