Pages

Tuesday, 26 February 2013

kek lapis coklat


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..


inilah yang dikatakan mengidam pembawakan budak..he hheee..jangan cakap zila nie rajin..sebenarnya tak berapa nak rajin jugak tau..oleh kerana desakkan tekak yang mendalam tue yang merialisasikan apa yang dihajati..
zila buat kedua-dua nie time cuti raya cina aritue..kebetulan duduk rumah tak ada buat apa..tue yang layan jew tekak nie nak makan macam-macam..blueberry tart tue zila buat dalam seratus biji lebih jew..nak habiskan inti kat rumah tue..sayang pulak dibiarkan macamtu jew..



kek lapis nie pun dah lama benar zila nak buat..tapi asik bertangguh jew..coklat cadbury lama dah keep kat peti ice..bila anak nampak habis sekotak dia makan..terpaksalah beli lagi pastue..h ehhee..
hubby dan anak suka betul makan kek nie..mungkin ada coklat dalam tue..tue yang menjadi daya penarik pada diorang untuk makan lagi..dan lagiii...dan lagiii.


resepi kuih tart zila ikut resepi seperti yang zila pernah buat dulu..boleh godeh-godeh blog zila nie bahagian kuih raya..pasti jumpa..
dan resepi kek lapis nie zila guna resepi kawan zila..bertahun dah zila simpan resepi nie..resepi asal kek asam manis..cuma zila tukar kepada coklat cadbury..dan zila guna kaedah bakar.ok 
selamat mencuba pada sesipa yang nak mencuba..dan sampai disi dulu ..bye semua..



kek lapis coklat cadbury

6 biji telur
2 cawan biskut marie(diblander)
1/2 cawan gula pasir
1/2 tin susu pekat manis
1/2 tin kaya kecil
1 buku mentega

coklat cadbury secukupnya
caranya
  • pukul putih telur hingga kembang-ketepikan
  • mentega,gula dipukul hingga kembang
  • masuk kuning telur pukul lagi
  • masuk kaya dan susu pekat
  • akhir sekali masukkn biskut dan putih telur
  • bahagikan kepada beberapa warna yang digemari.
  • sapu mentega disekeliling loyang ..
  • bakar selapis-selapis,susun coklat cadbury mengikut cara masing-masing