Pages

Saturday 6 December 2014

sticky caramel chicken wing


Assalammualaikum..
Cuti sekolah macamni ramai yang ambil onleave,bawa anak jalan-jalan..habiskan duit yang ada..hehee hee bila lagikan.dah 11 bulan bekerja kumpul duit nak pergi holiday inilah masanya..sapa lagilah yang nak habiskan duit kita..diorang inilah..tapi kita bekerja pun untuk mereka..bahagia bila diaorang gembira kan.

Tapi nak kena beringat juga..untuk masa depan diorang kelak..


Sticky caramel dah beberapa hari yang lalu buat.tak sempat buat lauk si abang dah meratah beberapa ketul..ibu dia dapat 2 ketul jew..sabar jew lah kan..nasib muhammad kecik lagi..tak pandai makan ayam..kalau tak  ...memang harus tak menjamah ibu dia ne..


Siapa yang baru nak cuba buat zila nasihatkan buatlah lebih..memang superb sedap sagat..tak rugi mencuba..resepi ini popular beberapa tahun lalu dah.,rata-rata dapur blogger masakan dah buat..kalau nak tau kesedapannya wajib cuba ye..


Selit gambar kek marble lagi..oder hari khamis 4 hb,kawan dari adik angkat zila..terima kasih sha sudi oder dari akak.

Sticky Caramel Chicken Wings
mutiarazura myr

Bahan-bahan 
12 keping kepak ayam - belah dua jadi 24
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - diketuk 
1 sudu besar halia dicincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
1/4 cawan - 60ml madu

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali. 
Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned - bersalut dengan sos.

Note #
Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang