Pages

Tuesday 7 July 2015

menu berbuka kami - nasi ayam hainan

Alhamdulillah ..bersua lagi hari ini..
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang mengirim doa dan ucapan yang tak putus-putus ..baik di Facebook whatapps..kawan-kawan group ..rakan karib dan family..syukur pada Allah masih diberi umur yang panjang..dikelilingi orang yang baik-baik..diberi kesihatan yang baik..dan moga sentiasa dipermudahkan rezeki dan dipanjangkan lagi usia untuk menambah lagi amalan didunia dan diakhirat..aminn.

Dah nak menghampiri pertengahan ramadan kan..rasa macam cepat sangat masa berlalu..kadang-kadang tak perasan dah petang..setiap hari bila fikir menu berbuka memang pening..almaklumlah bila hari-hari mengadap dapur..idea nak memasak pun macam kelaut giteww.

nasi ayam hainan ini bukan menu semalam..tapi dah buat beberapa hari lepas..tak sempat nak menulis disini,,tu yang simpan jew gambar-gambar masakan..bila free bolehlah update slow-slow..cara penyediaan nasi ayam hainan memang mudah..ayam cuma direbus sampai empuk kemudian direndam sekejap dalam air sejuk..masak nasi dan buat sambal..makan bersama hirisan timun dan tomato segar..memang senang..
bagi zila nasi ayam yang paling penting adalah nasi dan  sambalnya..kalau nasi sedap..lembut ..sambal pulak sedap tak rasa maung dan tak berapa pedas sangat memanglah ..bertambah-tambah nasi ..
air pulak zila sediakan air bandung..tambah biji selasih sikit..dan ice cream soda..alhamdulillah cukuplah untuk kami berbuka..kalau mood rajin adalah sejenis kuih atau puding zila buat..bila malas..memang makanan utama sahaja terhidang..



Nasi ayam hainan
sumber :Resepi raidah
olahan : zila4ever.blogspot.com

Bahan untuk rebus ayam
1 ekor ayam
Air - cukup untuk tenggelamkan ayam
sedikit garam
sedikit serbuk pati ayam
2 inci halia - diketuk
3 biji bawang putih - diketuk

Cara 

  • Sediakan periuk ..letak air, garam,bawang putih dan halia yang diketuk tunggu sehingga air mendidih.
  • kemudian masukkan ayam,masak anggaran 30- 40 minit. Angkat dan toskan.
  • kemudian rendam ayam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. 

p/s
Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai-pandailah untuk agak. Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.


Untuk nasi
3 cawan beras
5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung pada jenis beras.
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
1 sudu besar minyak masak
beberapa keping kulit ayam
1 paket penumis
setengah sudu kecil lada sulah-ditumbuk halus
2 helai daun pandan-disimpul

Cara 
  • Beras dibersihkan kemudian ditoskan.
  • Panaskan minyak dan kulit ayam, masukkan penumis,bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.
  • Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan daun pandan.
  • Tanak sehingga masak.

Untuk sup
Air rebusan ayam
Daun sup - dihiris
Bawang goreng
sedikit kiub ayam

Cara
Air rebusan ayam tadi dididihkan. tambahkan kiub ayam dan tambah sedikit air lagi jika suka. Hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng.



Untuk sos cili

4 batang lada merah besar

7 biji cili padi hijau - cili kecil
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula-agak-agak kemanisan yang diingini
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu  sos cili thai
sedikit air rebusan ayam
sedikit kiub ayam

Cara
1. Kisar lada merah,cili hijau, halia,bawang putih dan jus limau.
2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula,garam,sedikit kiub ayam dan sos thai.masak sehingga sedikit pekat.

Untuk sos kicap
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
5 sudu besar air rebusan ayam
1 sudu besar gula

Cara 
Campurkan semua bahan dan masak di atas dapur sehingga mendidih.

Bahan sampingan
1 batang timun - dihiris
2 biji buah tomato - dihiris
Salad - dihiris
Bawang goreng ~ ditabur di atas nasi dan di dalam sup
Minyak bijan - sapukan ke atas ayam yg telah dipotong.


Air bandung soda

sirap rose
Susu segar
sedikit air gula
kiub ais
biji selasih  - direndam seketika dgn air suam
ais cream soda
campurkan semua bahan..goncang biar sedikit berbuih jika suka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang