Pages

Wednesday 9 January 2013

bubur cha cha laici







Assalammualaikum
salam sejahtera dan salam sayang untuk semua..terima kasih atas komen-komen yang indah dari semua dan atas kunjungan kesini..



alhamdulillah bertemu kembali hari ini..berkongsi lagi menu alam maya..dah sarapan belum?..kalau belum kena sarapan dulu nanti perut tue krukk.krukkk tak senang pulak nak buat kerja kan..pagi nie zila tak buat sarapan special..cuma roti telur jew..cukuplah buat alas perut kan..


pernah makan cha cha laici tak?..sapa yang tak pernah tue samalah kita ..boleh geng...percubaan pertama buat cha cha laici nie..hasil skodeng dari blog kak ita yang serba boleh tue..bagi apa jew la pada kak ita tue..hasilnya memang cantik aja lah..resepi asal dari Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar yang dikongsi di RASA ogos 2012..terima kasih atas perkongsian semua..dan zila panjangkan lagi ilmu itu disini..

sebenarnya stock cha cha zila dah beli dari bulan lepas..time nak buat tue yang terdelay aja..h ehhee..almaklumlah...list resepi berbaris jew tunggu dicuba..oklah pada sesiapa nak mencuba resepi zila sertakan juga disini..
sekian dulu buat kali ini..bertemu lagi nanti..salam sayang semua..bye ^___^



Bubur Cha Cha Laici
By : Chef Nor Maiza Ladin dan Chef Norhasniza Jaafar
Rujukan : RASA Ogos 2012
               : Azlita masam manis

100 gm cha cha
100 gm laici dalam tin
50 gm gula Melaka
25 gm gula pasir
350 ml santan
50 ml air laici
1 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa

Rebus cha cha bersama air hingga sedikit lembut
Kemudian masukkan santan, daun pandan, gula pasir, gula Melaka, dan garam 
Kacau sentiasa sehingga gula larut, pastikan menggunakan api sederhana.
Seterusnya masukkan laici dan air laici
Kacau dan biarkan mendidih seketika
Akhir sekali, tutupkan api dan sedia dihidangkan samaada ketika panas atau dingin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang