Pages

Thursday, 19 July 2012

salam ramadan - nasi goreng belacan



Assalammualaikum 
salam sejahtera dan selamat pagi semua sahabat-sahabatku.
Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.


Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

 “Do not turn away a poor man…even if all you can give is half a date. If you love the poor and bring them near you…God will bring you near Him on the Day of Resurrection.”——— Propher Muhammad (s) Al-Tirmidhi, Hadith 1376. 





Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, zila ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam walaupun di mana saja berada. Semoga ibadah puasa pada tahun ini, 1433 H akan beroleh keberkatan dan kemenangan dari Allah S.W.T.


terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah disini ..zila sayang u alls semua yer..menu dipenghujung sebelum berpuasa..nasi goreng belacan..sama seperti nasi goreng yang biasa..cuma kita tambahkan sedikit belacan..rasanya memang sedap sangat..bertambah-tambah kami makan..he hee..zila makan bersama ayam goreng rempah..oklah jom semak resepi untuk sesiapa yang nak mencuba bolehlah masak untuk sahur nanti..:)



nasi goreng belacan

2 mangkuk nasi putih 
5 biji cili api hijau dan 1 batang lada merah
1 labu bawang besar
segengam bilis yyg dah siap dikopek
belacan - sebesar ibu jari
3 biji bawang putih 
2 biji telur.

cara-caranya

tumbuk lumat bawang besar,bawang putih,cili padi,cili merah .
masukkan belacan dan tumbuk lagi.
masukkan ikan bilis dan tumbuk sekejap sahaja..lebih sedap jika ditumbuk tidak begitu hancur.
panaskan kuali,masuk sedikit minyak,goreng 2 biji telur..bila hampir masak hancur-hancurkan telur tu.angkat.
tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi hingga kekuningan dan berbau wangi.
masukkan nasi,gaul rata..perasakan masinnya..
masukkan telur yang telah dihancurkan tadi..gaul rata dan tutup api.
sedia dihidang.