Pages

Monday, 30 July 2012

sagu bronok kukus



Assalammualaikum
salam sejahtera semua,terima kasih buat penggunjung blog zila4ever..terima kasih kerana tidak pernah jemu kisini dan terima kasih atas komen-komen yang istimewa..i love u all..amat-amat zila hargai..hari ini kalau sempat nk BW ..rasanya banyak menu yang dah zila terlepas..plan pagi2 tadi nak update blog..tapi hari ini ada meeting dengan orang JKKP (jabatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan)..so terdelaylah nak mengupdate..



bagi ibu-ibu mesti time macamnie tengah berkira-kira nak masa apa kan..he hehe samalah dengan zila..hari-hari tanya member kat office nie..mak dia masak apa..bukannya apa..nak cari idea nak masak apa untuk  petang kami  sekeluarga berbuka..tulah tujuan sebenarnya...member zila nie ank dara lagi..so dia tak payahlah fikir banyak tang makanan nan berbuka..sebab emak dia dah siapkan semua..balik dia tinggal tolong hidang jew..




sagu bronok  nie zila buat sabtu lepas,time-time cuti jewlah dapat melayan tekak nak makan apa yang dihajati..zila suka kuih nie sebab kalau masuk kat tekak rasa sejukkk jew..pastu rasa masin-masin garam kat kelapa tue waallaaa..memang best.




stock sagu kat rumah tue masih banyak..macam -macam color ada..so sebab tak nak berlakunya pembaziran zila campurkan semua color-color yang ada..dan hasilnya jadilah macamtu..nak kata merah tak jugak..nie hasil kombinasi warna pink,kuning,hijau dan putih..habiiss bergaduh diorang dalam periuk tue..he hehe





rasanya semua oran reti buat kan,tapi zila keep resepinya disini sebagai rujukan diri sendiri..dan pada sesiapa yang nak mencuba bolehlah ambil yer..yang nie versi kukus..resepi asal dari mama kastam myresepi..ramai dah mencubanya..rata-rata komen sedappp..zila pun dah banyak kali buat menggunakan resepi ini..memang sedappp..





sagu bronok
resepi asal : mama kastam tioman
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com


bahan - bahanya
1 cawan sagu biji - berwarna/sedikit pewarna merah
3 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa parut putih
sedikit garam
sedikit essen rose





cara - caranya
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang .
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji. Lagi enak rasanya
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa yang telah di campaur dengan garam....siap.