Pages

Monday, 7 January 2013

dried bonito - murtabak sadin cracker

Assalammualikum,
salam sejahtera dan salam sayang semua...


Bersiaran kembali di hari isnin yang indah..semoga semuanya sihat dan dapat menjalankan tugas seperti biasa..semanjak dua menjak nie mood nak makan nasi macam kurang..bila sesi persekolahan dah bermula ..duty pun kembali seperti biasa..7.30 baru sampai kerumah..

dan bila dah sampai kerumah lambat.. mood nak masak nasi pun dah jadi malas..so kami biasanya masak yang simple-simple jew asal boleh mengenyangkan..



Murtabak memang dan senonim dalam masyarakat malaysia..letaklah inti apapun pasti ada penggemarnya tersendiri..biasanya jika kami ke pasar malam memang wajib beli..lepastu kami mintak ditambah telur lagi sebijik..baru rasa power sikit..h ehhee hee..


murtabak sadin cracker nie zila buat hari sabtu aritu..ramai bloger yang dah buat..dengan inti yang berbagai..mengikut citarasa masing-masing kan..terima kasih kepada pencetus idea resepi ini..disini zila olah dengan cara zila sendiri..kali ini buat versi sadin pulak..sebab dah beberapa hari lepas zila ada masak daging..so masing-masing masih rasa jemu nak makan daging..



rasanya memang sedap..dan mengenyangkan..pada sesiapa yang masih tak mencuba memang kena buat ..baru tau kesedapanya..
zila letak mayonis dan taburan bonito kering ataupun fish flakes..sebab stock nie ada kat rumah..so letak jew la..pada sesiapa yang nak beli bonito nie ada dijual di kedai barang-barang kuih..biasanya kalau kita ke kedai roti diorang tabur bonito kering nie atas bun tuna..bagi zila rasanya sedap..



anak zila kata sedap bila ditabur dried bonito tue..tapi hubby zila tak suka..dia cakap macam makan kertas..he hhee ..dia lebih suka yang ada mayonis jew..tekak masing-masing kan..oklah jom semak resepi yang mudah nie.

terima kasih pada pengunjung dan follower atas komen-komen yang indah..dan buat follower baru.. zila akan follow kamu balik yer..harap boleh tinggalkan link anda..bye semua..^__^



Dried bonito
Murtabak Sardin Cream Crackers

Bahan inti
1 tin sadin kecil 
1 biji bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - didadu
sedikit halia - dihiris
cili kisar -ikut kepedasan yang dikehendaki
sedikit serbuk kari - 1 sudu atau lebih.
Sedikit rempah ketumbar

Cara -cara 

  • tumis cili kisar sehingga naik bau..masukkan bawang merah,halia dan putih sehingga sedikit kekuningan.
  • masuk serbuk kari dan rempah ketumbar masak seketika hingga sedikit kering.
  • masukkan sardin yang telah dihancurkan.
  • suaikan rasa dan tutup api.


Bahan lain
beberapa keping biskut kracker
1 cawan santan 
hirisan daun sup
bawang besar - didadu
telur - secukupnya

hiasan
dried bonito dan moyonis secukupnya

cara-caranya

  • sapu keliling loyang dengan minyak atau alaskan dengan aluminium foil
  • celupkan biskut kedalam santan seketika kemudian susun di loyang sehingga penuh ruang loyang.
  • ambil inti sadin dan ratakan di permukaan biskut tadi..
  • kocok sebiji telur dan campurkan sedikit daun sup dan tuang diatas lapisan sadin tadi.
  • ulangi langkah diatas sehingga inti habis.
  • tutup lapisan yang terakhir dengan lapisan telur dan lebihan santan.
  • bakar sehingga masak lebih kurang 45 minit..170c
  • angkat dan potong..sapukan moyis dipermukaan dan tabur dengan dried flakes.
  • sedia dihidang.