Pages

Friday, 28 June 2013

nasi limau purut


Bersua kembali..
Aroma daun limau purut dalam masakan boleh membangkitkan selera makan..
ianya begitu terkenal dalam masakan melayu..kalau buat rendang letak daun limau purut memang sedap kan..
begitu juga kalau buat tomyam ..kalau tak ada daun limau purut macam tak kena gaya pulak rasa tomyam tu kan.


hari ini nak berkongsi resepi nasi limau purut,terpanggil nak mencuba nasi ini kerana aritu pergi kerumah emak kawan zila ..dan ada hidangan nasi limau purut..kebetulan suami zila tak dapat ikut kerana ada meeting sampai ke malam..balik tu dia tanya makan apa..so cerita la mengenai nasi nie..

untuk nak kasi juga dia rasa..zila pun buatkan ..kebetulan sempena hari bapa ..dah elok la tu kan masak sedap-sedap sikit..mintak kawan zila resepi nie..kebetulan resepinya sama seperti yang kak ita pernah cuba buat..dan ramai rakan blogger lain yang dah pernah buat juga..

bagaimana rasanya?..memang sedap..satu rumah bau aroma daun limau purut..he hhee..pagi-pagi lagi zila dah masak..sebab pukul 10 plan dah nak makan nasi..zila ganding bersama daging black paper dan acar darat..letak lada hitam banyak-banyak..kasi berapi sikit telinga..errmmm baru puas hati..

mula-mula zila nak gandingkan nasi ini bersama ayam,tapi terfikir pulak asik makan ayam jew..dah jemu pulak..jadi tukar kepada daging..lagipun lama tak masak daging..terasa-rasa pulak nak makan...diorang kata sedap..bertambah-tambah nasi kat pinggan..berbaloi penat lelah memasak bila org kata sedap..he hehee..

buat sahabat zila mia..terima kasih tau..i love u..dan pada sesiapa yang teringin juga nak mencuba zila salin resepinya disini dan zila olah sedikit untuk kami makan sekeluarga..bye semua .


NASI LIMAU PURUT
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan & kak ita masam manis
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul

2 sudu besar margerin - zila guna minyak sapi 3 sudu
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris - zila letak 6 ulas bawang merah
1 batang serai ~ dititik 
3 helai daun limau purut - zila letak 6 helai dan carik-carikkan
Garam secukup rasa
500 ml air - zila ganti 3 cawan air
125 ml pati santan - zila ganti 1 cawan susu segar
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya - zila guna 3 cawan beras basmathi
4 titik pewarna hijau

Panaskan minyak  di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, susu, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.