Pages

Friday, 29 November 2013

22.11.. carrot cake/nasi tomato/ayam masak merah


Robbi hab lii mil-ladunka dzurriyyatan thoyyibah, in-naka samii'ud du'aa'
Artinya : " Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa. 
Ya Allah Ya Karim...
Kurniakanlah kepada anak-anak kami akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Jadikanlah anak-anak kami, anak yang soleh  anak-anak yang berbakti pada orang tuanya dan taat kepada-Mu..ameennn

Assalammualaikum
salam jumaat yang indah..


22.11 tarikh kelahiran anak sulung zila Iqbal Aiman..kebetulan sama dengan keputeraan sultan johor dengan ini setiap tahun tarikh ini semua warga johor dapat cuti..

disebabkan hari itu hari cuti zila sempat juga memasak sesuatu yang sedikit istimewa untuknya.nasi tomato,ayam masak merah,rojak darat dan keesokkanya baru sempat buat kek carrot..agak kelang kabut jugak la sebab baby kecik suka tidur sekejap-sekejap..time memasak pun berhenti banyak kali..bila menangis kuat betul suaranya..tembus dinding he hee hee..



hari itu pulak husband zila kena pergi ke office jugak attand meeting dengan bos kl..adoii ingatkan dia cuti ..tapi nasib baik setengah hari jew..
ok dipendekkan cerita mengenai nasi tomato nie..zila sebenarnya tak suka makan nasi tomato..kalau nak buat pun memang fikir banyak kali...almaklumlah orang kalau tak suka makan kalau nak memasak pun macam tak berapa  nak semangat  jew..


 
tapi bila baca resepi dari chef  hanieliza terus jew berminat nak buat..sebabnya tak letak  pun tomato puri cuma ditambah tomato segar dan sos tomato..uittss best memang suka resepi nie lain kali nak buat lagi ..anak dan husband pun cakap nasi nie sedap..keep resepi nie disini sebagai rujukan nanti..

nasi zila gandingkan bersama ayam masak merah..dan rojak darat..resepi ayam masak merak zila sertakan juga disini..mana-mana resepi ayam masak merah lebih kurang jew kan..cuma kadang-kadang ada yang suka buh gula lebih..tu yang agak sedikit manis..


 

keesokkan harinya baru sempat buat kek carrot nie..birthday kalau tak ada kek macam tak lengkap jew kan.. kali ini buat kek sempoi havenly carrot cake ..kidnap resepi dari che mat..memang betul haven..bahan didalamnya memang lengkap ada kelapa kering,nenas dan kacang walnut..memang tak boleh berhenti bila dah mula makan..

kek lembab nie fav suami zila..anak tak berapa minat la pulak..tapi zila suka ..makan berpotong-potong..ermmm really  heaven.zila tak letak serbuk kayu manis..sebab kurang suka dengan baunya..
dihias bersama krim cheese kemudian ditaburi badam panggang..waallaaa the best cake carrot zila rasa..tak rugi mencuba..

 
 
HAVENLY CARROT CAKE

BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder* - zila guna tepung naik sendiri
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak) - zila tak letak
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula perang - soft brown sugar (resipi asal guna 1 cawan gula kastor)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang

BAHAN CREAM CHEESE TOPING 
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak

CARA MEMBUATNYA 

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan.


CREAM CHEESE 

  • Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka




AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan
1 ekor ayam dipotong kecil - bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar 
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar - potong gelang
minyak masak
Garam,gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat



Nasi Tomato
Bahan-Bahan
5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.




Wednesday, 20 November 2013

nasi @ ayam lemon


Assalammualaikum ..

cuti sekolah sudahpun bermula..bestnyaaa..bagi ibu-ibu yang selalu menghantar dan mengambil anak inilah masanya dapat rest dari duty seharian kan..bila anak-anak dirumah semestinya kita sebagai ibu tak kering tangan..asik lapar  memanjang jew kan..kalau zila dari awal pagi dah masak makanan berat..biar tahan sikit perut diorang tue..nanti petang-petang sikit baru masak lagi..

ok ...jom cerita menu pulak...zila tak pernah lagi cuba buat nasi lemon nie..inilah kiranya percubaan pertama..bila semak resepinya memang mudah ..dan rasanya pun memang sedap..resepi zila ambil dari chef sabri hassan.salah seorang chef yang tersohor di malaysia..merupakan chef idola zila..

bila dah buat nasi lemon terfikir la pulak apakah hidangan yang sesuai untuk digandingkan bersama nasi nie..so zila cuba pulak gandingkan bersama ayam masak lemon..ermmm memang best..ayam masak lemon dah banyak kali zila buat..dengan cubaan resepi yang berbagai..tapi disini zila share resepi dari diana sky blue kitchen..tq diana atas resepinya.memang best..


Nasi Lemon
Resepi- Chef Sabri Hassan

Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1-2 jam
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara
1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak
dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam
Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.


Ayam lemon
 Bahan A
4 keping dada ayam - belah bahagian yang tebal tapi jangan putus
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos plum
1/2 tbsp gula
1 biji kuning telur
1/2 biji parutan kulit lemon
2 tbsp tepung kastard
1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
1/2 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ayam
sedikit garam

Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 tsp biji bijan

Bahan untuk sos
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ulas bawang merah - dicincang
1 inci halia - dicincang
4 - 4 1/2 tbsp jus lemon -boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
3 - 3 1/2 tbsp sos plum - mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
2 tbsp sos tiram
1 1/2 cawan air
Gula
Garam secukup rasa

Bahan lain
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
1/2 biji lemon - dihiris nipis
Minyak

cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


Thursday, 14 November 2013

puding tauhu


Assalammualikum
alhamdulillah dapat bersiaran kembali ..pic masakan berderet..tapi tu la..nak di sharekan disini punyalah susah..walaupun masih belum mula bekerja..tapi duduk rumah dan jaga baby memang bukan sesuatu perkara yang senang..kadang-kadang sampai ke petang tak berpeluang saya memasak..baby kecik macamtu kan kadang-kadang meragam tak menentu..
teringat pulak kita zaman kecik dulu ..rasanya lebih kurang macamnie jugak kan.


menu pembasah tekak.puding tauhu..rasanye sedap lemak-lemak ..firstime makan tahun 2011 macamtulah..pergi beraya dirumah sepupu..dihidangkannya puding tauhu nie..ya allah rasa nikmat jew time tu..sebab dapat makan sejuk-sejuk..uittss memang sedap..
lepastu mintak jugak resepi dengan dia...

tapi kali ini ambik resepi kak nor,sayang kak nor sejuta kali tau kak nor masak apa semuanya best..saya guna agar-agar serbuk..selalu buat guna agar-agar tali ..lebih mudah sebenarnya guna agar-agar serbuk..lagipun cepat mengeras.

Cara menghidangkanya terpulang pada selera masing-masing..hidang bersama air gula pun sedap..tapi saya lebih suka makan dengan susu cair. Tambahkan buah-buahan campuran dalam tin..saya campurkan kuib nenas dan limau mandarin dalam tin..sedap dimakan sejuk...



PUDING TAUHU
Bahan bahan
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara cara
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.



Sunday, 10 November 2013

siakap kerabu mangga


Assalammualaikum
Bersua kembali hari ini..semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik olehnya.
semenjak dah ada baby kecik nie terasa masa yang berlalu terlalu pantas ..sedar-sedar sekejap jew dah hujung minggu..errmmm

beberapa hari yang lepas sempat saya pergi ke pasar ..rasanya dah berbulan tak menjeguk pasar..hanya ke kedai runcit yang berhampiran untuk mencari lauk..kebanyakan barangan yang hendak dicari kadang-kadang tak ada..frust jugak...itupun pergi dengan keadaan nak cepat balik..sebab risaukan baby tinggal dirumah bersama abangnya..



disebabkan dah lama tak ke pasar jadinya banyak jugak barang yang di luar senarai saya
beli,ermmm..bila terpandang pelam muda teringin pulak nak buat kerabu mangga..sedap pulak rasanya kan..capai pelam 3 biji dan beli jugak barang-barang untuk buat kerabu mangga..beli jugak beberapa ekor ikan siakap untuk merialisasikan apa yang dihajati .. 

tapi lauk kering macamne susah nak dibuat lauk..biasanya makan macamtu je dah sedap..saya buat juga sayur sawi tumis air kerana ikan nie kering jew tak ada kuah..anak bujang kalau makan tak ada kuah memang dia lemah sikit.
banyak versi siakap kerabu mangga nie ..ada yang menghiris ikan nie kecil-kecil dan digoreng dan ada juga yang buang tulang belakang dan kemudian baru dicampur dengan bahan kerabu..buat lah mengikut kesesuaian anda..mana-mana pun boleh asal sedap dinikmati..



IKAN SIAKAP KERABU MANGGA

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap 
1 sudu besar kacang goreng 
1 biji mangga muda 
1 biji tomato didadu
ikan bilis goreng di tumbuk sedikit hancur 
Bawang besar hiris nipis 
Cili padi potong nipis 
Sos ikan 
Jus limau nipis 
serai hiris nipis
bunga kantan hiris nipis
Garam dan gula 
sedikit daun ketumbar hiris halus

CARA-CARA
1. Ikan dibersihkan,lumur dengan lada sulah,serbuk kunyit,garam dan tabur dengan sedikit tepung gandum kemudian digoreng garing.
2. Sementara itu, parut pauh muda, ketepikan.
3. Bawang besar dihiris nipis,dadu tomato dan juga cili padi.
4. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris, sos ikan, jus limau nipis, ikan bilis goreng, kacang goreng, bawang besar dan juga cili padi.
5. Gaul mesra dan letak garam dan gula secukup rasa. 
6. Hidangkan .

Friday, 1 November 2013

Eggless chocolate cake

Assalammualaikum


hari jumaat yang mulia,setelah sekian lama meninggalkan dapur ..terasa rindu menggamit jiwa..terlalu rindu nak berexperiman dan mencuba resepi-resepi baru..terasa rindu juga nak memasak sesuatu yang agak istimewa untuk santapan family kecil kami..

sesungguhnya air tangan ibu itulah yang sentiasa dicari oleh anak-anak,walaupun sesedap mana masakan diluar ..namun tiada tandigannya air tangan dari orang yang amat kita sayangi.


bila anak meyebut teringin nak makan kek coklat ..kita sebagai ibu rasa ralat kalau tak dapat menunaikannya..selagi tak dibuat..selagi itulah tak senang hati...ermmm tu lakan hati seorang ibu..memang layak syurga dibawah tapak kaki ibu kan...

sepanjang saya warded dihospital tak dapatlah anak dan suami makan lauk kegemaran mereka,masing-masing beli jew diluar..bila anak datang menziarah mulalah dia plan nak makan macam-macam bila saya dah sihat nanti 

untuk segmen pembuka tirai selepas habis pantang saya buatkan dia kek coklat,setelah sekian lama dia menuggu kek nie dari air tangan ibu dia..akhirnya dapat jugak dia merasa..he hheee kesianya anak ibu kan..

saya sengaja mencari resepi yang tidak menggunakan telur.oleh kerana saya pun masih tak makan telur lagi ..kalau tak ada telur boleh lah ibu dia join makan bersama.en suami kurang sikit makan kek coklat macamne..dia cuma jamah sepotong jew..anak bujang memang berulang-ulang kali makan..nasib baby muhammad kecik lagi kalau tak mesti join sama nie..he hee..

resepi kidnap dari dapur hana disini..kek yang sangat moist sebab ada campuran yougrt,saya menggunakan yougrt berperisa strawberry..tak rugi mencuba..dan kali ini buat versi kukus memang mudah... malas nak panaskan oven ..





Eggless chocolate cake
Bahan-bahan
  • 60ml air panas 
  • 50g susu tepung
  • 1 tbs Nescafe / Instant Coffee
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 100g gula
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 cawan yogurt 
  • 125g tepung gandum*
  • 80g serbuk koko*
  • 1 tsp baking powder*
  • 1/2 tsp baking soda
  • secubit garam* (* campurkan dan ayak)
  • Campurkan air panas, susu tepung & nescafe.
  • Masukkan minyak masak, gula & esen vanila. Kacau hingga gula larut.
  • Masukkan yogurt dan kacau sebati.
  • Masukkan tepung dan gaul hingga semua sebati.
  • Bakar lebih kurang 35-40 min suhu 170-180 - kukus 40min
Chocolate ganache
  • 50g serbuk koko
  • 60g Butter
  • 1 cawan susu pekat
  • campurkan semua dan masak secara double-boiler hingga smooth kemudian curahkan atas kek.