Pages

Monday, 27 January 2014

tart kentang



Assalammualaikum
bersua kembali ..tupp tapp dah nak penghujung january..cepat kan?..kadang-kadang kan macam tak perasan masa berlalu ..bagun tidur pergi kerja..amik anak..balik rumah ..tido..dan esoknya ulang perkara yang sama ..sampailah time cuti hujung minggu..macamtulah rutin hidup..apa-apa pun hidup mesti terus..kena isi dengan perkara-perkara yang indah..



ok lah hari ini nak share satu resepi yang zila telah cuba beberapa hari lalu..simpan resepi nie agak lama jugak..nak buat tak terbuat-buat lagi..dan bila dah ada cheese dirumah terlaksanalah ..

resepi simple dan mengeyangkan..kalau dah jemu makan nasi bolehlah makan tart kentang nie..sedap..makan cicah sos..time panas-panas..alahai..lagi-lagi letak cheese mozarella bayak sikit..ermmm best..
zila letak craps stick tu lebih..bila gigit tu terasa-rasa craps stick tue..

bakar garing-garing sikit..baru best..seperti biasa resepi kidnap dari dapur kesayangan..kak ayu.. zila memang suka ke dapur beliau..semua masakannya sedap-sedap..buat kak ayu cayang..tq yer..halal resepinya zila share disini jugak sebagai rujukan teman-teman alam maya..


Tart Kentang

Bahan-bahannya
5 biji kentang - dikupas, basuh bersih dan diparut halus
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut
Sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick dipotong kecil 
1/4 cawan susu segar 
3 biji telur 
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk ladaputih secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung 

Cara 
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.
5- Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.