Pages

Tuesday 9 December 2014

pisang goreng mawar - 'port' pisang goreng yang terkenal di bandar raya Johor Bahru

pisang goreng mawar - "port "pisang goreng yang terkenal dibandaraya Johor bahru
 pemandangan dari sisi gerai..
Pisang goreng merupakan kudapan wajib dan identity bagi orang johor..malahan disetiap lorong-lorong taman perumahan ada sahaja orang menjual pisang goreng..untuk melengkapkan pisang goreng ini disediakan sambal kicap cair..baru 'kick' kalau ada sambal kicap..

salah satu 'port' pisang goreng  yang terkenal di bandar raya Johor Bahru dan menjadi tarikan pelancong adalah Mawar Cafe di Jalan Sungai Chat, berhampiran Hotel Thistle.Gerai pisang goreng yang terletak berhampiran bangunan Majlis Wanita Johor (Mawar) itu juga mempunyai tarikan tersendiri iaitu menjual pelbagai jenis pisang yang menjadi teras perniagaannya.

pisang goreng ini sering menjadi salah satu menu utama minum petang kerabat diraja Johor.. dan yang menjadi kemestian adalah pisang raja, selain nipah dan tanduk.
Lebih mengujakan Mawar Cafe popular dalam kalangan orang kenamaan, para pemimpin negeri dan negara serta artis popular.


walaupun zila dah ada beberapa marking tempat pisang goreng yang sedap tak salah rasanya mencuba juga disini..nak juga merasa keenakkan pisang goreng yang popular nie.
selain menu utama pisang goreng..mee goreng kosong,nasi lemak sambal udang,nasi ambang dan beranika kuih muih pun ada..

nasi lemak udang  - yang ini anak sulung cakap sedap sangat..ambil lagi dua bungkus tapau bawa balik..stock untuk malam plak.
cuba juga oder beberapa jenis kuih disini ..kuih talam ubi.bagi tekak zila kurang sedap.
 
kuih lapis dicuba oleh Muhammad..entah macamana rasa..dia tak dapat nak komen..he hee


gerai ini menepati ciri-ciri Gagasan 1Malaysia kerana dikunjungi semua kaum yang mana pelanggan Melayu, Cina dan India boleh duduk semeja semata-mata untuk menikmati pisang goreng yang merupakan salah satu juadah warisan masyarakat negeri ini.


Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 6.30 petang dan hari yang paling ramai pelanggan adalah pada hujung minggu.tutup pada hari sabtu.dan kebanyakkan pelanggannya datang dari Singapore.harga pisang goreng Rm 1 untuk 3pcs.

Tak menang tangan..pelanggan sentiasa penuh..kereta kluar masuk ..anak sulung zila suka sangat pisang goreng nie..komen beliau.."pisangnya lembik sedikit..bancuhan tepungnya ranggup walaupun dah sejuk..dan kurang berminyak..sambal kicap sedap..tak pedas sangat"
 
sedikit panduan untuk kesini.gerai ini betul-betul sebelah signboard
berlonggok-longgok pisang disitu..kedudukan gerai sebelah signboard besar tu .

Address : Banana Fritters Mawar
888, Jalan Sungai Chat,
80100 Johor Bahru,
Johor Malaysia
GPS :  N01 27.767'  E103 44.474'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang