Pages

Sunday, 19 July 2015

selamat hari raya 2015


Andai jemari tak sempat berjabat, andai raga tak dapat bertatap, seiring beduk yang menggema, seruan takbir yang berkumandang, ku aturkan salam menyambut hari raya Aidil fitri, jika ada kata serta kekilafanku membekas lara, mohon maaf zahir dan batin.
Assalammualaikum..
berjumpa lagi di syawal yang indah..
nak cerita apa raya-raya nie..alhamdulillah bertemu lagi dengan syawal 2015..masing-masing mesti sibuk beraya kan..jumpa kawan-kawan lama..menziarah sahabat handai..saudara mara ..time inilah baru dapat jumpa diorang..setahun sekali..kalau hari biasa memang susah sikit.jadi dikesempatan inilah kita mengiratkan siraturahim.


Bagi zila dan family hari raya tahun ini sama seperti tahun-tahun yang sudah..kami beraya dirumah emak..di kota tinggi johor.tahun ini pagi raya baru zila sampai kekampung..tak dapatlah memasak bersama adik dan akak ipar.seperti biasa hidangan pagi raya rumah emak..ayam masak kicap..ketupat dan rendang daging.

semenjak muhammad dah lasak ni susah sikitlah zila nak kedapur ..almaklumlah serba serbi nak di kacaunya..ambil oder kuih raya pun tak banyak tahun ni..minta maaf sangat-sangat pada sesiapa yang wassap zila nak oder bahulu gulung..memang tak sempat nak buat ..dan yang nak oder biskut raya pun terpaksa zila tolak separuh..maaf sangat-sangat yer..
kuih raya untuk rumah zila pun tak banyak jenis yang sempat zila buat..cuma ada tart gulung..biskut kacang dan samperit..yang selebihnya zila beli jew.

oklah sampai disini dulu untuk kali ini..
akhir kata..dengan rasa rendah diri zila minta maaf zahir dan batin pada semua sahabat blogger..pengunjung blog zila..sahabat fb ..wassup..maaf jika selama ini ada tingkah laku yang tak menyenangkan..kata-kata yang menyakitkan hati..dan penulisan zila yang boleh mengguris hati sesiapa..maaf zahir dan batin ye..kosong-kosong..

Friday, 10 July 2015

menu berbuka kami - ayam kremes

Asssalammualaikum
bersua lagi ..tnggal beberapa hari lagi menghampiri syawal..ramadan akan ditinggalkan pergi..terasa pantas benar ianya berlalu..


hari ini nak share menu berbuka lagi .resepi biskut raya menggu depanlah ea..he hee..entah puasa yang keberapa zila buat ..hidangan mudah sahaja. nasi putih,gorengan tahu dan tempe,timun dan sambal nasi penyet.berserta sago gula melaka sebagai pencuci mulut...suami zila minat sangat makan nasi penyet..tapi sambal nasi penyet memang tak boleh nak buat pedas-pedas..ermm nanti tak disentuhnya pulak.
aritu tengok kak ummi kuantan buat ayam kremes..terasa teringin pulak nak buat..ayam kremes sememangnya popular dinegara jiran kita indonesia..bagi kita orang malaysia kremes dipanggil serdak.




ada yang hanya menggunakan tepung beras sahaja..ada pula yang menambah campuran tepung ubi..bila kita menambahkan tepung ubi kremes kita akan menjadi lebih cantik..ada macam sarang-sarang macamtu..tapi jangan campur tepung ubi terlalu banyak..nanti kremes jadi keras pulak.



Ayam kremes
Sumber : dunia internet

Bahan
1 ekor ayam - potong 10
¼ liter air

Bahan untuk membuat kremes
3 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan tepung beras
1 biji telur
5 buah bawang merah-ditumbuk
½ sudu teh garam
¼ liter air - lebih sedap menggunakan stok ayam

Bahan dikisar halus
12 biji buah keras
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm halia - diketuk
2 sudu teh ketumbar - disangai
2 sudu teh garam

Cara 

  • Rebus ayam yang telah dibelah dan dibersihkan. rebus bersama bahan kisar hingga empuk, setelah itu angkat.

  • Bersihkan bumbu yang melekat pada ayam tersebut, bumbu tersebut akan digunakan untuk campuran membuat kremes.

  • Setelah dibersihkan goreng ayam dengan api sederhana(lebih baik terendam minyak ayam tersebut), tunggu hingga warnanya menjadi kekuningan (kering). Lalu angkat, dan toskan.
  • Membuat kremes
  • Campurkan bahan kremes
  • campurkan sisa bumbu yang melekat pada ayam tadi,gaul sampai rata.
  • goreng adunan menggunakan kuali yang tak lekat, sendukkan adunan kedalam kuali panas hingga garing,angkat dan toskan.

  • letak ayam yang sudah digoreng tadi diatas pinggan, taburkan kremes diatasnya.

olahan .
kalau nak celupkan ayam dalam tepung kremes pun boleh..kemudian digoreng.


Tuesday, 7 July 2015

menu berbuka kami - nasi ayam hainan

Alhamdulillah ..bersua lagi hari ini..
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengirim doa dan ucapan yang tak putus-putus ..baik di Facebook whatapps..kawan-kawan group ..rakan karib dan family..syukur pada Allah masih diberi umur yang panjang..dikelilingi orang yang baik-baik..diberi kesihatan yang baik..dan moga sentiasa dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan lagi usia untuk menambah lagi amalan didunia dan diakhirat..aminn.

Dah nak menghampiri pertengahan ramadan kan..rasa macam cepat sangat masa berlalu..kadang-kadang tak perasan dah petang..setiap hari bila fikir menu berbuka memang pening..almaklumlah bila hari-hari mengadap dapur..idea nak memasak pun macam kelaut giteww.

nasi ayam hainan ini bukan menu semalam..tapi dah buat beberapa hari lepas..tak sempat nak menulis disini,,tu yang simpan jew gambar-gambar masakan..bila free bolehlah update slow-slow..cara penyediaan nasi ayam hainan memang mudah..ayam cuma direbus sampai empuk kemudian direndam sekejap dalam air sejuk..masak nasi dan buat sambal..makan bersama hirisan timun dan tomato segar..memang senang..
bagi zila nasi ayam yang paling penting adalah nasi dan  sambalnya..kalau nasi sedap..lembut ..sambal pulak sedap tak rasa maung dan tak berapa pedas sangat memanglah ..bertambah-tambah nasi ..
air pulak zila sediakan air bandung..tambah biji selasih sikit..dan ice cream soda..alhamdulillah cukuplah untuk kami berbuka..kalau mood rajin adalah sejenis kuih atau puding zila buat..bila malas..memang makanan utama sahaja terhidang..



Nasi ayam hainan
sumber :Resepi raidah
olahan : zila4ever.blogspot.com

Bahan untuk rebus ayam
1 ekor ayam
Air - cukup untuk tenggelamkan ayam
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
2 inci halia - diketuk
3 biji bawang putih - diketuk

Cara 

  • Sediakan periuk ..letak air, garam,bawang putih dan halia yang diketuk tunggu sehingga air mendidih.
  • kemudian masukkan ayam,masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
  • kemudian rendam ayam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. 

p/s
Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai-pandailah untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.


Untuk nasi
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung pada jenis beras.
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sudu besar minyak masak
beberapa keping kulit ayam
1 paket penumis
setengah sudu kecil lada sulah-ditumbuk halus
2 helai daun pandan-disimpul

Cara 
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak dan kulit ayam, masukkan penumis,bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan daun pandan.
  • Tanak sehingga masak.

Untuk sup
Air rebusan ayam
Daun sup - dihiris
Bawang goreng
sedikit kiub ayam

Cara
Air rebusan ayam tadi dididihkan. tambahkan kiub ayam dan tambah sedikit air lagi jika suka. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.



Untuk sos cili

4 batang lada merah besar

7 biji cili padi hijau - cili kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula-agak-agak kemanisan yang diingini
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu  sos cili thai
sedikit air rebusan ayam
sedikit kiub ayam

Cara
1. Kisar lada merah,cili hijau, halia,bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula,garam,sedikit kiub ayam dan sos thai.masak sehingga sedikit pekat.

Untuk sos kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara 
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan
1 batang timun - dihiris
2 biji buah tomato - dihiris
Salad - dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan - sapukan ke atas ayam yg telah dipotong.


Air bandung soda

sirap rose
Susu segar
sedikit air gula
kiub ais
biji selasih  - direndam seketika dgn air suam
ais cream soda
campurkan semua bahan..goncang biar sedikit berbuih jika suka..