Pages

Monday, 22 October 2012

epok-epok pastry sedap


Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..bertemu kembali monday blues..bagi yang bekerja hari yang agak malas nak memulakan sesuatu ..almaklumlah setelah bercuti hujung minggu..




jumaat nie semua dah mula bercuti kan..menyambut aidiladha bagi umat islam..bagi rakan-rakan blogger yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini..zila doakan semoga segala urusan dipermudahkan olehnya..dan sentiasa diberi kesihatan yang baik semasa disana..beroleh haji yang mambrur aminnn..





oklah cerita bab menu harinie pulak..he hheee kalau orang johor panggil epok-epok ..tapi sama jew sebenarnya dengan karipap.kali ini zila buat karipap kentang..biasanya zila lebih suka karipap sardin..abaikan kelim tu ok..h ehhee sebab zila tak berapa reti nak mengelim..satu malam belajar kat youtube disini.



resepi ini zila ambil dari izah..resepi asal dari rose..terima kasih pada rose..penyumbang resepi asal..dan pada izah jugak sebab memperluaskan lagi resepi nie..haritu bila izah cakap ianya lembut dan rangup..
terasa teruja pulak nak cuba.tapi memang betul sampai kepetang tetap lembut.bila digigit memang terasa ada layer pastry..plus sedap lagi.x rugi mencuba..h ehhee.zila sharekan resepinya disini juga..sebagai rujukan zila akan datang.





karipap kentang  
by:Rose/izah

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam



Cara-caranya
Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. 


3. Proses Mengelim
Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bahagian kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti keledek tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.






Inti Kentang
by-zila4ever.blogspot.com


bahan-bahan
5 biji kentang  - dipotong dadu
setengah peket serbuk kari- zila guna babas
1 batang serai - diketuk
1 peket rempah tumis
sedikit garam
sedikit gula
3 batang daun sup - dihiris

bahan kisar
1 batang lada hidup  - lebihkan jika suka pedas
1 biji bawang besar 
2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
3 sudu besar udang kering
3 sudu besar ikan bilis kopek
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar jintan
1 sudu besar ketumbar

cara-caranya..
inti
  1. tumis rempah tumis dan serai seketika,kemudian masukkan bahan kisar,masak sehingga wangi
  2. masukkan rempah kari dan masak seketika lagi.masukkan kentang tumis seketika dan campurkan sedikit air.
  3. masak sehingga kentang empuk,tambahkan sedikit gula,garam dan sedikit air asam.
  4. kemuan masukkan daun sup yang telah dihiris..tunggu sebentar kemudian tutup api.

selamat mencuba..bye semua