Pages

Wednesday, 26 March 2014

butter cheesecake


Assalammualaikum
salam sayang buat semua sahabat zila ..alhamdulillah dapat jumpa lagi hari ini..setelah beberapa minggu menyepi..he he heee alahaii macam bz sangatkan tuan umah nie..

kalau dah lama tak menulis sesuatu disini mulalah..terasa kekok..berblog nie kadang-kadang berhantu jugak..bila lama ditinggalkan memang malas gilerr nak memulakan semula..orang gila pun tak semalas nie..



sana sini bercerita mengenai MH370..sampai ada yang berselisih faham gara-gara kapal terbang nie..
penantian seluruh dunia berakhir juga semalam .. MH370 berlabuh dilautan hindi..jika pesawat boeing 777-200ER itu berada dilautan hindi maka untuk menemuai bangkai pesawat itu jika ianya terhempas memanglah amat mencabar sekali.

purata kedalaman lautan Hindi kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian menara berkembar petronas -KLCC kedalamannya merangkumi sepuluh kali menara KLCC.bangunan tertinggi didunia Burj Al Khalifa didubai juga hanya berketinggian 829.8 meter.kedalaman purata kautan hindi juga tidak dapat menyayingi gunung tertinggi di benua Australia iaitu gunung Kosciuszko di taman negara Kosciuszko di New South Wales Australia.
satu persolan sudah terjawab..seribu persoalan pula timbul..kemana sebenarnya haluan MH370 hendak pergi? mengapa ianya tersasar begitu jauh?adakah cockpit terbakar menyebabkan terputusnya alat hubungan?adakah sabotaj?adakah perbuatan anak kapal?benarkah pesawat berpatah balik?

Alfatihah dan takziah untuk semua keluarga mangsa..yang hidup pastinya akan pergi jua.. masa yang menentukan,cuma.. cara, keadaan, dimana dan bila kita tidak ketahui..


ok lah resepi kali ini pulak..butter cheesecake..kek sempoi tapi sedap..bagi penggemar cheese harus cuba juga resepi ini ..rasa lemak dan lembut..terasa dibuai mimpi nak menghabiskan setiap hirisan..sedappp

sebab dah lama tak buat kek untuk family ..so dapat buat kek simple macamne pun dah memadai sangat.sekejapan jer dah habis..sejak usia dah berumur macamnie minat pulak makan kek panas-panas..lepas keluar oven tak sabar nak potong dan nak merasa..
gelojoh la tu kan.

 

resepi asal dari chef Norzailina..zila kidnap dari dapur kak yatie...tq kak yati memanjangakan lagi resepinya.pada sesiapa yang nak cuba zila sertakan resepinya disini..boleh buat sendiri bila rajin..kalau malas memang tak dapat nak tolong..he hhee
ok insyaallah bersua lagi di next entry..bye semua.



Butter Cheesecake

170 gm mentega 
125 gm krim keju 
250 gm gula kastor 
5 biji kuning telur 
210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
2 camca teh vanila 
5 biji putih telur 
1/8 camca teh garam 


Cara  
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak. 
  10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.