Pages

Friday 12 December 2014

kaswi pandan lemak dan kenyal..sedapnya..


Assalammualaikum..
berjumpa lagi..hari ini nak menjamu mata dengan gambar kuih kaswi..tak dapat merasa..dapat tengok gambar pun ok jugak kan..

kuih kegemaran zila..tak kiralah yang hitam atau yang pandan macam ini..asalkan memenuhi citarasa..tak keras..dan tak lembik sangat..dah kira 'ngam' dengan tekak zila..


kalau kaswi yang berwarna coklat tu ...cara penyediaannya nampak mudah..tapi sebenarnya tak semua orang boleh menghasilkan kuih kaswi yang sedap ..termasuklah zila sendiri..

teringat waktu menggandungkan Muhammad..suka sangat makan kuih kaswi ..terutama buatan kakak zila..kalau boleh seloyang nak habiskan seorang..he he hee buruk betul ditambah lagilah makan sejuk-sejuk lepas kluar dari peti ais...ermmm tak payah ceritalah..memang sedap.

zila tertarik dengan resepi kaswi pandan ini  kerana ada campuran tepung ubi,tepung gandum dan santan..sebab itulah rasanya kenyal-kenyal dari tepung ubi..dan rasa lemak dari santan..memang sedap.sesiapa peminat kuih kaswi bolehlah simpan resepi ini sebagai koleksi resepi kuih kaswi .

ditambah sedikit pewarna dan perasa pandan

zila buat dua versi..yang bentuk love dicampur dengan pewarna dan perasa pandan..dan satu lagi dalam acuan lompang zila tak campur pewarna dan perasa pandan..mengekalkan warna asli daun pandan..sedikit kekuningan tetapi wangi  dengan aroma keaslian daun pandan..

zila lebih suka yang asli..tanpa pewarna dan perasa..warnanyapun cantik..satu adunan dapatlah 12 biji acuan lompang dan 18 biji acuan berbentuk love..cukuplah untuk kami tiga orang..masa makan keadaan cuaca tengah hujan diluar..di luar kesedaran habis licin kami adap anak beranak..lapar la tu kan.

kelapa parut yang zila beli nie tak berapa cantik..agak halus dapat kelapa parut yang sedikit kasar lagi cantik..kalau tak suka makan dengan kelapa makan macam tu jew pun dah sedap .sebab ada rasa lemak-lemak.

warna asli daun pandan
Kaswi pandan lemak
Resepi - kak
besah@myr

Bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
1 cawan santan
1 1/2 cawan air perahan daun pandan - 4 helai daun pandan
3/4 cawan gula pasir
1/2 sdt air kapur sireh
1/2 sdt garam
1 biji telur
pewarna dan perasa pandan
secawan kelapa parut putih dicampur secubit garam


Cara-cara
Kacau sebati tepung gandum,tepung ubi,gula bersama air pandan dan telur.
kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan kacau hingga tidak bergentel. Tapis kan adunan.
masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak dan kukus sehingga masak dalam 20-25 minit - oleh kerana penyediaan tidak mengambil masa lama, eloklah panaskan pengukus sebelum mengadun adunan.
atau - boleh dimasukkan kedalam acuan kecil-kecil yang telah disapu sedikit minyak.
Bila kaswi sudah sejuk ..bolehlah dipotong dan digolekkan ke dalam kelapa parut yang telah dicampur dengan secubit garam.



selit sikit gambar oder congo bar dari rakan zila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang