Pages

Thursday 24 December 2015

Nasi ayam hainan lagi..



Salam MAULIDUR RASUL bagi umat islam.
Bersempena dengan cuti umum hari ini dapatlah meluangkan masa menulis blog petang-petang macamni..sebenarnya dari awal pagi kami sekeluarga dah keluar rumah..bersarapan bersama diluar..kemudian pergi servis kereta..sambung pulak ambil rodtx ins kereta suami yang habis tempohnya semalam..lepastu terus beli barang-barang keperluan dapur dan kelengkapan sekolah Iqbal..gitu gini ..sampai rumah dah nak pukul satu tengahari..ermmm cepat betul masa berlalu..kain baju tak berbasuh lagi..menimbun ..yang tak berlipat adalah setengah bakul..


Bila Muhammad dah tido  baru boleh bukak lappy edit sikit gambar masakan yang lama terperap..kadang-kadang berhajat sangat nak update blog sekerap yang mungkin..tapi tulah..lumrah ada anak kecik yang tengah ligat..he hee kena dulukan mana yang penting kan..
Nasi ayam hainan lagii..ermm tulah..bila hari-hari mengadap dapur fikiran pun buntu nak masak apa..pusing-pusing nampak ayam..kih kihh..so masak nasi ayam jewlah senang dan mudah..anak-anak pun suka..
tapi kali ini zila cuba resepi dari dapur FHA..nasi ayam hainan terlajak sedap...teruja nak cuba sebab ayat terlajak sedap tu yang memanggil-manggil kita nak buat..


Kebiasaannya ayam yang telah direbus kemudian dimasukkan kedalam air ais tak perlu lagi digoreng..tapi resepi kali ini kita goreng sekejap  secara touch n go..jadi ayam kelihatan lebih menarik dan lebih selera untuk dimakan..untuk nasi pulak kita tambahkan sedikit serbuk kunyit untuk kelihatan sedikit kekuningan..untuk versi nasi ayam hainan yang biasa zila pernah buat disini
Alhamdulillah habis seperiuk kami anak beranak kerjakan nasi ayam ni..he hee..memang sedap ..jimat duit tak payah makan diluar..boleh makan bertambah-tambah lagi..


Nasi Ayam Hainan 
sumber :Intai-intai Dapur FHA

Bahan A (Sup)
Ayam 1 ekor (dipotong kepada 4 bahagian, di asingkan lemak-lemak ayam)
1/2 periuk air ('rice cooker standard size') yang akan menenggelamkan keseluruhan ayam semasa merebus
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Bahan B
daun sup
daun bawang
bawang goreng

Cara-Cara Memasak Sup
1. Didihkan air dalam periuk sehingga ia 'mendidih membuak-buak'.
2. Kecilkan api sekecil-kecil yang boleh dan masukkan betulan-ketulan ayam dan tutup tudung periuk. Biarkan ayam masak secara perlahan sehingga air mendidih kembali  (anggaran masa 1.30 jam bergantung kepada saiz ayam dan kuantiti air)
3. Keluarkan ayam dari periuk dan masukkan kedalam bekas yang berisi 'ketulan ais + air sejuk'. Ini adalah untuk memastikan yang proses memasak isi ayam terhenti yang akan menjadikan isi ayam terasa begitu 'moist' sekali.
4 Dalam periuk berisi rebusan ayam,  masukkan hirisan halia, bawang putih, garam dan kiub KNOR.
5. Siap. Sebelum hidang taburkan dengan bahan B


Bahan C (Perapan ayam)
Kicap masin 'Kipas Udang'
2 sudu besar Sos Tiram
Cara-Cara Memasak Ayam
1. Keluarkan ayam dari air rendaman ais dan lumur dengan bahan C. 
2. Perapkan selama 10 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam secara 'Touch and Go' ia-itu anggaran 10-15 saat sahaja sekadar memastikan sos tiram dan kicap melekat pada ayam. Tidak perlu terlalu lama kerana isi ayam telah pon masak dan untuk memastikan ia kekal 'moist'.
4. Renjis dengan Minyak bijan semasa menghidangkan nya 

Bahan D-1(Nasi)
* Minyak dari Lemak ayam
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun pandan (dikerat 4)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
Bahan D-2
6 pot beras (anggaran 800 gram)
10 pot air
1/2 kiub pati ayam 'KNOR'
sedikit garam
Cara Memasak Nasi
1. Dalam kuali, masukkan lemak-lemak ayam dan goreng sehingga ia cair (tidak perlu ditambah sebarang minyak semasa menggoreng).
2. Dalam 'rice cooker', masukkan minyak ayam dan tumis bahan  D-1 sehingga bawang putih 'betul-betul garing'.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh dan di toskan air nya. Goreng seketika anggaram masa 5 minit. Ini adalah untuk memastikan beras tidak hancur semasa proses memasak.
4. Masukkan air, kiub ayam dan garam. Rata kan dan biarkan nasi masak saperti biasa.


Bahan E (Sambal Cili)
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 sudu besar gula putih
jus air limau kasturi dari 3 biji
sedikit garam
Cara Menyediakan Sambal Cili
1. Kisar kesemua bahan E kecuali jus air limau kasturi dan garam.
2. Apabila siap masukkan baru dimasukkan jus air limau kasturi dan garam dan ratakan.

Bahan F (Kicap)
1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk halus)
Kicap manis 'Kipas Udang'
lebihan dari bahan perapan ayam (C)
sedikit minyak dari gorengan ayam
Cara Menyediakan Kicap
1. Satukan bahan F dalam periuk dan masak seketika sekadar ia mendidih

Bahan G
Timun
Tomato biji
Daun Salat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang