Pages

Friday, 15 July 2016

Puteri ayu cheese & kelapa


Dah beberapa hari tak menjenguk kesini,macambiasalah kalau dah namanya raya di malaysia memang sambutannya agaklah lama dan panjang ,berbanding dengan negara kelahiran suami cuma tiga hari sahaja kemudian rutin berjalan seperti biasa..sambutan  pun ala kadar sangat.Bagi kita rumah terbuka disana sini..dimeriahkan lagi dengan marhaban.selama tujuh hari berturut-turut.mana lagi meraikan kawan-kawan dan saudara mara yang berkunjung dirumah pendek kata indahnya syawal kan.

Hari ini zila nak berkongsi puteri ayu pulak,dah lama mengidam nak makan puteri ayu versi yang ada cheese diatasnya.ermmm hari ini baru kesampaian.ikutkan mood malas dan lemau masih meyelubungi tapi mood nak makan tetap ada.


Oleh kerana agak rajin sedikit zila buat dua versi.yang guna kelapa dan satu lagi yang cheese.kalau ikutkan memang lebih suka yang kelapa sebab tekak orang tua ..ha haa.tapi yang cheese tak kurang hebatnya tetap sedap.lagi satu kalau yang versi cheese kerja lebih mudah tak payah nak tekan-tekan kelapa curah adunan cheese di acuan dan kukus sekejap.
makanlah time panas lepas keluar dari pengukus tu rasanya lebih sedap berbanding bila dah sejuk..tak berapa sedap kalau dah sejuk.tapi kalau nak makan kena kukus balik.

untuk resepi puteri ayu cheese..terima kasih pada penyumbang resepi asal hasnah zakaria.rujukan dari kak ita masam manis.dan resepi puteri ayu versi kelapa resepi kak yati dan rujukan dari izah muffin lover.terima kasih pada semua sahabat bloggerku..
Pada sesiapa yang nak mencuba silakan semak resepi.musim perayaan macamni tetamu suka datang mengejut bolehlah buat lebih dan difrozenkan.kemudian tinggal kukus sekejap je.ok sampai disini dulu insyaallah jumpa lagi .

Puteri ayu kelapa

Bahan - dapat 36 pcs

4 biji telor
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil b. powder
1/2 cawan santan pekat (guna santan kotak)
perisa pandan, perisa jagung, perisa ros

2 cawan kelapa parut putih*
1 sudu besar tepung ubi*
1/2 sudu kecil garam*

Cara Cara
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi sehingga betul2 kembang.
Sementara itu ayak tepung bersama baking powder. Masukan tepung berselang seli dengan santan dan pukul lagi sehingga sebati.
Bahagikan beberapa bahagian sekiranya inginkan pelbagai perisa dan warna yg menarik.
Cara Memasak
Satukan bahan bertanda* (lapisan kelapa) dan gaul sebati.
Sapukan sedikit minyak di sekeliling acuan.
Isikan inti kelapa dan tekan sehingga sedikit padat dan tuang adunan ke dalam bekas acuan.
Setelah siap, kukus selama 15 minit, guna api sederhana.

Puteri ayu cheese

Bahan-bahan 
2  biji        telur
1  cawan   gula kastor
2  cawan   tepung gandum
1  cawan   santan atau susu cair
1  tsp.       ovalet
Pewarna pilihan
Perisa ikut citarasa (optional) ~ ita letak esen vanilla

Bahan Cream Cheese 
250  gm   cream cheese
80  gm   gula kastor
25  ml    air
20  gm   tepung gandum
1  biji   telur

Satukan kesemua bahan cream cheese dan pukul menggunakan mixer hingga sebati... siap, ketepikan sebentar.

Cara Menyediakan Puteri Ayu 

Pukul gula dan telur hingga kembang.  
Masukkan ovalet dan pukul lagi.
Letakkan esen vanilla
Masukkan tepung, santan atau susu cair, pukul lagi hingga sebati.  
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
Jika nak perasa yang berlainan boleh letakkan perasa untuk setiap bahagian.
Sedaiakan acuan puteri ayu secukupnya
Oleskan acuan dengan sedikit minyak jagung atau minyak makan
Isikan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api kukusan yang sederhana.
Setelah 2 minit,  letakkan adunan berwarna dan kukus lagi lebih kurang 7 - 10 minit dengan api sederhana.
Setelah masak keluarkan dari acuan.

* Jangan lupa untuk balut tutup kukusan supaya air kukusan tidak menitis atas kuih

* Guna api yang sederhana untuk dapatkan kuh puteri ayu yang lembut, cantik dan gebu.