Pages

Tuesday, 14 May 2013

selamat hari ibu


Duhai anak-anak,marilah kita sayangi ibu bapa kita,hormati dan sanjungi setiap masa,mendoakan keselamatan dan kesejahteraannya.Mudah-mudahan hidup kita beroleh ketenangan dan kebahagian,moga kita jua tidak seperti juraij,alqamah,tanggang dan lainnya yang mengecilkan hati ibunya,jadikanlah iktibar dan panduan kisah-kisah tersebut agar kita berwaspada setiap masa.

Ibu dan Ayah maafkan kami andainya kami ada salah dan silap terhadap mu…



Assalammualaikum..
bertemu kembali hari ini..rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat hari ibu untuk semua yang bergelar ibu..smoga semuanya menjadi ibu yang mithali..tak pernah kenal erti jemu mendidik dan membesarkan anak ..walaupun banyak rintagan yang dihadapi..


ini merupakan hidangan yang sempat zila buat pada hari ahad lepas..bersempena hari ibu yang jatuh pada hari minggu..masakan ringkas hasil dari anak bujang zila..hari itu beri sikit ruang pada dia nak tunjuk bakat memasak..puas dia search menu apa yang sesuai.dan zila pun cadangkan ikan pari bakar ala nyonya..dan sayur kacang goreng bersama udang..berserta air sirap selasih..terima kasih untuk anak ibu yang paling ibu sayang..


ikan pari bakar nie sebenarnya dah lama zila teringin nak makan..sebab tulah zila suruh anak masak..hubby pulak tak makan ikan pari..so dia makan roti arab dengan tuna jer la hari tu..

sebenarnya plan hari ibu tahun ini kami adik beradik nak berkumpul di kampung..satu family bawa satu hidangan ..tapi hari ahad tue hubby zila kena balik ke kuala lumpur pada pukul 3 setengah petang..jadi zila tak boleh ikut serta plan family..kecewa juga ..tapi tak apalah kan..



biasanya hari ibu mesti ada kek kan..tapi dengan keadaan zila sekarang nie memang malas nak buat kek..zila gantikan dengan apple pai dan tart telur..lebih mudah rasanya sebab tak payah fikir nak buat deco kek..
resepi tart telur zila ikut resepi biasa yang pernah zila buat..boleh semak di blog zila ..dan ikan bakar zila ambil resepi dari zaliedana,zila suka kedapur beliau banyak masakan yang menarik..dan orangnya sangatlah rajin tau..ikan nie sangat sedap tak rugi rasanya mencuba.terima kasih atas perkongsian resepi dan zila panjangkan lagi disini.


Apple pai

Bahan-bahan
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 boleh kepal)

Cara-cara
Ayak tepung bersama gula aising.gaul  adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan
Cucuk dasar pastri dgn garfu..Bakar 15 minit.
Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai
Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit

Bahan-bahan inti

4 biji epal - dipotong dadu
100 gm gula perang 
1 s/k serbuk kayu manis 
2 s/b tepung gandum

Cara
Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.




Ikan bakar ala nyonya
sumber diari zaliedana
sumber asal: CIK MATdan KAK UMI


Bahan
2 keping (500 gm) ikan pari (diperap garam dan asam jawa, cuci bersih dan toskan)
2 helai daun kunyit
2 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 helai daun limau purut
1/2 cawan santan
3 biji limau kasturi - ambil jusnya
2 keping alluminium foil
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Pes (ditumbuk lumat):
4 camca besar cili kisar (boleh guna 6 - 7 biji lada merah) - akak guna lada merah
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 hirisan nipis halia
2 biji buah keras
2 batang serai - hiris halus
1/2 inci belacan yang dibakar
1/2 inci kunyit hidup

Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat tadi hingga harum.
Masukkan santan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga jadi pes.
Matikan api, masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan ketepikan.
Bentangkan alluminium foil dan letak daun kunyit di atasnya.
Bahagikan pes kepada 4 bahagian. Ratakan satu bahagian atas daun kunyit tadi, tabur hirusan kantan, letak ikan dan akhir sekali lumurkan satu bahagian lagi pes atas ikan dan tabur lagi bunga kantan. Ulangi proses yang sama untuk satu keping ikan lagi.
Bakar atas bara api dapur arang. Boleh juga gunakan oven...(akak gunakan oven je lerrr pada suhu 190C selama 30 - 40 minit. Pada 10 minit terakhir, akak buka pembalut foil dan bakar dengan menggunakan api atas sahaja untuk sedikit garing..jangan terhangus dah ya)