Pages

Monday, 2 April 2012

Abok - Abok


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..
Bertemu kembali dibulan baru dan bersama semangat baru .pagi isnin yg hujan disini segala pergerakan pun rasa malas jew.rasanya nak meneruskan tidur di bantal yang empuk alangkah bahagianya kan..he hee heee tapi apakan daya tugas sentisa menunggu kita.tak kiralah kepada surirumah atau yang bekerja masing-masing ada tanggungjawab tersendiri.


hari ini saya nak kongsi bersama satu lagi resepi yang kerap jugalah saya buat.cuma tidak berkesempatan nak masukkan kedalam blog nie.resepi yang saya rasa sangat simple dan senang.kuih ini sentisa ada bila kami adik beradik berkumpul dirumah emak.kiranya macam kuih untuk cuci mulut jer la ..pembuatanya tak susah mana.gabungan sagu,gula melaka dan kelapa parut.jika suka letak la pewarna yang digemari.saya memang penggemar warna biru,sebab itulah semua hasil kuih-kuih saya biruuuu...he he heee .jika tak letak pewarna pun boleh ..orignal sago bewarna putih.

cara melipat kun tu mungkin kalau orang yang jarang buat agak susah.sebenarnya berbagai cara boleh digunakan..kalau emak saya dia melipat style kuih koci.biasanya saya masukan didalam loyang dan tabur jer gula..tu style pemalas la..tapi style tu mmg mudah senang jew nak makan..tapi kali nie saya buat kun,dan pengakhiranya semat dengan lidi..tapi entah kemana lidi tu menghilang saya pun stpler jer la..jom tengok resepi ..

Abok Abok (anggaran dalam 10 biji)

2 cawan sagu biji
2 cawan kelapa parut putih
5 sudu makan gula melaka
5 sudu makan gula pasir
secubit garam
daun pisang dan lidi penyemat

cara-caranya

basuh sagu ( lalukan diatas air paip beberapa kali dan toskan )
gaul kelapa dan garam bersama
campurkan kelapa dan sagu sehingga rata
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan 2 sudu campuran sagu ke dalam calong daun pisang. Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan akhirnya masukkan 1 sudu campuran sagu
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.