Pages

Thursday, 22 January 2015

coklate moist cake


Assalammualaikum
hai..jumpa lagi hari ini..moga semua sahabat zila sihat sentiasa..lamanya tak menjengah blog ni..dah 22 january rupanya..errmmm cepatnya..rasa macam baru jew satu january..

mood malas nak menaip di blog..biasalah orang ada anak kecik memang macamni..utamakan yang penting dahulu..kena pandai-pandai bahagikan masa..kalau tak memang semuanya tak sempat ...

coklate moist kek ni dah lama zila buat sebenarkan..bulan dec tahun lepas..bila cuti sekolah anak-anak kan dirumah..buatlah makanan untuk minum petang diorang..ada lebihan badam cincang zila tabur jew atas tue..

sebenarnya banyak resepi kek coklat dalam simpanan zila..suka mencuba resepi-resepi kek coklat ..nak tengok perbezaan setiap resepi..ada yang lembab sangat..ada yang sedikit mengering..dan ada yang terasa banyak sangat coklatnya..kalau nak tahu memang kena mencuba setiap resepi yang kawan-kawan kita kongsikan.

untuk kalai ini zila mencuba resepi along roz yang dikongsikan di my.resepi asal dari chef zubaidah.alhamdulillah sedap.menepati citarasa kami sekeluarga.semenjak dah berusia ni minat betul makan kek panas-panas..rasa macam sedap jew..he he heee

kek coklat zila ni nampak sedikit hitam ..sebab zila guna campuran coklat hitam dan coklat biasa..jadi sesiapa yang suka colour macam hitam-hitam gitew boleh campur ye..zila guna serbuk coklat biasa 70gram dan 30 gram serbuk coklat hitam.ok selamat mencuba..insyaallah jumpa lagi next entry..


Bahan
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 sudu teh Bicabonat Soda
1 sudu teh Baking Powder

cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin.tak payah sampai menggelegak.
Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. gaulkan bahan kering dan campurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik dan disapu minyak. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

Ganache coklat
500 gram coklat masakan
50 gram mentega
125 ml susu cair

caranya
panaskan mentega dan susu cair sehingga cair -double boiler
kemudian masukkan coklat masakan yang telah di racik.
kacau sehingga semuanya sebati.
tunggu sejuk sedikit dan tuang keatas kek.

Thursday, 1 January 2015

happy new year


Happy new year...
khas untuk semua sahabat blogger..pembaca setia..dan semua pengunjung yang sudi kemari..
alhamdulillah.satu tahun yang panjang berakhir juga hari ini..pahit manis suka duka 2014 kita simpan jadi kenangan..yang mana manis kita abadikan dijiwa..moga boleh mewarnai didalam meniti usia kita kelak...

yang pahit tak perlu dikenang..simpan sahaja ..biar jadi lipatan sejarah..setiap sesuatu yang berlaku memberi hikmah yang tak ternilai untuk kita..setiap kedukaan yang kita lalui ..allah akan menghadiahkan kita kebahagiaan..

senonim kalau sebut tahun baru mesti nak berazam ..bagi zila tahun 2015 banyak wish list ..panjang senarai..he hee insyaallah akan cuba buat satu persatu..



akhir kata..
terima kasih sahabat-sahabat blogger..follower..kenalan baru dan lama di alam maya ini..walaupun tak pernah bersua muka..tapi ikatan persahabatan kita sentiasa kukuh..moga ukhwah yang terjalin antara kita akan berpanjangan amin..