Pages

Friday, 10 July 2015

menu berbuka kami - ayam kremes

Asssalammualaikum
bersua lagi ..tnggal beberapa hari lagi menghampiri syawal..ramadan akan ditinggalkan pergi..terasa pantas benar ianya berlalu..


hari ini nak share menu berbuka lagi .resepi biskut raya menggu depanlah ea..he hee..entah puasa yang keberapa zila buat ..hidangan mudah sahaja. nasi putih,gorengan tahu dan tempe,timun dan sambal nasi penyet.berserta sago gula melaka sebagai pencuci mulut...suami zila minat sangat makan nasi penyet..tapi sambal nasi penyet memang tak boleh nak buat pedas-pedas..ermm nanti tak disentuhnya pulak.
aritu tengok kak ummi kuantan buat ayam kremes..terasa teringin pulak nak buat..ayam kremes sememangnya popular dinegara jiran kita indonesia..bagi kita orang malaysia kremes dipanggil serdak.




ada yang hanya menggunakan tepung beras sahaja..ada pula yang menambah campuran tepung ubi..bila kita menambahkan tepung ubi kremes kita akan menjadi lebih cantik..ada macam sarang-sarang macamtu..tapi jangan campur tepung ubi terlalu banyak..nanti kremes jadi keras pulak.



Ayam kremes
Sumber : dunia internet

Bahan
1 ekor ayam - potong 10
¼ liter air

Bahan untuk membuat kremes
3 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
5 buah bawang merah-ditumbuk
½ sudu teh garam
¼ liter air - lebih sedap menggunakan stok ayam

Bahan dikisar halus
12 biji buah keras
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia - diketuk
2 sudu teh ketumbar - disangai
2 sudu teh garam

Cara 

  • Rebus ayam yang telah dibelah dan dibersihkan. rebus bersama bahan kisar hingga empuk, setelah itu angkat.

  • Bersihkan bumbu yang melekat pada ayam tersebut, bumbu tersebut akan digunakan untuk campuran membuat kremes.

  • Setelah dibersihkan goreng ayam dengan api sederhana(lebih baik terendam minyak ayam tersebut), tunggu hingga warnanya menjadi kekuningan (kering). Lalu angkat, dan toskan.
  • Membuat kremes
  • Campurkan bahan kremes
  • campurkan sisa bumbu yang melekat pada ayam tadi,gaul sampai rata.
  • goreng adunan menggunakan kuali yang tak lekat, sendukkan adunan kedalam kuali panas hingga garing,angkat dan toskan.

  • letak ayam yang sudah digoreng tadi diatas pinggan, taburkan kremes diatasnya.

olahan .
kalau nak celupkan ayam dalam tepung kremes pun boleh..kemudian digoreng.