Pages

Wednesday 14 November 2012

Langkawi - part 1

Assalammualikum
salam sejahtera dan salam sayang semua..apa khabar semua??..smoga semuanya sihat-sihat ok..wahhh dah terasa rindu nak berBW..rindu dengan blog kawan-kawan semua..

cuti sekolah sudah bermula..begitu jugalah kami mengambil kesempatan untuk kesini.."Pulau Langkawi"..sebenarnya percutian kali ini memang tidak dirancang..mr hubby tiba-tiba nak kesini..dan saya apply cuti last minute..dan percutian kami bermula 3hari 2 malam..


Pada pukul 8 suku pagi kami sudah berada di jetty Kuala Kedah.walaupun agak letih kerana memandu semalaman dari Jb ke Kuala Kedah..tapi bila tengok pemandangan yang indah ini segala keletihan kami terpadam...ini antara pemandangan dikiri kanan jetty..deretan bot..memang indah terasa tenang dari hiruk pikuk kenderaan ..


yang ini bangunan apa saya tak pasti..sebab mr hubby yg amik gambar..saya tengah beratur nak masuk ke dalam ferri time tu.


ini dia wajah penulis blog..h ehee bergambar di jetty Kuala Kedah..sementara menunggu ferri sampai..dari Kuala Kedah ke pulau langkawi mengambil masa 1 jam lebih..makk aiii memang boring duduk kat dalam ferri ..saya memang kurang gemar duduk lama-lama..


11 lebih sampai di jetty kuah langkawi..wahhh ramai betul orang..inilah hotel yang kami pilih ..jauh dari pekan kuah..berdekatan dengan kawasan pantai..betul-betul berdepan dengan underwater world..jadi tak payah memandu jauh-jauh ..sebab di depan hotel ini semuanya ada..jualan pinggan mangkuk dan coklat ..yang rata-rata semuanya murah..tapi digalakkan berbelanja di pekan kuah..lebih banyak pilihan disana..di kawasan ini ramai betul orang asing ..terutama orang timur tengah..dah sama macam di skudai..h ehhe ramai orang syria dan oman.



ini pemandangan didepan bilik kami..nampak santai kan..tapi saya tak berkesempatan nak lepak-lepak dikerusi itu..he hhee sebab asik menghabiskan masa di luar sahaja.balik hotel pun dah lewat malam.


sebelum memulakan penjelajahan..kami cari makanan dulu..kami berjalan kaki dihadapan hotel..banyak restoran hebat-hebat disini..kedai makan arab pun ada..untuk meghilagkan dahaga saya oder nescafe..punyalah haus..macam dua kali sedut dah habis..gelas jew nampak cantik ..isi ciput..ha hhaaa



Perjalanan kami yang pertama..lepas makan terus masuk kesini..sebab ianya berdepan dengan hotel..tiket 28 untuk dewasa..dan 18 untuk kanak-kanak..


penguins..cantik kan?..tak payah kita pergi jauh-jauh ..kat malaysia pun dah ada kan..he hhee.. banyak lagi ikan yang cantik-cantik terdapat disini..jom layan pic yang sempat saya ambil..








wahhh sejuk kew?..he hhee 



paling suka tengok burung nie..cantik betul warna bulu dia.

 mr hubby..

penjelajahn akan bersambung ke part 2...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang