Pages

Friday, 22 March 2013

markisa snow cheese cake


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..
jumaat yang indah..hari ini cuaca ok tak berapa panas..kalau nak mengemas bunga diluar rumah memang sesuai sangat..h ehhee ..tapi bunga yang ada dirumah nie hanya dua pasu jew..tak perlu la sangat nak dikemaskan..


hari ini hari terakhir sekolah..esok masing-masing dah mula bercuti..bukan anak-anak jew yang seronak tapi ibu-ibu pun seronak...dapat la berehat seminggu dari tugas-tugas mengambil dan menghantar anak..memang pengorbanan seorang ibu susah nak dibalas kan..sanggup susah payah demi anak..harap anak-anak sentiasa menghargainya kan..


bercerita mengenai kek nie pulak..kek nie zila dah sharekan di majalah MIDI sebenarnya memang dah lama simpan niat nak buat..dan bila puan mariam mintak 3 jenis kek..so zila rasa nak cuba buat kek nie..alhamdulillah menjadi dan seriously memang sedap sangat..

sesiapa yang tak pernah buat memang harus kena cuba..anak dan hubby zila sangat suka..rasanya sepotong jew zila dapat rasa..selebihnya habis diorang kerjakan..he hhee..tunggu raya baru boleh buat lagi..dengan keadaan sekarang nie memang tersangatlah malas..

buat pemilik resepi asal Sherry mz@MyR terima kasih banyak-banyak zila ucapkan ..juga buat hasue zila buat topping krim tue ikut hasue..guna whip cream rasanya memang tak muak..memang sedap..
ok lah zila panjangkan lagi resepi disini..zila ubah mengikut citarasa zila dengan menambah buah markisa disetiap lapisan..rasanya ada sedikit masam-masam manis..kena dengan tekak kami sekeluarga..
smoga perkongsian ini mendapat menufaat untuk semua..sampai disini dulu untuk semua..berjumpa lagi nanti bye..^___^


Markisa snow cheese cake

6 biji telur ayam - buang 2 putihnya
100 gram gula halus
100 gram naik sendiri
60 gram tepung jagung 
50 gram air sejuk dari peti ais
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega - dicairkan
sedikit essen vanilla
beberapa biji buah markisa

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih.
   Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah 
disapu sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45  minit ke 1 jam dengan kepanasan 150C.


5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim  di atas separuh kek tadi,letakkan buah markisa segar secukupnya,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim  sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheedar cheese  yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai topping.

9. Masukkan didalam peti ais selama 1-2 jam,keluarkan kek dan potong.
   letakkan markisa segar dipermukaan kek.

untuk krim
1 kotak cream cheese 
250ml whipping cream-pukul hingga agak kental
3 sudu susu pekat manis

caranya
pukul cream cheese dan susu pekat seketika,dalam bekas lain putar whipping cream sehingga kental.
campurkan kedua-dua adunan gaul rata.sapukan pada luar dan lapisan kek.

Topping
1/2 kotak cheddar cheese - parutkan

tips berguna 
Pastikan diparut halus cheedar cheese supaya  tidak terasa muak bila dimakan.