Pages

Wednesday, 12 December 2012

ayam bakar yogurt


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua.
pagi-pagi dah show ayam kan..he hheee jangan kecur tau..nie tuan punya blog pun dah kecur balik bila tengok gambar nie..sabaaarr jew lahkan..





menu alam maya..ayam bakar yogurt..zila buat hari ahad lepas..makan bersama en hubby berdua..sebab anak bercuti sebulan dikelantan..mood nak masak best-best macam kelaut jew..sebab orang yang tukang perabih tak ada..he hhee





zila suka masak ayam bakar-bakar macamnie..penyediaan yang mudah cuma siapkan bahan-bahan untuk diperap ..lumur kat ayam perap beberapa jam dan kemudian masuk oven..tak banyak kerja..mudah dah sedap..



bagi pengemar ayam bakar bolehlah cuba resepi ini..resepi yang mudah dan senang..zila sertakan resepinya disini seperti biasa sebagai rujukan diri dan kawan-kawan..hubby zila suka ayam nie..sebab dia memang peminat tegar yogurt..biasalah kan orang melayu memang nak kena ada nasi jugak..walaumacamanapun..h ehhee ..

ayam ini zila hidangkan bersama nasi mandhi..resepi nasi mandhi ada dalam blog zila nie sesiapa yang nak mencuba sila selongkar dapur zila nie yer..cuma nasi kali ini zila tambahkan jagung..sebab nak habiskan jagung yang ada..sayang pulak nak dibuang..





Ayam Panggang Yogurt

bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong 4 dicuci bersih
1 cawan yogurt
3 sudu makan minyak zaitun - kalau tak ada minyak biasa pun boleh
2 sudu makan jus lemon
garam - agak-agak
gula - 2 sudu 
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan jintan kasar - ditumbuk
1/2 susu jintan halus - ditumbuk
1 sudu makan  rosemarry - ditumbuk
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk
1 sudu makan lada hitam kasar
1 inci halia - ditumbuk halus
1/2 sudu serbuk kunyit
2 batang serai di ketuk




cara-caranya

sediakan semua bahan ..satukan kesemuanya,lumur pada ayam dan perap selama 1 hingga 3 jam..
zila perap 1 setengah jam sebab dah lapar tak sabar nak bakar..h ehhe
alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil
bakar sehingga masak dan garing..lebih kurang 50 minit.
ikut pada oven masing-masing
apabila sudah masak keluarkan dari oven dan sedia dihidang.






oklah sampai disini dulu untuk kali ini..bertemu kembali bye semua.