Pages

Monday, 3 December 2012

puding kukus laici


Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang untuk semua..tupp tup dah hari isnin balik..wahhh cepatnya masa berlalu..baru dibuai lena dengan cuti dua hari..he hehe tiba-tiba dah kena kerja balik..


semalam tekak ini terasa -rasa pulak nak makan puding..puding apa-apapun tak kesahlah asalkan ianya bernama puding kan..asalkan boleh lepaskan keinginan tekak...dengan berbekalkan sedikit kerajinan yang ada mencarilah resepi-resepi puding yang sedap-sedap..



last-last teringat satu tin laici yang dah lama tak terusik..terperuk jew dalam almari tue..kesian pulak tengok ..nak buat air macam malas ..sebab tekak nie tengah perit..nak minum ais-ais pun dah malas takut semakin melarat sakit tekak nie...


so terjumpalah resepi puding yang ini..nampak mudah dan sedap..first time baca resepinya saya dah mula suka..sebab tak banyak kerja ..cuma blend dan kukus ..wahh amat sesuai dengan keadaan saya yang tengah malas semalam..he hhee


zila ambil resepi di myresepi..ada beberapa blogger juga yang dah mencuba..kak hazila my small kitchen pun ada buat..kak ummi kuantan pun ada buat jugak siap letak strawberry lagi kan ..uittss kecurr sungguh..he hhee..puding ini sangat lembut sebenarnya..sesuai masukkan dalam bekas kecil-kecil dan terus makan tak payah potong -potong..zila lebih suka masuk dalam loyang..sebab selalu makan sikit-sikit..kalau satu cawan tue kadang-kadang anak tak habis makan...

tapi bagi zila puding ini sangat la sedap..rasa manis yang seimbang..makan time sejuk-sejuk...perghhhh memang sedapp..he hhee ayat buat orang kecur.
oklah pada sesiapa yang nak mencuba silakan..zila sertakan juga resepinya disini sebagai rujukan diri sendiri..bye semua..selamat mencuba..





PUDING KUKUS  LAICI
Resepi: Kimin 03 @ MyR
dicuba oleh:zila4ever.blogspot.com


Bahan Bahan

  • 1 tin susu cair
  • 4 keping roti putih 
  • 4 biji telur
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Isi laici
  • sedikit essen vanilla - zila tambah

Untuk Jelly
  • 1 packet jelly nona perisa strawberry - zila guna perisa raspberry
  • 400 ml air




Cara cara
  1. Panaskan kukusan.
  2. Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  4. Angkat dan biarkan ia sejuk.
  5. Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  6. Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
  7. Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.