Pages

Sunday, 7 February 2016

churros

Assalammualaikum
dah tiga minggu rasanya tak jengah laman sosial..baik fb blog ig jugak..nak kata sibuk sangat-sangat tu taklah..cuma kadang-kadang mood tu off secara tiba-tiba..banyak perkara yang berlaku selama tiga minggu kebelakangan ni,disamping anak dan ibu demam adalah juga sedikit perkara yang merisaukan zila..tapi alhamdulillah semuanya ok,zila sentiasa berfikiran positif,setiap dugaan yang datang sebenarnya disertakan hikmah yang sangat indah..hanya kita sebagai hambanya kadangkala kurang sabar dan suka mengeluh..tapi bila memandang kebawah baru sedar ujian yang Allah beri itu cuma kecil..ada yang diberi ujian lagi hebat tapi tetap tabah dan redha disamping berusaha.


Hari ini ramai kawan-kawan dah start bercuti,ramai pulak kawan-kawan keutara minggu ni,zila dan family tak merancang nak kemana pun,minggu lepas emak datang seminggu dirumah,tapi tak dapat bawa emak bershopping sebab zila demam muhammad pun demam.suami pulak sejak bulan oktober haritu dah kena balik semula bertugas di HQ dayabumi,jadinya kami anakberanak dijohor.semalam petang baru dia balik jb..tu yang agak terbatas sikit nak berjalan.

Churros nie dah lama zila buat,masa tengah fames orang buat haritu,ujung tahun lepas..rasa macam cream puff sebenarnya..memang sedap cuma nak paip tu memang agak susah sikitlah,macam blogger SK cerita kat blognya..he he hee gelihati pulak baca..tapi memang betul zila buat pun sama sampai pecah paiping beg tu dikerjakan..macam tumbuh bisul..he heee hee..resepi sepenuhnya zila ambil dari blog kak ita,terima kasih kak resepinya..sesiapa nak rasa kenalah buat ye..memang sedap kalau dicelup dengan coklat cair..lepas goreng tu terus tabur gula jangan tunggu sampai sejuk nanti gula tak lekat macam zila punya tu lambat tabur gula sebab ahmad dah tarik-tarik baju..tak sempat nak celup kegula..celup lebih kurang jewlah..zila tak letak serbuk kayu manis sebab kurang minat pulak.oklah sampai sini dulu hari ini..malam nie plan nak kerumah kawan ada buat bbq katanya..orang jemput makan jangan ditolakkan..ok jumpa lagi..


CHURROS
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder - zila guna tepung naik sendiri
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan
sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )

Cara membuatnya

  • Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
  • Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.
  • Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel.
  • Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
  • Biarkan sebentar
  • Sementara itu bolehlah panaskan minyakSediakan nozel bintang.
  • Letakkan dalam piping bag.
  • Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.
  • Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap.
  • Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
  • Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
  • Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supaya serap minyaknya
  • Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
  • Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.
  • Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.