Pages

Sunday, 16 November 2014

southern yellow chicken rice



Assalammualaikum bersua lagi..
semenjak johor mula bercuti pada jumaat dan sabtu agak susah sikit nak berjumpa adik beradik dan kawan-kawan..
bagi pekerja swasta cuti pada sabtu dan ahad..pekerja kerajaan pula jumaat dan sabtu..kalau nak memasak hidangan yang sedikit istimewa dan merasa nikmat makan bersama ramai-ramai..memang kena masak hari sabtu..sebab masing-masing ada..
best makan sama-sama..sekali adap dah habis ..tak payah simpan-simpan baki..pastu cuci pinggan mangkuk..kan?..


untuk hari ini zila nak berkongsi southern yellow chicken rice ..nasi yang berasal dari selatan thai..pernah buat tak? memang harus kena cuba,tak rugi..amat mudah dan hasilnya tak menghampakan..bila makan macam nasi arab pun ada.

bila mamsya show kat blog nasi ayam ini terus zila teringin nak cuba..suami merupakan peminat tegar nasi berperisa macamni.kadangkala kekeringan idea nak mempelbagaikan resepi nasi..
terima kasih mama yang share resepi ini,terima kasih juga bagi penyumbang resepi asal 3 hungry tummy dan cik manggis.alhamdulillah seisi rumah suka sangat..licin seperiuk atas tu..

zila tak guna rice cooker sebab lebih suka masak di periuk macamnie..senang ..nasi ayam ini sesuai dihidangkan bersama salad sayur dan sambal..
zila buat sambal simple .buah tomato,daun ketumbar,cili padi,sedikit gula,garam dan bawang putih ..kisar semuanya.sedia dihidang..

ok sampai disini dulu untuk hari ini..jumpa lagi next entry..bye semua..


Bahan
1 ekor ayam- di potong 12 ketul 
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari* 

Cara
  1. ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa,jangan garing sangat.
  2. Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu. 


Bahan Nasi 
1 sudu rempah kari 
1 inci halia-tumbuk kasar 
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar 
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar 
1/2 labu bawang besar-potong dadu 
2 inci kulit kayu manis 
2 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga lawang, 
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam 
2 bay leaves 
4 cawan beras basmathi-cuci toskan 
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang 
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan 
minyak utk menumis - atau minyak sapi + minyak masak 

Cara
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah tadi. 
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
  5. Masak nasi hingga masak. 
  6. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad