Pages

Friday, 22 February 2013

prosperity burger


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua....waaaaa mising u alls..:))..
apa khabar semua?..zila harap semuanya sihat macambiasa..terima kasih atas kunjungan teman-teman kesini..walaupun tuan rumah dah lama menghilang..tq pada follower baru yang sudi follow zila..insyaallah zila akan jejak semua balik yer..


tq jugak buat teman-teman yang sudi tinggalkan komen...alahaiiii memang rindu sangat nak BW..rasanya dah banyak menu sedap-sedap zila mis kan...

terima kasih pada yang sudi inbox zila di facebook bertanyakan khabar..alhamdulillah zila sihat ..cuma mood malas tue menebal..almaklumlah awal-awal memang macamnie kan..tapi masak-masak masih tetap buat jugak..cuma masak simple-simple jew la..kecuali kalau dah tekak nie teringin sangat baru la buat apa yang dihajati..


pic masakan dah berderet zila simpan cuma masa nak update jew yang asik tertunggak..sabarrr jew kan..

raya cina masih ada lagi kew?..rasanya minggu nie last kan..sebenarnya burger nie dah lama zila buat..sebelum raya cina aritu..sebab teringin sangat nak buat sendiri..lagipun tekak nie agak kurang nak makan nasi..rasanya bila buat sendiri lebih rasa berbaloi..boleh makan beberapa keping daging yang kita nak..h ehhee betul x?..zila kalau makan buger memang tak suka makan roti tue..amik isi dalam tue jew..kadang-kadang makan roti tue separuh jew..


rasanya hujung bulan nie berakhirlah prosperity burger kat mcd tu kan..tapi lepasnie bolehlah teruskan buat kat rumah sendiri..h ehhee lebih berbaloi..

ok untuk burger nie zila guna daging bentuk oblong..boleh didapati di pasaraya atau kedai-kedai biasa..kalau bakar macamtupun rasanya dah sedap..tapi zila tambah sedikit lada putih time membakar daging nie..ikut selera masing-masing la kan..zila guna roti oblong bentuk panjang dan hirisan bawang holland mentah..
resepi sos black paper zila ada sertakan disini..hasil godeh-godeh di myr..zila panjangkan lagi resepi ini semoga dapat memberi menufaat kepada semua..

ok sampai disi dulu buat kali ini..salam sayang untuk semua..i love u alls..:)) bye..


Sos lada hitam-acik-yarn

Bahan-bahan 
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar (potong dadu) 
sebiji tomato (potong dadu) - zila tak letak
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato - zila guna sos cili
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam (tumbuk halus) boleh lebihkan amaun ikut selera - zila letak 2 sudu besar dan tumbuk kasar.
sedikit tepung jagung 
2 sudu besar sos black paper - zila tambah




Cara-cara

  1. Cairkan butter dengan api kecil.
  2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
  3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
  5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak) dan sos black paper.. Kacau hingga sebati.
  6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
  7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
  8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
  9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
  10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
  11. Boleh dihidangkan semasa panas.