Pages

Monday 22 August 2016

Quiche Bayam & Ayam



Selamat petang
menu minum petang quiche bayam ayam.lama nak buat tapi sebab malas sangat nak main dengan butter tu yang sebabnya asik bertangguh.
sedap dan mengenyangkan,berserta kulit tart yang rapuh memang harus dicuba resepi olahan dari adik nurpian yang sangat rajin.resepi asal dari buku jo wheatley filling pula resepi sumbagan shashashafie2.terima kasih pada semua yang berkongsi resepi alhamdulillah bertepatan dengan selera zila sedap sangat sampai lupa tengah diet sekarang nie..ecehhh kih kihhh yok yok jew kan..


zila guna acuan tart kecil macamtu supaya senang anak nak makan.kalau buat versi 8 inci tak habis nanti.lagipun senang tak payah nak potong-potong.pandai pandailah kita olah dan gayakan ikut kesesuaian kita.nak tambahkan cendawan butang pada inti pun boleh lagi sedap.ok semak resepi dibawah insyaallah jumpa lagi nanti.


Short crust pastry

250 gram tepung gandum
125 gram unsalted butter sejuk-dipotong dadu
secubit garam
1 biji telur kuning
2-3 sudu besar air ais

Caranya

  • Satukan tepung, butter garam didalam food processor berserta pisau pemutar dan putar sehingga menjadi serbuk roti.
  • Masukkan kuning telur dan putar sebentar tambahkan air ais sehingga menjadi doh.keluarkan dari food processor dan canai sebentar.balut dengan plastic wrap sejukkan selama 1/2 jam didalam fridge.
  • Keluarkan dan canai nipis.masukkan kedalam acuan tart kemaskan bahagian tepi dan bakar secara blind bake pada suhu 180' selama 20 minit.kemudian keluarkan bahan blind bake dan bakar lagi dalam 15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan masukkan filling bakar lagi sehingga masak.

filling
Sekeping dada ayam dipotong kecil
seikat bayam - guna daun sahaja
1 biji bawang besar - dipotong dadu
capsicum merah - didadu - saya guna lada besar merah sebatang
3 biji telur
200 ml susu cair/cream
sedikit lada hitam
garam secukup rasa
3 sudu besar butter
sedikit cheese - untuk tabur - saya guna cheddar

Caranya
Panaskan butter,tumis bawang besar hingga layu dan masukkan ayam dan biarkan ayam masak.masuk bayam dan capsicum merah masak sehingga layu.perasakan dengan garam/maggi secukup rasa tutup api dan ketepikan.
pukul telur dan susu cair sehingga rata.masukkan filling kedalam pastry dan tuangkan campuran telur dan susu tadi.taburkan cheese kegemaran dan bakar sehingga masak.
sedia dihidang.

p/s
Blind bake
adalah teknik bakar kulit tart dengan cara meletakkan kertas baking dan kekacang diatas tart.tujuannya untuk mengelakkan tart menggelembung semasa proses membakar.
contoh kekacang - kacang merah /kacang hijau. simpan semula kekacang selepas digunakan.next time boleh guna lagi.

4 comments:

ibh_sue said...

Assalamualaikum Kak Zila
Rinduuuuuu nak blogwalking. Tapi bila dah bw macam ni laaa...Merembes air liur tau tengok. Hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wowww... knp tak bungkuskan utk kita???

mama sara nur @ Cik Nor said...

ASSALAM ZILA

rndu nk jln2 blog zila tgk menu2 best

Kakzakie Purvit said...

Seri Kandi nak bungkus kakak pun nak juga
Jom Seri kita ke rumah Zila.
Jgn kata nak ini aje tapi nak laksa Johor macam N3 bawah tu sekali haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang