Pages

Thursday, 28 June 2012

bubur tiga sekawan



Assalammualaikum.
salam sejahtera,pengunjung blog yg amat-amat dikasihi..semoga semuanya sihat-sihat yer..terima kasih atas komen-komen yang indah dari semua..dan terima kasih jugak sudi singgah di blog zila yang tak seberapa nie...hari ini nak share lagi satu resepi..masakan yang biasa-biasa jew..tak sehebat blogger lain..yang masak best-best..kalau berBW memang best..dapur masing-masing menghidangkan masakan istimewa..wahhhh sampai terliuurrr..





dimana-mana sekarang nie memang musim durian kan..zila bukan la peminat durian..kalau makan pun cuma seulas dua jew..kata orang jangan sampai teringin..he hee..tapi hubby memang suka makan durian..mugkin tak pernah makan..tu la sebabnya sangat jakun..



jagung dan kacang merah yang zila gunakan



hari tu anak zila ada request nak makan bubur jagung..alahhaiii ibu dia time tu sangat malas nak buat..dah 2 minggu permintaan tue berlalu..dan semalam dia sebut lagi..he hehee ibu mana yang sampai hati tengok anaknya mengidam..he heeh..zila pulak teringin nak makan bubur kacang merah..so semalam petang balik dari office pergi kedai cari barang yang dalam tin jew senang..tak payah susah-susah..




kacang merah nie sangat la sedap..makan degan ice cream pun sedap..atau makan bersama ABC..jagung tu pun ok..bila kita masak dia x hancur..memang sesuai di buat bubur.zila tambahkan beberapa ulas durian..so kuah tue agak pekat sikit..memang sedap..pada sesiapa yang nak mencuba zila sertakan resepinya disini..pejam mata jer pun boleh buat tau....he hehe memang senang..





bubur tiga sekawan
oleh : zila4ever.blogspot.com

1 tin kacang merah
1 tin jagung biji
beberapa ulas durian
gula pasir secukup rasa
sedikit garam
santan pekat
1 helai daun pandan




cara-caranya

masak santan pekat dan daun pandan diatas api sehingga mendidh
masukkan gula pasir
masukkan durian,kacang merah dan jaggung.
perasakan gula dan garam.
setelah masak matikan api.
sedia dihidang.






Monday, 25 June 2012

tapai pulut


Assalammualaikum
selamat sejahtera semua...terima kasih kepada pengunjung blog baru dan yang lama tak pernah jemu kesini..terima kasih jugak atas komen-komen yang indah....dan tq kepada yang follow zila..dan zila akan membalas kunjugan antara lambat dan cepat ye..tapi pasti zila akan datang..:)


zila masak apa hari nie?..he hehe dah betul lah tue..tapai pulut,tapai pulut merupakan makan tradisional di malaysia.dan amat digemari dikalangan penduduk pantai timur..terutamanya di kelantan dan terengganu.tetapi di johor nie biasanya popular dengan tapai ubi..



tapi bagi zila tak kesahlah pulut ker ..ubi ker..dua-dua tetap zila gemari..tak pernah rasa jemu..lagi-lagi kalau dapat yang sejuk..makkk aiii  sejukkk jew rasa kat tekak nie.zila buat pagi jumaat lepas..dan hari ahad dah boleh makan..alhamdulillah menjadi..nie kali yang ke 3 zila buat..menggunakan resepi yang sama..memang manis,tak payah letak gula pun..kali nie zila tambahkan sedikit pewarna hijau pulak..bagi nampak kehijau-hijauan sikit..




terima kasih kepada kak norli harumaini..yang sudi share resepi tapai nie..banyak resepi tapai pulut yang saya simpan..tapi saya sangat teruja guna resepi kak norli nie..sebab caranya amat mudah..saya sharekan resepinya disini juga..sebagai rujukan ..pasti akan buat lagi..:)





tapai pulut

1 kg beras pulut - di basuh bersih bersih hingga pulut putih bersih(dengan cara berulang kali)
1 ketul ragi sebesar 20 sen
air secukupnya



peralatan:
rice cooker 1.8L
  1. beras pulut di bersihkan dan toskan. 
  2. kemudian masukkan dalam rice cooker.masukkan air hingga setakat no 7.(ada sukatan no dalam periuk tu) kemudian terus panaskan rice cooker dan masaklah sehingga pulut masak.zila letak sedikit pewarna hijau.
  3. hancurkan ragi  hingga betul betul halus.
  4. setelah pulut masak keluarkan pulut dari rice cooker dan ratakan di atas dulang sehingga pulut benar benar sejuk.
  5. masukkan serbuk ragi di dalam penapis kemudian ayakkan di atas pulut. gaulkan pulut sehingga rata dan sebati.
  6. setelah itu bolehlah pulut ini di masukkan dalam bekas yang di sukai.
  7. simpanlah pulut di dalam bekas seperti tupperware besar @ plus nasi besar @ bungkus dengan kain.
  8. selapas 2 hari barulah sedap dimakan..







Friday, 22 June 2012

sirap laici fresh


Assalammualaikum dan salam sejahtera
Laici adalah sejenis pokok berbuah iklim sederhana yang berasal dari selatan China, selatan Indonesia dan timur Filipina. Nama sainsnya Litchi chinensis.Buah laici dikatakan mempunyai persamaan dari segi khasiat dengan buah longan dan rambutan.Buah laici yang berasal dari China ini kaya dengan vitamin c dan potassium.Ia mempunyai kandugan rendah kolestrol,sodium dan lemak.





Pada keseluruhan buah laici baik untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal berat badan,ia juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan 2 unsur yang dipanggil elastin dan kollogen.




kollogen adalah terdapat dalam kulit,dimana ia berperanan menyembuhkan permukaan kulit akibat kecederaan.Elastin pula berperanan mengekalkan dan meneggangkan kulit.memperlahankan kedutan.Juga dikatakan buah laici baik untuk mencegah kanser payudara dan kesihatan akar rambut.





banyak betul khasiat buah laici rupanya..bila dah mengoggle nie baru tau kebaikannya..rasanya tak rugi bagi penggemar buah laici kan..haritu round-round kat pasar malam..tengok ramai betul orang kerumun kat gerai laici nie..patutlah orang duk pakat serbu rupanya laici segar-segar baru sampai..bila terpandang jew ..zila pun rasa teringin jugak..sekilo RM10 jew..murah..tapi pastikan dulu rasanya manis atau masam-masam kelat..dan bila dirasa..sure memang boleh beli nie..so beli la dalam 2 kilo..ketamakkan melanda..he hee kt umah tue cuma kami bertiga..berapa harilah nak habiskan 2 kilo tue..anak pulak awal-awal dah cakap x minat..waaa...semput emak nak kena abiskan..


akhirnaya terpaksalah dibuat sirap laici macamnie..baru laju jew diorang minum..pic kat atas tue setelah 3 hari ..makanya....agak kering sikit tangkai laici tue..




sirap laici fresh

bahan bahanya
1 ikat buah laici segar 
2 cawan gula pasir 
sedikit pewarna merah/sirap 
beberapa ketul ais 
Air (ikut kesesuaian)
sehelai daun pandan

cara -caranya 
  1. Buah laici dibuang kulit dan bijinya,asingkan.
  2. Masak air bersama gula dan daun pandan.Jangan terlalu pekat.Pastikan rasanya sedang elok utk buat minuman. 
  3. apabila air gula sudah cukup masak masukkan sirap dan buah laici.Gaul rata 2-3 minit.tutup api. 
  4. sejukkan seketika kemudian masukkan ais.



Wednesday, 20 June 2012

jelly kelapa gula melaka


Assalammualaikum..
salam sejahtera semua ..pada pengunjung blog yang tak pernah jemu-jemu bertandang disini..tqvm pada yang sudi follow zila yer..zila akan follow balik..mood  rajin nak megupdate blog nie..muaahhh love u all..



perasan tak..semenjak dua menjak nie kan cuaca panas jer kan..ditambah-tambah lagi dengan musim buah durian...kesana kemari asik terpandang-pandang jer durian..tapi zila tak beranilah nak makan banyak-banyak..takut suara tak der nanti..lagipun cuaca panas-panas macamnie sesuai minum air masak putih banyak-banyak..





dan apabila cuaca panas-panas macamnie...amat sesuai minum air kelapa kan..time duduk kt kampung masa kecik-kecik ..puas jugak la minum air kelapa muda...walaupun kat belakang rumah emak tu cuma ada beberapa batang pokok jew..tapi bila dah berbuah..bertandan-tandan..lagipun pokok tue kemetot jer..tak payah susah - susah nak amik galah tolong jolokkan..cuma guna tulang empat kerat jer untuk memulasnya..:)




Tak pernah terfikir nak buat jelly kelapa..tapi idea tue datang bila member satu office nie bercerita dia ada plan nak buat jelly kelapa dengan mak dia..buat untuk makan-makan keluarga..tapi time tu ..zila pun x tergerak hati nak buat..macam malas benor nak cuba buat..selang beberapa hari ..member sek zila ada bertanya tentang resepi jelly kelapa nie..wahhh apa lg rasa macam memronta-ronta jiwa nak mencuba ..dan akhirnya inilah hasinya..resepi asal dari kak nor yang disharekan di myresepi..zila kurangkan sukatanya kepada setengah adunan..dan zila tukar kepada gula melaka..tu yang nampak agak-agak kekuningan sikit.




Jelly kelapa gula melaka

resepi asal :kak nor67
olahan : zila4ever.blogspot.com

bahan-bahannya
1 paket agar-agar serbuk -10 gram
2.6 liter air kelapa muda - hasil dari 3 biji kelapa muda jika kurang tambahkan air biasa.
isi kelapa muda - kalau nak banyak boleh letak banyak-banyak..kaup pakai sudu kemudian dihiris kecil.
11 sudu besar gula - saya letak 9 sudu gula pasir dan 2 sudu gula melaka.terpulang pada masing-masing punya selera..ditambah perisa pandan dan pewarna hijau pun boleh.
3 helai daun pandan





cara-caranya
  1. Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  3. masukkan kedalam bekas yg disukai.
  4.  Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
  5. selamat mencuba.











Monday, 18 June 2012

nostalgia hari bapa..sotong dalam tin tumis bercili


Assalammualaikum dan salam sejahtera
selamat pagi semua...wahhhhh rindunya nak menulis blog..he hehee rindu sangat-sangat kat teman-teman blogger..dah beberapa hari menyepi dan membisu..rasanya macam tak lengkap kalau tak round-round kat dapur teman-teman....sambil skodeng menu-menu yang lazat-lazat...minta sorry banyak-banyak jugak..sebab tak berkesempatan nak berBW..insaallah lepas nie bolehlah BW macam biasa..hari ini kerja dioffice tak berapa pack..so rutin boleh berjalan seperti biasalah..:)




seminggu dah off dari dapur masak-masak..he hheee ...sebenarnya haritu zila naik pelamin..tu yang kena off seminggu..majlis yang serba ringkas jer..tak buat besar-besar pun..cuma dihadiri kaum keluarga..dan rakan-rakan rapat..
Terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mengucapkan tahniah pada zila difacebook..dan inbox ...doakan yang terbaik buat zila yer..semoga mahligai yang baru dibina ini berkekalan hingga ke akhir nyawa..amin..





oklah berbalik kepada menu masakan hari nie..siapa yang pernah makan sotong dalam tin nie??..pasti ada jugak yang tak pernah makan kan?..sempena hari bapa nie..zila nak kongsikan masakan sotong nie...nostalgia sangat-sangat sotong nie...kerana apa...??..




sebabnya sotong nielah kegemaran arwah ayah zila...beliau sangat gemar sotong dalam tin nie..so bersempena hari bapa nie zila nak mengimbas kenangan bersama beliau...kenangan yang pastinya tidak pernah luput..AL FATIHAH ..buat arwah ayah semoga ayah ditempatkan dikalangan para solih dan solihin...aminnn.. "syurga itu di bawah telapak kaki ibu". Namun, di mana pula syurga seorang ibu? Bukankah di bawah telapak kaki seorang suami; yang sudah tentu pula rata-ratanya bergelar ayah..


time zila kecik-kecik dulu..harganya agak murah...sekarang satu tin kecil tu berharga RM4.40..isi dalamnya tak banyak mana pun tapi kalau nak masak kena carik-carikkan supaya mudah nak makan..
biasanya kalau balik kerja..lauk nielah yang paling senang dihidangkan..he hehe kiranya adik beradik dengan sadin la nie..lapas tu pulak dihidangkan bersama nasi panas..wahhhhh semakin bertambah-tambah selera..sebab ada rasa masam-masam dan pedas..waallaaa..




jom sama-sama semak resepi yang sangat-sangat mudah..ayat yang biasa saya cakap kat anak saya..."alaaa..pejam mata jer pun boleh buat.".he hehhe



sotong dalam tin tumis bercili

bahan-bahannya
1 tin kecil sotong dalam tin
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
10 biji cili padi - lebihkan jika suka pedas
1 batang cili merah
1 sudu kecil perahan air limau
1 biji tomato 

cara-caranya
  1. carik-carikkan sotong menjadi kepinggan yang kecil.
  2. kupas dan hiris bawang besar bulat-bulat,dan bawang putih
  3. hiris cili padi dan cili merah
  4. Dadukan tomato
  5. tumiskan bawang merah,bawang putih ..bila dah berbau wangi masukkan hirisan cili padi dan cili merah..
  6. kemudian masukkan tomato yang sudah didadu..tumis hingaa sedikit garing.
  7. masukkan sotong yang telah dicarik-carik..campurkan sedikit kuah sotong..jika tak gemar boleh tambahkan sedikit air.
  8. tambahkan perahan asam limau..
  9. sedia untuk dihidang.





selamat mencuba










Monday, 4 June 2012

rosemarry grilled chicken



Assalammualaikum salam sejahtera

selamat pagi buat semua pengunjung baru dan lama ke blog zila4ever..terima kasih atas kesudian memfollow..dan tinggalkan link anda yer supaya senang saya nak follow balik....:) dan terima kasih teman-teman yang sudi datang dan tinggalkan komen-komen yang indah..amat-amat saya hargai..love u all ..






seminggu sudah berlalu..ini bermakna cuti sekolah berbaki seminggu lagi..ramai bloger masakan pun bercuti kan...dapur masing-masing sunyi jer..h eh ehee inilah kesempatankita nak bercuti kan..almaklumlah kalau hari persekolahan masing-masing tak menang tangan..mana nak pergi ambil dan hantar anak ke sekolah lagi...haiii kita pun sama merasai jugak..so kalau anak dah off macamnie..emak pun turut off jugak..:)





hari inikan terasa rindu pulak kat beberapa blogger yang dah lama sunyi jew...rindu sangat-sangat kat diorang..kadang-kadang tue jengah jugak kat blog diorang..tapi sampai sekarang masih sunyi..alahaiiii zila harap janganlah masing-masing berehat terlalu lama kan...dan rasa rindu dengan masakan diorang..



ok lah jom kita cerita pasala masakan hari ini pulak..hari ini mood nak makan ayam versi nak meratah macam tu jew..tak nak makan dengan nasi..sebabnya..konon-konon mood diet..h ehhee aahkan jew la kan..ayam panggang rosemarry nie dah tiga kali jugak zila buat..tapi tak sempat ambil gambar la..sebab memang tak sabar sangat nak makan..anak pun bising kalau zila amik gambar memang lambat la dia dapat merasa..h ahhaa ha..ramai yah dah mencuba resepi ini kan..zila ambil kat dapur ibundo..nampak kak nor pun ada buat jugak...dan yang lain-lain yang zila tak perasan jangan marah yer..tapi zila tau ramai yang dah mencubanya.dan hasilnya memang sedap sangat-sangat.terima kasih kepada semua penyumbang resepi.









olahan:zila4ever.blogspot.com

Bahan-bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar 
2-3 sudu besar gula perang 
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis 
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega - untuk sapu atas ayam


 Cara penyediaan
  1. Ayam dibersihkan.
  2. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  4. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  5. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  6. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  7. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam. 
  8. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
  9. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...



Friday, 1 June 2012

kuih tako


Assalammualaikum dan salam sejahtera 

salam jumaat yang indah..waahhh dah masuk bulan jun..cepat benar masa berlalu..dah masuk setengah tahun 2012..alhamdulillah... banyak urusan yang harus diselesaikan pada bulan jun nie..semoga semuanya berjalan dengan 
lancar.



terima kasih buat teman-teman blog yang sudi singgah disini..dua tiga hari lepas saya amat sibuk..sebab ada urusan penting yang hendak diselesaikan..dan anak pulak tengah cuti sekolah..so sempatlah jugak bawak dia jalan-jalan..semalam baru start kerja balik..he hehee terasa malas jer nak naik kerja sebab dah beberapa hari off...semalam hanya sempat like jer kat facebook..nak terjah kat blog x kesampaian..duty pulak tengah pack..yerlah dah dua tiga hari tak datang...mood pun masih diawang awangan lagi..:)..terima kasih pada yang sudi tinggalkan komen dan follow saya..saya akan membuat kunjugan balas..antara lambat dan cepat jer..dah rindu nak berBW..mesti banyak resepi yang saya dah tertinggal..waaaa..sedeyyy.






dalam percutian haritu sempat jugak saya singgah dirumah kakak ipar .ternampaklah pokok pandan yang dia tanam..adusss ..memang subur..nampak segar jew daunnya..sempatlah saya sambar bebrapa helai..h ehehe..memang teringin sangat nak makan kuih tako..tapi aritu round kat pasar semua daun pandan mengecewakan..tak ada yang sedap mata memandang..semuanya kurus-kurus jew..bila dah jumpa yang gemuk-gemuk nie..memang tak lepaskan peluang...terus saya siapkan kotak tako tu sekali..





jom lah semak resepi ..resepi sebelum nie saya guna tepung tang..resepi dari kawan sekerja..rasanya dah lebih sepuluh tahun saya guna resepi tue..tapi kali nie saya nak cuba resepi dari myresepi pulak..pakai tepung hoen kwee..saya tukar lapisan atas tu warna kuning..nak kasi ceria sikit..:)


kuih Tako
oleh:junis 11
diolah oleh : zila4ever.blogspot.com

lapisan bawah
30 gram tepung hoen kwee hijau
90 gram gula pasir
300 ml air
beberapa biji sengkuang cina didadu

lapisan atas
270ml santan
20 gram tepung hoen kwee kuning
secubit garam
20 gram gula pasir


cara-caranya
  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan bawah kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam kotak pandan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.